Posted on July 3, 2025

Dunia fesyen bukan sahaja tentang apa yang kamu pakai. Ia tentang cara kamu bergerak, ruang yang kamu jejaki dan pengalaman yang kamu ciptakan. Dan kini, Putrajaya punya pentas baharu untuk semua itu — Alamanda Shopping Centre, dalam wajahnya yang paling segar dan berani setakat ini.
Dengan suntikan pelaburan sebanyak RM100 juta oleh Putrajaya Holdings, Alamanda kini tampil bukan sekadar sebagai pusat beli-belah, tetapi sebagai destinasi gaya hidup yang menyatukan seni reka, teknologi dan komuniti — ia bukan sekadar pembaharuan. Ia sebuah reinvention.


Dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Februari 2025, transformasi ini menandakan era baharu buat Alamanda.





Penambahan Ruang Runcit: 27% Lebih Luas, 29 Penyewa Baharu
Alamanda menawarkan ruang runcit seluas 921,443 kaki persegi — lebih 27% lebih besar berbanding sebelumnya — menjadikan pusat membeli-belah ini bukan sahaja lebih luas, tetapi lebih dinamik. Dengan 29 penyewa baharu, jumlah jenama kini mencecah 155, mewakili pelbagai segmen: fesyen, kecantikan, gastronomi, hiburan dan gaya hidup – seperti:
- 14+ kedai baharu termasuk Bath & Body Works, Clarks, Kiehl’s dan banyak lagi!
- 11+ pilihan F&B baharu seperti Oriental Kopi, Nando’s, Chagee dan Richeese Factory
- 4 outlet hiburan baharu termasuk ESCAPE Putrajaya, U-BowlX, Superstar Karaoke & TGV dengan wajah baharu



Hiburan Kini Lebih “Next-Level”
Alamanda kini menjadi lokasi eksklusif bagi ESCAPE Putrajaya — taman permainan interaktif pertama di kawasan ini yang membawa pengalaman hiburan ke tahap lebih menyeronokkan dan unik. Di sini, pengunjung dapat melarikan diri seketika daripada hiruk-pikuk kehidupan harian dan menyelami dunia penuh keseronokan serta cabaran yang mendebarkan. Sesuai untuk semua peringkat umur, ESCAPE Putrajaya adalah destinasi sempurna untuk kamu luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Selain itu, TGV Cinemas akan tampil dengan 10 dewan sinema baharu yang lengkap dengan kemudahan terkini, termasuk dewan khas untuk kanak-kanak serta ruang tontonan eksklusif “Indulge Lounge” yang menawarkan pengalaman menonton lebih mewah dan selesa untuk para pengunjung.
U-BowlX pula bakal dilengkapi dengan 26 lorong boling, menjadikan Alamanda lokasi ‘game night’ yang baharu — sama ada untuk first date atau family day out.


Reka Bentuk & Fasiliti Baharu
Transformasi Alamanda juga merangkumi pembaharuan landskap dan reka bentuk dalaman yang menawan. Kawasan hijau seluas 60,000 kaki persegi kini dihiasi dengan rumput segar, pemandangan tasik yang menenangkan, tempat duduk terbina yang selesa, serta penggunaan bahan lestari untuk dek luar.
Yang paling menarik, ruang Esplanade baharu kini menjadi nadi luar pusat beli-belah ini. Kipas HVLS (High Volume Low Speed) bersaiz besar dipasang untuk memastikan suhu kekal nyaman dengan aliran udara yang baik — walaupun dalam cuaca panas. Di sini juga konsep ‘al fresco dining‘ diketengahkan, iaitu pengalaman makan di ruang terbuka yang santai, sambil menghadap ESCAPE Putrajaya — taman hiburan luar yang penuh aktiviti.
Ruang ini bukan sahaja selesa, tetapi memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati waktu makan atau berehat dalam suasana lebih terbuka dan berangin, seolah-olah berada di destinasi percutian.
Masuk ke dalam pusat beli-belah, perubahan terus dirasai. Lantai marmar baharu dan penghadang kaca moden menyerlahkan suasana yang lebih cerah dan mewah. Lif tambahan kini menghubungkan Plaza ke aras bawah tanah, manakala pemasangan gentian optik membantu menambah baik sistem pencahayaan serta kemudahan digital di seluruh ruang.
Hadiahkan E-Vouchers untuk tersayang
Alamanda Shopping e-Vouchers diperkenalkan sebagai alternatif moden dan mesra alam kepada baucar fizikal. Lebih mudah, cepat dan selamat, e-Voucher ini boleh digunakan di pelbagai kedai terpilih di Alamanda dan akan menjadi ganjaran utama dalam pelbagai kempen membeli-belah. Bermula 2026, pengunjung juga boleh membeli e-Voucher ini secara terus melalui laman web Alamanda — menjadikannya pilihan hadiah yang bijak dan praktikal untuk apa jua majlis atau sambutan.
ALAMANDA GREEN RIBBON PIN – GAYA DENGAN TUJUAN
Di tengah kesibukan dan kemeriahan, Alamanda kekal komited memupuk nilai kemanusiaan melalui kempen Green Ribbon Pin, simbol sokongan terhadap kesedaran kesihatan mental. Dengan hanya RM10, orang ramai bukan sahaja menyumbang secara langsung kepada NGO yang aktif dalam membantu mereka yang memerlukan, malah turut memakai tanda sokongan yang membawa makna mendalam dan mengajak lebih ramai membuka mata tentang pentingnya kesejahteraan mental.
ALAMANDA: BUKAN SEKADAR DESTINASI, IA SEBUAH PENGALAMAN
Dalam era kehidupan yang serba pantas, Alamanda menyediakan ruang yang selesa untuk pengunjung berehat dan menikmati masa dengan tenang, di samping mengekalkan keselesaan, fungsi moden dan suasana eksklusif. Lebih daripada sekadar pusat beli-belah, Alamanda kini berfungsi sebagai pusat komuniti moden yang menggabungkan gaya hidup, seni, dan komitmen terhadap kesejahteraan sosial.
Layari laman web www.alamanda.com.my atau ikuti media sosial Alamanda untuk mengetahui lebih banyak maklumat lanjut dan sebarang promosi terkini.
Apa pandangan anda?