Posted on November 7, 2025



Dalam dunia moden yang sibuk, meluangkan masa untuk diri sendiri dan menikmati detik santai bersama teman bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan. Di tengah kehijauan dan ketenangan Putrajaya, Alamanda muncul sebagai destinasi gaya hidup yang menyatukan keanggunan, hiburan dan citarasa.
Baru-baru ini, dua personaliti gaya hidup, Ezaidi Aziz dan Andy Teh, menghabiskan satu hari penuh di Alamanda untuk menikmati apa yang ditawarkan — dari sarapan hingga hiburan malam dalam atmosfera nyaman yang masih mengekalkan denyut gaya hidup urban. Nak tahu ke mana mereka sempat singgah sepanjang seharian di Alamanda? Jom kami kongsikan!



Citarasa Santai di Restoran Padi House
Rasanya hari macam kurang lengkap kalau tak mula dengan sarapan pagi, kali ini Ezaidi dan Andy memilih Restoran Padi House, destinasi kulinari yang terkenal dengan pilihan hidangan tempatan dan barat. Ezaidi dan Andy mencuba menu popular seperti Nasi Lemak dan Full Breakfast yang lengkap dengan sosej, telur dan roti bakar — hidangan yang sempurna untuk memulakan hari dengan penuh tenaga. Restoran ini juga menawarkan variasi menarik seperti Mee Siam, Hor Fun, serta pelbagai pilihan pasta. Gabungan menu tempatan dan barat menjadikan Restoran Padi House lokasi ideal untuk mereka yang menghargai kepelbagaian rasa dalam suasana santai dan mesra.
Selain Padi House, Bungkus Kaw Kaw, Oriental Kopi dan RASA Food Court juga merupakan pilihan lain yang sesuai untuk menikmati sarapan. Semua tempat ini dibuka seawal 9 pagi, menjadikannya pilihan yang mudah bagi mereka yang bekerja di sekitar Putrajaya, ataupun buat kamu yang merancang untuk luangkan masa bersama keluarga di hujung minggu.




Ruang Gaya – Tommy Hilfiger, Bonia & Tomei
Selesai menjamu selera, Ezaidi dan Andy menjelajahi deretan butik berjenama. Di Tommy Hilfiger, mereka menemui gaya kasual elegan yang moden dan versatil, manakala Bonia mempamerkan koleksi aksesori kulit mewah yang kekal klasik dalam setiap rekaan. Perjalanan diteruskan ke Tomei, jenama barang kemas yang sinonim dengan kemewahan abadi. Di sini, kilauan emas dan rekaan kontemporari mencipta pesona tersendiri — simbol keanggunan yang tak lapuk dek masa. Ezaidi bahkan sempat mencuba sendiri aksesori perhiasan di sini dan memang seperti yang di sangka, jadi rambang mata!


Sentuhan Aktif di Adidas
Untuk mereka yang mencintai gaya hidup sihat dan dinamik, Adidas adalah stor wajib singgah! Dari koleksi sneakers terkini hingga pakaian sukan berteknologi tinggi, setiap rekaan memadukan prestasi dan gaya dengan sempurna — ideal buat individu yang mahu tampil bergaya tanpa mengorbankan keselesaan. Adidas juga menawarkan pelbagai aksesori dan pakaian kasual yang sesuai untuk gaya harian. Setiap item direka dengan perhatian terhadap perincian dan kualiti, menjadikan setiap pilihan bukan sahaja praktikal tetapi juga bergaya untuk penampilan urban yang moden.


