Apa akaun instagram resipi memasak yang patut kamu follow? Kalau boleh yang senang diikuti, difahami dan menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah tambahan lagi dalam tempoh PKP sekarang ini. Masakan yang ditunjukkan juga haruslah yang mudah dan tidak mengambil terlalu banyak masa. Sekurang-kurangnya itu yang saya cari di Instagram.
Sejak bermulanya PKP, adalah juga beberapa akaun Instagram yang mula saya follow. Ada juga beberapa yang disarankan teman-teman. Ya sejak bermula PKP saya juga sedar bahawa memasak sendiri itu lebih memuaskan dan menjimatkan. Dah pula kerana saya ada lebih banyak masa di rumah sekarang ini.
Memasak itu menjadi salah satu daripada aktiviti yang boleh saya lakukan di rumah. Saya tahu apa yang saya letak dalam makanan saya. Garam, gula secukupnya. Tidak menggunakan penambah rasa. Malah ada pilihan untuk menggunakan bahan organik dan segar. Saya anggap kesedaran ini sebagai suatu pengajaran yang bagus buat saya.
Jadi buat kamu yang mahukan resipi memasak untuk sepanjang tempoh PKP ini sebagai tambahan kepada pengetahuan sedia ada atau mungkin mahu belajar resipi yang baru, di sini saya senaraikan akaun Instagram yang boleh kamu follow. Selamat memasak!
Akaun Instagram Memasak Yang Boleh Patut Kamu Follow
Rasa Malaysia membariskan resipi-resipi masakan Malaysia yang senang dimasak di rumah. Video-video yang dimuat turun juga adalah dalam versi mudah difahami.
https://www.instagram.com/p/B86_7vyJ_vL/
Saya mula tertarik dengan akaun KL Foodie kerana teman saya mengirim resipi cekodok pisang yang disekalikan dengan resipi apam balik yang boleh dibuat di rumah. Cara ajarannya sangat mudah dan menggunakan ton suara lembut dan perlahan. Tak stres langsung belajar memasak daripada akaun ini.
https://www.instagram.com/p/B-beL1Undn4/
Saluran Youtube Marion yang saya kenal dulu sebelum tahu tentang akaun Instagram nya Marions Kitchen Food. Marion Gatsby pernah menyertai rancangan Masterchef Australia memiliki darah campuran Thai. Jadi resipi masakannya banyak berlegar resipi Thai, which I loveeeeeee. Caranya memasak juga membuat kita patas belajar dan senang mengikuti.
https://www.instagram.com/p/B-8dEJejYbD/
Jika kamu suka menggoreng, akaun The Woks of Life patut kamu follow. Semua resipinya adalah masakan menggunakan wok tetapi bahan-bahannya mudah didapati dan saya merasa sihat untuk dimakan. Ringkas tetapi penuh nutrisi.
https://www.instagram.com/p/B9pY5lCJQTS/
Terakhir, kalau kamu sukakan makanan Barat dan membakar kek atau biskut, Simply Recipes bukan sahaja memuat naik gambar-gambar yang sungguh cantik tetapi resipinya juga mudah diikuti. Mungkin sedikit tidak sesuai untuk waktu PKP ini tetapi tak salah belajar dan mencuba dengan bahan-bahan yang ada buat masa ini kemudian sempurnakan lagi selepas PKP berakhir nanti.
https://www.instagram.com/p/B-zWdUWAZ8i/
Apa pandangan anda?