Posted on September 27, 2024
Labuan Bajo, tersembunyi sebuah syurga ketenangan yang dipeluk oleh alunan ombak dan kehijauan alam untuk mencipta pengalaman yang penuh magis – Di’a Spa di TA’AKTANA, sebuah resort mewah yang merangkumi segalanya. Di sini, setiap sudut menawarkan ketenangan, setiap langkah membawa anda ke dunia di mana masa terasa terhenti, dan setiap rawatan adalah kunci untuk membuka pintu kepada keindahan dalaman yang sebenar.
Di’a—berasal dari bahasa Flores, yang bermaksud “kecantikan” dan “anda”—adalah lebih daripada sekadar nama. Ia adalah panggilan untuk menyelami diri, untuk memahami bahawa kecantikan sejati bermula dari dalam. Di’a Spa bukan hanya destinasi rawatan, tetapi perjalanan untuk merawat tubuh dan jiwa dalam suasana yang diselimuti oleh irama ombak serta desiran angin sepoi-sepoi. Keajaiban tempat ini terletak pada bagaimana ia meraikan kekayaan budaya Flores, memeluk keindahan tradisi sambil menyuntikkan elemen moden yang membuatkan setiap pengalaman terasa unik.
Apa yang benar-benar magis tentang Di’a Spa ialah bagaimana ia membawa alam semula jadi ke dalam setiap sudut ruangnya. Inspirasi dari Gua Rangko dan Batu Cermin, dengan stalaktit dan stalagmit yang membawa simbolik kekuatan dan ketenangan, mencipta rasa kedamaian yang mendalam. Setiap bilik rawatan di sini dirancang untuk menenangkan deria—pencahayaan lembut, muzik yang menyerupai ketenangan air biru kristal, dan aroma semula jadi yang membangkitkan rasa damai.
Di sini, anda tidak hanya merasai rawatan; kamu merasai keajainam pulau ini. Ritual Singnature TA’AKTANA menggandingkan elemen semula jadi dari Flores, menggabungkan urutan tradisional dan balutan badan dengan bahan-bahan tempatan yang diambil dari bumi kaya Flores. Rawatan ini bukan sahaja menyuburkan kulit tetapi juga membangkitkan semangat, membuatkan anda berasa kembali segar dan terhubung dengan alam.
Bagi mereka yang datang bersama pasangan, keajaiban Di’a Spa diterjemahkan melalui Di’a Ritual for Two, yang membawa pasangan ke dalam dunia relaksasi penuh harmoni. Di Royal Spa Suite, kamu dan pasangan akan mengalami detik-detik magis melalui rawatan empat tangan yang diselaraskan, mencipta pengalaman yang bukan sahaja meremajakan tubuh tetapi juga menguatkan ikatan emosi.
Namun, yang benar-benar menghidupkan keajaiban Di’a Spa ialah rawatan eksklusif seperti Hyggee Harmony Scent Hair Treatment yang dicipta oleh Ao Lado, artis haruman pertama dari Korea. Gabungan herba terpilih dengan teknik tradisional Korea mencipta suasana yang menenangkan, membebaskan minda dan jiwa dalam harmoni aroma dan sentuhan seni terapeutik.
Di akhir perjalanan, Di’a Spa tidak membiarkan kamu pulang tanpa membawa pulang sedikit keajaiban tersebut. Ruang retail khas spa menawarkan pelbagai produk yang diambil dari bahan tempatan dan Kastara Natural, yang membolehkan kamu terus menikmati aura yang menenangkan dari spa ke rumah. Setiap lilin, minyak mandian, dan penyebar haruman yang dipilih dengan teliti memberi kamu keupayaan untuk memelihara rasa tenang dan keindahan yang telah kamu alami.
Keajaiban Di’a Spa bukan sekadar terletak pada rawatannya, tetapi pada bagaimana ia menghubungkan kamu dengan diri kamu sendiri, bersama alam, dan tradisi yang telah lama menyuburkan tanah Flores. Di tengah-tengah landskap Labuan Bajo yang memukau, Di’a Spa adalah pintu masuk ke dunia yang penuh magis – di mana setiap detik adalah peluang untuk merasakan ketenangan, kecantikan, dan kesejahteraan yang sejati.
Tempah Pengalaman Magis kamu:
Untuk merasai sendiri keajaiban Di’a Spa, anda boleh membuat tempahan melalui Booking.com sini atau layari laman rasmi TA’AKTANA untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pakej eksklusif.
Penerbangan Terus ke Labuan Bajo:
Kini, AirAsia menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Labuan Bajo! Tempah penerbangan anda hari ini di AirAsia dan mulakan perjalanan anda ke destinasi penuh magis ini.
Baca juga tentang #stailibur ke Jawa Barat di sini
Apa pandangan anda?