Posted on November 4, 2020
Seandainya ada yang bertanyakan rutin kita sekarang ini, work from home atau WFH atau bekerja dari rumah pasti jawapan yang berbegar dalam kepala, untuk dibalas kepada si penanya. Memang itulah kelaziman baharu masa kini yang tidak terduga dan siapa sangka, dalam tak sedar kita, nak hampir setahun dah bekerja dalam keadaan sebegini – well, this actually applies kepada mereka yang betul-betul bekerja dari rumah disebabkan pandemik.
Mereka yang bekerja dari rumah hanya mampu kirim salam sahaja kepada rakan sepejabat, mengghalibkan diri untuk bergerak dalam ‘ekosistem’ digital dan yang menariknya, punya lebih masa berada di rumah. Ah, tak perlu lagi menahan kantuk di pejabat lagi dah! Jika rasa nak tidur, lanjutkan saja hasrat ke bilik tidur yang selang beberapa langkah dari ‘tempat kerja’ di rumah. Lol!
Lantaran itu, dalam masa hampir setahun #WFH, penting untuk bina ‘benteng’ kerja atau ruang kerja sendiri yang menyerupai pejabat fizikal sebetulnya. Jika kamu menyoal saya fasal hal itu, saya menjadikan meja makan sebagai ruang kerja ala pejabat. Ada yang cukup sekadar bekerja di atas kerusi panjang di ruang libur dan tak lupa juga yang sanggup membeli meja baharu, meletakkan ia pada satu sudut di dalam rumah, semata-mata mahu mencipta suasana pejabat.
Bercakap mengenai membeli meja baharu juga mencipta sudut ala-ala pejabat sendiri, itulah yang mahu dibicarakan di sini. Sudah alang-alang mencipta sudut ‘pejabat’ sendiri, mengapa tidak terus menjadikan suasananya enak? Bukan, bukan. Kami bukan menyentuh perkara seperti selesa rasa sehingga mahu tidur. Apa yang dimaksudkan adalah tempat kerjanya selesa – baik tempat duduknya, mejanya yang sedang-sedang rasa, pencahayaan cukup mahupun peletakan komputer yang selesa dengan aras mata.
XTRA ada berkongsi lima tips atau cara penting untuk menjadikan work from home lebih kondusif dan efisien. XTRA menyenaraikan Humanscale dalam salah satu rangkaian jenama-jenamanya dan Humanscale adalah jenama yang memfokus sepenuhnya pada produk-produk untuk ruang kerja. Ergonomik menjadi kata kuncinya dalam mengidealkan ruang kerja serta mereka produk-produknya – pasukan Humanscale adalah daripada barisan ahli pakar ergonomis yang diperakui.
Menurut Humanscale, bagi menjadikan ruang kerja itu lebih berkesan serta produktif, paling penting adalah memastikan kesemua produk dalam ruang kerja tersebut ada fungsian dan boleh disesuaikan dengan diri. Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira adalah :
1. KERUSI
Kerusi produk paling penting dalam mencipta ruang kerja yang bukan hanya selesa, malah juga menyihatkan. Ahli pakar ergonomis dan Presiden Global Perunding untuk jenama Humanscale, yakni Jonathan Puleio, menumpukan perhatian pada hubungan antara keselesaan manusia sewaktu bekerja dengan pengalaman sepenuhnya. Makanya, amat perlu untuk memiliki task chair atau kerusi kerja yang kiranya adalah aspek asas dalam menghidupkan suasana bekerja yang selesa. Pilih kerusi kerja yang boleh mengikut kecocokan ketinggian diri secara automatik dan bukannya kerusi kerja dengan pelaras yang mengelirukan pengguna! Ingat, kerana sepanjang hari bekerja itu nanti, posisi sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, kerusi kerja automatik amat disarankan. Humanscale ada mengeluarkan rangkaian kerusi kerja Liberty, yang menampilkan self-adjusting yang mudah sandar mengikut berat orang yang duduk di atasnya.
2. MEJA KERJA
Ahli pakar ergonomis di Humanscale tahu, malah sedar akan keperluan orang yang bekerja seharian di rumah untuk sentiasa bergerak bebas bagi meningkatkan kesihatan diri dan juga untuk keselesaan. Oleh itu, Humanscale tahu bahawa perabot kerja tidak seharusnya bersifat stationary dan ia patut direka mengikut kehendak orang yang menggunakannya. Keselesaan pekerja atau orang adalah paling penting! Meja kerja yang direka oleh Humanscale seperti meja kerja Float, adalah mudah gerak serta boleh laras. Ia serba ringkas dan senang digunakan. Di mana ia boleh dilaraskan mengikut si pengguna dalam keadaannya sedang duduk mahupun tengah berdiri. Terdapat mekanisme mengimbang balas di bahagian bawahnya yang mudah untuk raising dan lowering.
3. PENCAHAYAAN
Ya, benar. Pencahayaan semula jadi yang masuk menerusi tingkap rumah ke ruang kerja adalah penting. Namun, sumber cahaya yang datangnya daripada lampu meja juga harus ada dalam menjadikan ruang kerja itu lebih kondusif. Jika harinya mendung atau tiba waktu malam…? Bagaimana? Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam meletakkan sumber lampu meja adalah : ia cap kaki sifar, tidak menyilaukan dan tidak terganggu oleh bayang-bayang yang banyak. Lampu Humanscale yakni Horizon 2.0 adalah lampu meja atau task light yang sangat sesuai untuk ruang kerja. Teknologi yang terkandung dalam lampu kerja ini menyediakan pencahayaan yang tidak menyilaukan, tidak menyakitkan mata dan ia memiliki pelaras intuitif yang mengikut keadaan sekeliling atau aktiviti si pengguna. Contohnya, ia boleh laras ke reading light, ke lampu untuk bekerja dan seumpamanya.
4. MONITOR ARM
Perkara yang bilang kali orang terlepas pandang. Yakni monitor arm. Sebenarnya, penting untuk memiliki monitor arm atau monitor stand ataupun orang panggil pemegang monitor boleh laras dalam ruang kerja. Kerana dari segi psikologi, pemegang monitor membantu untuk tidak menyelerakkan ruang kerja dan tidak merimaskan pengguna sewaktu bekerja! Rata-rata orang lebih suka untuk menggerakkan tubuh atau kepalanya ke hadapan, mengikut kedudukan monitor komputer. Padahal, seeloknya adalah monitor itu yang perlu bergerak ke hadapan mengikut posisi orang yang sedang bekerja. Agar ia tidak mengganggu postur ketika duduk dan pada masa yang sama, tidak memberi kesan kepada kesihatan diri. Oleh itu, pentingnya ada pemegang monitor boleh laras yang membantu menggerakkan monitor mengikut kehendak kedudukan orang.
5. DULANG PAPAN KEKUNCI
Baik, ini satu lagi aspek yang selalunya tidak diambil kira : dulang papan kekunci! Padahal ia sama pentingnya dengan meja kerja, kerusi kerja dan lain-lain. Pilihan terbaik adalah dulang papan kekunci ergonomik, di mana ia (sama seperti pemegang monitor) boleh laras mengikut si pengguna atau orang yang sedang bekerja dan tidak perlulah membabitkan pergerakan badan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan diri. Rekaan dulang papan kekunci yang bagus adalah yang menyediakan perlindungan dari segi tidak menyakitkan bahagian belakang serta leher. Dengan adanya dulang papan kekunci ergonomik, suasana kerja menjadi lebih harmoni dan amat selesa sepanjang hari.
Apa pandangan anda?