Petang Santai di Oriental Kopi
Menjelang petang, Ezaidi dan Andy singgah pula di Oriental Kopi, kafe popular yang sering menjadi pilihan ramai — termasuk pelancong luar yang tertarik dengan keunikan konsepnya. Suasananya yang selesa dan berinspirasikan gaya kopitiam klasik menjadikan ia tempat ideal untuk bersantai selepas seharian beraktiviti.
Antara menu yang wajib dicuba sudah tentu egg tart panas Oriental Kopi — rangup di luar, lembut di dalam dan sentiasa dihidang segar. Ditemani secawan kopi klasik yang kaya aroma, Andy mengakui ini antara port kegemarannya setiap kali berkunjung ke sini. Menu ringkas tapi cukup memuaskan!
Pilihan Ezaidi pula ialah Mee Kari Oriental Kopi, yang cukup terkenal dengan kuah karinya yang pekat dan aroma rempah yang memikat. Setiap suapan memberi rasa hangat dan nyaman, mengingatkan pada keenakan mee kari buatan rumah — sederhana tetapi penuh dengan rasa autentik – membuatkan ramai yang selalu kembali untuk Menu yang satu ini.



Ruang Rekreasi – ESCAPE Putrajaya & Karaoke Manekineko
Untuk Ezaidi dan Andy, hari mereka di Alamanda tak lengkap tanpa sedikit aksi dan cabaran. Jadi, destinasi seterusnya sudah tentu ESCAPE Putrajaya — taman aktiviti yang penuh dengan keseronokan dan adrenaline rush! Dengan harga tiket antara RM52.50 hingga RM79.10, pengunjung boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik seperti flying fox, wall climbing, zipline dan banyak lagi yang pasti buat jantung berdebar seronok!
Walaupun nampak ekstrem, jangan risau — ESCAPE Putrajaya tetap mesra keluarga. Kebanyakan aktiviti di sini direka untuk semua peringkat umur, daripada kanak-kanak kecil sehingga orang dewasa. Bagi Ezaidi dan Andy, inilah masa untuk lepaskan tekanan sambil berseronok. Bagi mereka, ESCAPE Putrajaya memang tempat terbaik untuk ‘recharge’ tenaga dengan cara yang agak berbeza!

ESCAPE Putrajaya memang best! Setiap ride penuh
– Andy Teh
keseronokan dan thrill, sesuai untuk mereka yang
sukakan cabaran. Staf di sini pun sangat mesra dan
sentiasa memastikan pengalaman kita selesa dan menyeronokkan.



Malam mereka diakhiri dengan sesi karaoke di Manekineko, destinasi hiburan popular di Alamanda yang menjadi pilihan ramai untuk melepaskan tekanan dan bersantai bersama teman serta keluarga. Ruang karaoke yang selesa ini menawarkan 30 bilik dengan pelbagai saiz bagi menampung bilangan tetamu yang berbeza, dilengkapi skrin besar, konsol kawalan melalui telefon pintar, serta snek dan minuman tanpa had untuk dinikmati sepanjang sesi. Dengan bilik bertema menarik serta sistem audio berkualiti tinggi, Manekineko bukan sahaja tempat ideal untuk melepaskan tekanan, malah sesuai juga dijadikan ruang untuk sambutan istimewa seperti hari jadi atau majlis kecil yang lebih intim.


Alamanda, Lebih Daripada Sekadar Pusat Beli-Belah
Dari secawan kopi yang menyegarkan hingga lantunan melodi karaoke, Alamanda Putrajaya menggabungkan gaya, citarasa dan hiburan dalam satu destinasi serba lengkap. Sama ada untuk bersantai, berbelanja atau berhibur, Alamanda bukan sekadar tempat untuk dikunjungi — ia adalah ruang untuk menikmati hidup dengan penuh makna. Menjelang akhir tahun 2025, pengalaman di sini akan menjadi lebih menarik dengan pembukaan U-Bowl X dan panggung wayang TGV yang bakal menambah lagi pilihan hiburan untuk para pengunjung.
Saya suka Alamanda sebab semuanya ada – boleh
– Ezaidi
shopping, makan best dan karaoke untuk release stress.
Satu tempat tapi macam-macam ada, mudah!
Untuk info terkini mengenai promosi dan aktiviti menarik di Alamanda Putrajaya, pastikan anda mengikuti laman Instagram rasmi mereka di SINI.
Tonton gelagat Ezaidi & Andy menikmati hari penuh gaya di Alamanda Putrajaya melalui Reels kami di SINI!
Baca : Transformasi Menyeluruh Alamanda, Putrajaya: Simbol Gaya Hidup Moden






















Apa pandangan anda?