Posted on October 26, 2021
Apabila bakteria terlebih dalam usus kecil, ia boleh mengundang masalah perut sakit. Tip diet pemakanan ini dapat membantu mengurangkannya, cubalah!
Masalah bakteria membiak di dalam usus
Pertumbuhan bakteria usus kecil (SIBP) terjadi apabila bakteria yang biasa berada pada satu bahagian saluran pencernaan seperti usus besar, berkembang di usus kecil.
Keadaan ini lebih cenderung berlaku kepada wanita, individu dewasa lebih berusia dan mereka yang mempunyai masalah penghadaman seperti sindrom kerengsaan usus (IBS).
Selain daripada simptom perut sakit, gejala SIBO lain yang mungkin dialami adalah:
- Perut kembung
- Cirit-birit
- Sembelit
- Loya
- Penurunan berat badan tanpa alasan
Punca bakteria terlebih dalam usus
Pertumbuhan bakteria yang berlebihan berlaku apabila:
- Bakteria daripada 1 bahagian saluran pencernaan bergerak ke usus kecil, atau
- Bakteria semula jadi di dalam usus kecil membiak terlalu banyak
SIBO biasanya berlaku apabila didasari oleh keadaan seperti:
- Pergerakan sistem penghadaman tidak normal
- Tahap asid perut rendah
- Kelainan fizikal usus kecil
- Sistem imun lemah
Jika dibiarkan tanpa rawatan, SIBO boleh menyebabkan ketidakselesaan abdomen seperti perut sakit dan kekurangan zat makanan.
Pemakanan yang betul dapat mengurangkan perkembangan bakteria berbahaya ini.
Menggabungkan diet SIBO sambil dirawat dengan antibiotik akan dapat membantu mempercepatkan pemulihan dan menghilangkan gejala yang tidak selesa.
Diet SIBO untuk mengatasi perut sakit
Diet penyingkiran berperingkat yang bertujuan untuk mengurangkan keradangan pada saluran pencernaan dan bakteria membiak berlebihan pada usus kecil.
Biasanya doktor akan mencadangkan untuk mengamalkan diet rendah FODMAP – karbohidrat sukar dicerna, yang ditapai (fermented) oleh bakteria dalam usus besar.
Apabila karbohidrat tidak dapat dipecahkan, ia akan masuk ke dalam usus dan menyebabkan simptom seperti cirit-birit serta kembung.
Kaedah diet FODMAP untuk masalah bakteria membiak
3 langkah diet FODMAP.
1. Diet rendah FODMAP
Untuk tempoh 2 hingga 6 minggu, tukarkan diet pemakanan harian yang tinggi FODMAP kepada diet alternatif rendah FODMAP.
Pastikan semua kumpulan makanan dan nutrien dimasukkan, ya?
2. Pengenalan semula diet FODMAP
Dalam minggu ke-8 hingga 12, perkenalkan semula FODMAP, dengan cara:
- 1 FODMAP pada satu masa
- 1 makanan dalam satu masa
- Jangka masa lebih 3 hari
Tingkatkan saiz hidangan makanan setiap hari dan pantau sebarang tindak balas yang berlaku kesan pengambilan FODMAP.
3. Pengkhususan FODMAP mengikut kesesuaian diri
Pada akhir diet SIBO ini, kamu akan mengetahui apakah jenis makanan yang boleh diambil atau akan menimbulkan tindak balas.
Makanan perlu dielak untuk cegah bakteria terlebih dalam usus
Diet rendah FODMAP terbukti secara klinikal boleh merawat IBS dan gejala berkaitan seperti perut sakit.
Selalunya individu yang menderita IBS juga akan mengalami keadaan SIBO ini.
Menyingkirkan atau mengehadkan pengambilan makanan tinggi karbohidrat akan dapat meningkatkan tahap kesihatan sistem penghadaman.
Semasa menyingkirkan FODMAP daripada diet SIBO, fokus kepada kategori utama, seperti:
- Fruktosa – Gula sederhana yang biasanya terdapat pada buah dan beberapa sayuran, madu
- Laktosa – Molekul gula dalam produk tenusu
- Fruktans – Sebatian gula dalam produk gluten, buah-buahan, sayuran dan prebiotik
- Galaktan – Sebatian yang terdapat dalam beberapa jenis legum
- Poliol – Alkohol gula yang sering digunakan sebagai pemanis
Berikut antara jenis makanan yang harus disingkirkan daripada diet pemakanan kerana mengandungi jumlah FODMAP tinggi, sekali gus meningkatkan risiko bakteria membiak, seperti:
- Sirap jagung fruktosa tinggi
- Madu
- Soda dan minuman berkarbonat
- Bawang termasuk bawang putih
- Asparagus
- Butternut squash
- Kubis bunga
- Kacang
- Epal
- Buah kering
- Artichoke
- Sosej
- Yogurt berperisa
- Aiskrim
- Bijirin manis
- Barli
- Gandum
- Kacang pis
Makanan perlu diamalkan
Diet SIBO yang bertujuan mencegah bakteria membiak secara berlebihan ini harus memfokuskan kepada makanan berserat tinggi dan rendah kandungan gula.
- Daging
- Ikan
- Telur
- Kraker bebas gluten
- Oat
- Bijirin tanpa gula (dibuat daripada biji-bijian FODMAP rendah)
- Spaghetti squash dan summer squashes
- Brokoli – hanya bahagian kepala, kurang ¾ cawan
- Sayuran berdaun hijau
- Lobak merah
- Nasi atau mi bebas gluten
- Buah zaitun
- Kacang tanah
- Kentang
- Labu
- Quinoa
- Bijian
- Buah seperti beri biru, anggur, oren dan strawberi
Proses pencegahan bakteria membiak
Diet SIBO adalah diet penyingkiran sementara yang menggabungkan makanan rendah FODMAP untuk mengurangkan pertumbuhan bakteria. Ia biasanya berlangsung selama 2 hingga 6 minggu.
Walaupun dilihat sebagai kaedah rawatan berkesan, tetapi diet SIBO hanya merawat gejala dan tidak menghapuskan penyebabnya.
Jadi kaedah perubatan seperti pengambilan antibiotik tidak boleh diabaikan.
Kamu disyorkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang perubahan pada diet pemakanan sebagai rancangan rawatan.
Penting untuk mengembalikan FODMAP ke dalam diet harian apabila gejala semakin mereda. Ia dapat mengelakkan kehilangan bakteria sihat.
Sekiranya gejala semakin teruk setelah mencuba diet SIBO, lakukan pemeriksaan doktor segera.
Artikel ini ditulis oleh Asyikin Md Isa untuk Hello Doktor
Apa pandangan anda?