Posted on November 1, 2025

Bagi kebanyakan orang, transit di lapangan terbang dianggap sekadar menunggu — penuh kebosanan dan rasa tergesa-gesa. Namun, Capsule Transit MAX KLIA Terminal 2 hadir mengubah persepsi itu. Ia bukan sekadar tempat singgah, tetapi sebuah pengalaman gaya hidup moden.

Dari Menunggu ke Berehat Dengan Gaya
Jika dulu transit sinonim dengan kerusi keras lapangan terbang, kini Capsule Transit MAX menawarkan rekaan ruang yang bergaya, selesa dan mesra alam. Dari pod peribadi hingga suite moden, setiap sudut direka untuk memberikan keselesaan dan ketenangan.

Snek Berasaskan Tumbuhan & Gaya Hidup Sihat
Satu lagi keunikan Capsule Transit MAX adalah pilihan snek berasaskan tumbuhan yang tersedia sepanjang masa. Bukan sahaja menyihatkan, ia juga melambangkan budaya travel moden yang lebih mindful, sustainable dan #stailish

Privasi di Tengah Kesibukan
Capsule Transit MAX juga menawarkan pod dan bilik privasi. Ini menjadikan transit bukan sekadar rehat fizikal, tetapi juga rehat mental. Di tengah kesibukan lapangan terbang, ruang peribadi ini menjadi oasis untuk recharge.

Simbol Perjalanan Moden & Lestari
Lebih daripada sekadar hotel transit, Capsule Transit MAX adalah simbol budaya perjalanan moden — di mana keselesaan, reka bentuk kontemporari dan kelestarian bergabung untuk menjadikan setiap transit pengalaman yang bernilai. Dengan Capsule Transit MAX, transit bukan lagi waktu menunggu, tetapi masa untuk menikmati gaya hidup moden yang STAIL-ish, praktikal dan penuh inspirasi.

Maklumat Tempahan Capsule Transit MAX
Untuk kamu yang juga mempunyai penerbangan awal pagi atau ingin berehat dengan selesa di KLIA Terminal 2, boleh buat tempahan terus di:
🔗 Laman Web Rasmi CapsuleTransit : capsuletransit.com
📍 Lokasi: KLIA Terminal 2, Sepang, Selangor, Malaysia
🛏️ Jenis Bilik: Capsule, Private Pod, Suite Room
🕑 Check-in / Check-out: Fleksibel mengikut jam atau bermalam penuh
🍃 Kemudahan: Lounge moden, snek berasaskan tumbuhan, gym, bilik mandi, ruang privasi selesa ✈️ Tip STAIL.MY: Tempah lebih awal jika kamu ada penerbangan pagi untuk elakkan bilik penuh, terutama pada musim cuti atau hujung minggu.
Baca : Capsule Transit MAX: Bila Satu Team STAIL.MY Bersedia Untuk Flight Awal ke Indonesia























Apa pandangan anda?