Posted on March 24, 2020
What kind of boyfriend are you? Itulah yang berbegar dalam fikiran saya sepanjang menghabiskan masa seminggu perintah kawalan pergerakan di rumah, dan bingeing on few series juga beberapa filem. Lupakan fasal siri, saya mahu menumpukan perhatian kepada beberapa filem yang saya tonton semula – filem-filem yang pernah saya tonton sebelum-sebelum ini – yang membangkitkan kesedaran bahawa watak-watak teman lelaki dalam filem tersebut sebenarnya jenis teman lelaki (atau teman hidup) yang tak patut dicontohi.
Dalam bahasa yang lebih mudah atau kasar, teman lelaki yang sebenarnya douche dan jangan jadi seperti mereka!
Adakah kerana hampir seminggu ‘kuarantin’, lalu jadi delusi sehingga memikirkan hal-hal rangkuman seperti “teman lelaki douche yang tak patut dicontohi”? Yang orang lain lihat dan anggap ia merepek? Oh heck, who cares. This is real-life, people!
Senarai ini tercetus sebaik sahaja saya menonton beberapa filem menerusi Netflix, Amazon Prime Video serta laman web atas talian yang lain. Menariknya, kesemua filem tersebut pernah saya tonton sebelum ini dan peliknya, masa awal atau mula-mula menonton, saya tidak ambil pusing pun perkembangan karakter watak-watak teman lelaki yang dimaksudkan. Watak-watak teman lelaki ini sama ada pemeran utama, atau berperanan sebagai teman lelaki si watak protagonis, bahkan juga watak teman lelaki second-lead atau watak pembantu.
Hanya sekadar menonton tanpa mengamati fiil, sikap mahupun perlakuan sebenar watak-watak teman lelaki ini. Pabila menonton semula filem-filem tersebut, – antaranya Devil Wears Prada, Fifty Shades Of Grey dan Parasite – saya menyedari watak-watak teman lelaki yang saya senaraikan di bawah ini sebenarnya a total jerk, menjelikkan dan selayaknya tidak disukai. IRL, memang wujud lelaki-lelaki sebegini!
Sejujurnya, tak ada lelaki yang betul-betul sempurna pun di dunia. Cuma apa yang menjadi pesanan kami di sini (khusus buat lelaki-lelaki), jangan jadi seperti watak-watak teman lelaki dalam filem ini. Jika terasa, mungkin kamu adalah jenis teman lelaki yang menyerupai watak teman lelaki dalam filem-filem yang saya tonton ini. Jadi, fikir-fikirkan dan gunakan masa kawalan pergerakan ini untuk menilai keperibadian kamu sebagai seorang teman lelaki.
JANGAN JADI SEPERTI… NATE DALAM DEVIL WEARS PRADA
Nate is a complete total jerk. The ultimate. Nate (Adrian Grenier) adalah contoh tipikal teman lelaki yang tidak boleh diharapkan dari segi memberi sokongan moral dan emosi. Lebih-lebih lagi sewaktu Andie (Anne Hathaway) menghadapi krisis di tempat kerja dan Nate tidak menjadi pendorong semangat di sisinya. All Nate thinks about is himself. Selain tidak memahami masalah kerja Andie, antara yang tidak boleh diterima adalah Nate memperlekehkan kerja Andie, sebenarnya suka pabila Andie bertukar imej tetapi tidak menghargai usaha Andie tersebut dan dia merajuk sebaik sahaja Andie lewat hadir menyambut hari jadinya. WTF?
JANGAN JADI SEPERTI… AARON DALAM BRING IT ON
Dalam filem Bring It On, Aaron (Richard Hillman) disifatkan sebagai supportive boyfriend dan percaya akan bakat teman wanitanya. Ironi dengan watak Nate, Aaron sentiasa ada di sisi teman wanitanya, Torrance (Kirsten Dunst) apakala berhadapan dengan masalah. Akan tetapi, Aaron berselindung di balik karakter teman lelaki yang supportive itu. Lebih-lebih lagi pabila Aaron melanjutkan pembelajaran ke kolej, dia berlaku curang di belakang Torrance dan bersenggama dengan perempuan lain. Rupa-rupanya, Aaron selalu menipu agar tidak menampakkan dia seorang yang jahat. So, don’t be like Aaron, guys!
JANGAN JADI SEPERTI… CHRISTIAN GREY DALAM FIFTY SHADES OF GREY
Secara spesifik, filem Fifty Shades Of Grey. Bukan yang sekuel dan seterusnya, ya. Pendek kata, macam inilah… Apa yang Christian Grey (Jamie Dornan) nak sebenarnya? Dan mengapa perlu dia seksa teman wanitanya sebegitu? Kalau Christian mahu Ana hanya sebagai objek seks, maka tak perlulah ‘simpan’ Ana sampai menyeksa jiwanya. Lelaki, tak usahlah memperlakukan perempuan macam itu, ya. Urghh, next!
JANGAN JADI SEPERTI… TRENT DALAM FRIDAY THE 13TH
Friday The 13th versi 2009 remake. Watak Trent (Travis Van Winkle) berjaya digambarkan sebagai tipikal American blonde jock yang douche dan complete jerk. Memegang watak sebagai anak kaukasia yang privileged dan beranggapan dia memiliki kuasa untuk ‘memenangi’ orang lain. Trent juga jenis yang tidak suka menawarkan bantuan, lebih-lebih lagi bila orang lain berhadapan dengan kesusahan. Die lebih mementingkan diri sendiri. Gambarannya, Trent sepertikan seorang yang gagah tetapi jauh di lubuk hatinya dia seorang yang pengecut tambah lagi sebaik sahaja mendepani pembunuh bernama Jason Voorhees. Loser.
JANGAN JADI SEPERTI… MATT DALAM THE INTERN
Berbanding yang lain, Matt (Anders Holm) adalah seorang suami dan stay-at-home dad. Awal-awalnya, Matt digambarkan sebagai seorang bapa serta suami yang penyayang, menyokong isterinya yakni Jules (Anne Hathaway) dan tidak pernah mengeluh sungguhpun menjadi ‘surirumah’ sepenuh masa. Seperti Aaron dalam filem Bring It On, Matt bersembunyi di balik kebaikan dan sifat penyayang tersebut. Terbongkar rahsianya berlaku curang dengan perempuan lain dan Jules hanya mampu menahan sabar. Hmm, sebenarnya banyak juga lelaki seperti ini – di hadapan nampak baik, tetapi di belakang…
JANGAN JADI SEPERTI… DICKIE GREENLEAF DALAM THE TALENTED MR. RIPLEY
Filem The Talented Mr. Ripley adalah filem kegemaran saya. All time fave! Tetapi watak Dickie (Jude Law) dalam filem tersebut adalah watak yang agak menjelikkan sebenarnya. Sama seperti Aaron dan Matt, Dickie juga berlaku curang. Sungguhpun Dickie menyayangi teman wanitanya, Marge (Gwyneth Paltrow), namun dia seorang yang self-centered dan agak manipulatif. And gets away with everything! Tambahan lagi, Dickie jenis yang tidak suka dengar cakap orang lain dan selalu memusatkan perhatian ke atas dirinya sahaja dalam setiap perbualan. Fahamlah juga mengapa Tom Ripley (Matt Damon) membunuhnya. Lol!
JANGAN JADI SEPERTI… KIM KI-WOO DALAM THE PARASITE
Apa pandangan anda?