Posted on March 24, 2020
What kind of boyfriend are you? Itulah yang berbegar dalam fikiran saya sepanjang menghabiskan masa seminggu perintah kawalan pergerakan di rumah, dan bingeing on few series juga beberapa filem. Lupakan fasal siri, saya mahu menumpukan perhatian kepada beberapa filem yang saya tonton semula – filem-filem yang pernah saya tonton sebelum-sebelum ini – yang membangkitkan kesedaran bahawa watak-watak teman lelaki dalam filem tersebut sebenarnya jenis teman lelaki (atau teman hidup) yang tak patut dicontohi.
Dalam bahasa yang lebih mudah atau kasar, teman lelaki yang sebenarnya douche dan jangan jadi seperti mereka!
Adakah kerana hampir seminggu ‘kuarantin’, lalu jadi delusi sehingga memikirkan hal-hal rangkuman seperti “teman lelaki douche yang tak patut dicontohi”? Yang orang lain lihat dan anggap ia merepek? Oh heck, who cares. This is real-life, people!
Senarai ini tercetus sebaik sahaja saya menonton beberapa filem menerusi Netflix, Amazon Prime Video serta laman web atas talian yang lain. Menariknya, kesemua filem tersebut pernah saya tonton sebelum ini dan peliknya, masa awal atau mula-mula menonton, saya tidak ambil pusing pun perkembangan karakter watak-watak teman lelaki yang dimaksudkan. Watak-watak teman lelaki ini sama ada pemeran utama, atau berperanan sebagai teman lelaki si watak protagonis, bahkan juga watak teman lelaki second-lead atau watak pembantu.
Hanya sekadar menonton tanpa mengamati fiil, sikap mahupun perlakuan sebenar watak-watak teman lelaki ini. Pabila menonton semula filem-filem tersebut, – antaranya Devil Wears Prada, Fifty Shades Of Grey dan Parasite – saya menyedari watak-watak teman lelaki yang saya senaraikan di bawah ini sebenarnya a total jerk, menjelikkan dan selayaknya tidak disukai. IRL, memang wujud lelaki-lelaki sebegini!
Sejujurnya, tak ada lelaki yang betul-betul sempurna pun di dunia. Cuma apa yang menjadi pesanan kami di sini (khusus buat lelaki-lelaki), jangan jadi seperti watak-watak teman lelaki dalam filem ini. Jika terasa, mungkin kamu adalah jenis teman lelaki yang menyerupai watak teman lelaki dalam filem-filem yang saya tonton ini. Jadi, fikir-fikirkan dan gunakan masa kawalan pergerakan ini untuk menilai keperibadian kamu sebagai seorang teman lelaki.
Apa pandangan anda?