Mercedes-Benz Malaysia merancang untuk menambah beberapa model CKD Mercedes Benz di Malaysia pada 2021. Antara model yang dijangka akan dipasang secara tempatan adalah model sedan A-Class, GLA dan GLE.
“Mercedes-Benz mensasarkan untuk menambah model CKD dengan penyesuaian setempat bagi model tambahan dalam segmen kereta kompak dan SUV tahun ini.” menurut petikan dalam siaran media ketika pelancaran bilik pameran maya Mercedes-Benz.
Rangkaian kereta kompak yang dimaksudkan merujuk kepada model berikut:
- hatchback A-Class
- hatchback B-Class
- sedan A-Class
- coupe CLA
- SUV GLA
- SUV GLB
Mercedes-Benz Malaysia tidak menyatakan secara spesifik mengenai model mana yang akan dipasang secara tempatan namun kita boleh menjangkakan beberapa model yang hampir pasti akan menjadi model CKD tersebut.
Melihat kepada landskap kompetitif dalam segmen mewah dan model yang mendapat sambutan hangat di sini, sedan A-Class, GLA dan GLE adalah calon paling sesuai untuk menerima pemasangan tempatan.
Walaupun hatchback A-Class lebih menepati ciri-ciri kereta kompak yang dimaksudkan, segmen mewah masih didominasi dengan sedan, diikuti oleh SUV. Hatchback A-Class murah yang diberi secara recond atau terpakai tidak dikira.
Hal ini juga berdasarkan strategi BMW yang mengubah model CKD mereka; sebelum ini hatchback 1-Series dan kini bertukar kepada Gran Coupe 2-Series. Model BMW 2 Series Gran Coupe adalah pesaing kepada model Mercedes-Benz A-Class.
Hanya pasaran Mexico dan China sahaja yang mempunyai model sedan BMW 1-Series.
Mengapa bukan model CLA yang menjadi CKD? Untuk menjawab persoalan tersebut, Mercedes-Benz Malaysia menggugurkan varian biasa bagi CLA dan hanya mengekalkan model Mercedes-Benz CLA 45 S AMG sahaja. Model CLA nampaknya tidak mendapat sambutan yang diharapkan.
Antara model sedan dan model coupe 4 pintu, potensi pasaran sudah tentu lebih cenderung ke arah sedan. Hal ini sangat penting bagi mana-mana projek CKD.
Alasan bagi model GLA pula, lihat sahaja bagaimana BMW Malaysia memasang BMW X1 di Kulim, yang kini menjadi model terlaris dalam kelasnya. Mercedes-Benz tentu telah melihat peluang tersebut. Malah, model GLA juga telah dipasang di Thailand.
Model GLE juga dijangka akan mengikuti perancangan CKD tersebut. Hal ini kerana BMW X5 kini menguasai segmen SUV mewah pertengahan, malah 2 generasi BMW X5 sudah dipasang secara tempatan. Model GLC pula sudah dipasang secara tempatan justeru model GLE dilihat bakal menyusul.
Seperti model GLA, model GLE juga dipasang di Thailand membuktikan bahawa model ini boleh menjadi model CKD di Malaysia.
Ketika ini, sedan A-Class generasi V177 (CBU) berharga dari RM 222,120 untuk model A200. Bergantung pada tempoh masa, model ini diimport sama ada dari kilang pemasangan Daimler-Nissan milik syarikat COMPAS (Cooperation Manufacturing Plant Aguascalientes) milik bersama di Aguascalientes, Mexico, atau kilang Rastatt milik Daimler di Jerman.
Sebagai perbandingan, BMW 218i Gran Coupe M Sport (CKD) kini dijual pada harga RM 211,367, termasuk pengecualian cukai jualan (sah sehingga 30 Jun 2021) ditambah dengan pakej jaminan dan perkhidmatan yang dilanjutkan.
Model Merc GLA generasi H247 (CBU) berharga dari RM 244,199 untuk model GLA 200. Model ini diimport dari kilang Rastatt. Sebagai perbandingan, model BMW X1 (CKD) dijual pada harga RM 208,368 untuk BMW X1 sDrive18i.
Model Merc GLE generasi V167 (CBU) dijual pada harga RM 584,720 untuk untuk model Mercedes-Benz GLE 450 AMG, diimport dari kilang Daimler Alabama di Amerika Syarikat. Persoalannya adakah GLE versi CKD akan menjadi hibrid plug-in seperti model BMW X5 45e di sini?
Hal ini bermakna model S-Class dan E-Class terbaru akan dilancarkan bersama-sama model CKD yang disenaraikan tadi. Terdapat sekurang-kurangnya lima model Mercedes-Benz dijangka akan dilancarkan pada 2021.
Model Mercedes-Benz C-Class serba baru akan membuat debut dunia pada akhir bulan ini tetapi hanya akan mula dijual di Eropah pada akhir tahun 2021. Oleh itu, model tersebut dijangka tidak akan dilancarkan di Malaysia dalam tahun ini, walaupun model import sepenuhnya (CBU).
Untuk lebih banyak artikel sebegini, lawati WapCar
Apa pandangan anda?