Posted on October 27, 2020
Dick pic: suka atau geli dengannya, tapi kamu harus akui ia memang wujud. Walaupun sering saling mengirim gambar bogel dan ia satu pengalaman seksi, tetapi dick pic bukanlah sesuatu yang kamu akan hargai apalagi jika sedang berada dalam tren (ada wanita yang berpengalaman sebegini ya).
Gambar penis yang terlalu to your face sangat tak boleh. Tetapi di antara dua orang dewasa yang saling setuju, boleh jadi sesuatu yang seronok. Jadi kalau kami mahu belajar lebih lagi tentang seni menggoda ini ditambah dengan tip-tip untuk mengambil gambar yang lebih berseni, silakan membaca.
Gambar: Instagram Jon Kortajarena
Apakah menghantar dick pic illegal?
Menyimpan atau menyebar gambar lucah kanak-kanak di bawah usia 18 walaupun dengan persetujuan mereka adalah salah di sisi undang-undang. Tetapi menghantar gambar bogel termasuklah gambar penis kepada dewasa lain adalah sah. Pun begitu kerajaan UK sedang dalam usaha mengubah undang-undang ini.
Pada 2019, kerajaan UK mula mencari cara alternatif untuk menghentikan ‘cyber-flashing’ atau kata lainnya menghantar gambar bogel yang tidak diminta. Walaupun tidak ada undang-udang spesifik untuk cyber-flashing tetapi ia jatuh di bawah jenayah gangguan seksual atau mencetus pergolakan awam, lebih-lebih lagi kalau menggunakan AirDrop.
Apa kata penerima tentang dick pic?
Ada beberapa pendapat yang dikumpul tentang penerima gambar penis. Eli, 19, berkata, “Jijik. Penis bagus bila kamu dalam situasi seksual, bukan online. Vibe nya berbeza.”
Tetapi ada pula yang berkata kualiti gambar itu memberi banyak perbezaan. “Saya tak kisah kalau ada sedikit usaha dalam merakam gambar itu,” kata Faisal, 20. “Letak sedikit usaha dengan mengambil video contohnya. Gambar close up yang kabur sangat tidak memberahikan.”
Sesetengahnya suka pula terima gambar penis. Lana, 24, mengatakan, “Saya rasa ia seksi. Lebih-lebih lagi video mereka klimaks! Ia terbaik lebih-lebih lagi kalau kamu tinggal berjauhan.”
Bagaimana meminta untuk menghantar atau menerima dick pic
Meminta kebenaran sangat penting kalau mahu bertukar apa sahaja bentuk gambar bogel. Kalau kamu mahu seseorang mengirim gambar mereka, pastikan mereka selesa dan tidak tertekan. Dan kalau kamu pula mahu menghantar gambar bogel kamu, minta juga kebenaran. Hantar tanpa dijangka itu yang tak boleh diterima.
Pastikan juga pasangan kamu memberi kebenaran dalam teruja bukan kerana terpaksa melayan. Kalau jawapannya, “Uhhhh… okayyyyy…” itu bukan teruja.
Cuba cara ini untuk meminta…
- Pastikan konteksnya betul. Kalau kamu bermesej dengan orang baru, janganlah terus-terus meminta untuk mengirim gambar penis kamu. Mesrakan dulu perbualan dan pandai menggoda, Kata Sarah, “Bila kamu ada rasa orang itu benar-benar suka kamu, barulah kamu mulakan perbualan seksual kamu.”
- Terus-terang sahaja. Berterus-terang akan banyak membantu. Pasangan kamu pun boleh senang nak kata mahu atau tidak. Cuba katakan, “Salah satu perkara yang boleh buat saya turn on ialah menghantar gambar penis saya. Would that turn you on too” Cadang Sarah. Kalau jawapan tidak, jangan terus meminta.
- Rancakkan perbualan sebelum meminta. Kalau kamu lebih suka berkias-kias, kamu boleh rancakkan perbualan dulu sebelum berkata, “Saya nak tunjuk betapa turn on nya saya dengan kamu…” kata dating coach, Hayley Quinn. Atau tanya, “Boleh tak saya hantar kamu sesuatu yang seksi?” sebelum memberitahu secara spesifik, kamu mahu menghantar dick pic.
Bagaimana bertanya untuk terima gambar…
Jika seseorang tidak menunjukkan tanda mahu menghantar gambar penis, jangan takut untuk meminta dia menghantarnya tetapi jangan memaksa. Kalau kamu mahu menjurus kepada soalan itu, tanyalah dulu, “Boleh saya tengok lebih lagi?” Dan jika kamu pun mahu menghantar, tanya kalau dia nak bertukar gambar tak.
Bagaimana nak ambil gambar dick pic lebih bagus
- Tanya apa mereka suka? Sama dengan minta kebenaran, tanya lah apa yang dia nak?
- Pastikan pencahayaan bagus. Cubalah beberapa cahaya yang sesuai ton kulit kamu, yang lebih terang atau malap?
- Tunjuk muka bila kamu selesa sahaja. Walaupun kamu percaya dengan pasangan kamu, tapi sekali gambar kamu dah masuk alam digital, banyak kemungkinan boleh terjadi. Hantar gambar muka kalau kamu betul-betul selesa dengan orang itu sahaja. Itu pun kamu kena bersedia dengan kesannya.
- Ambil refleksi cermin. Cara ini akan menunjukkan lebih banyak torso dan paha yang kadang-kadang lebih hot berbanding hanya kemaluan semata-mata.
- Cuba pelbagai sudut. Ambil gambar dari atas akan memanjang badan dan penis kamu. Sudut sisi dalam cermin pula akan menunjukkan penis dan bontot kamu.
- Bersihkan latar belakang. Tak kisah betapaa hebat pun gambar penis kamu, jika latar belakang bersepah, memang tak seksi. Kemaslah dulu.
Apa pandangan anda?