Posted on November 6, 2020
Bagaimana pentingnya penampilan luaran, penting lagi penampilan dalaman kita. Baik yang sudah berkahwin mahupun yang belum, jika kamu berpenampilan kemas dan bersih, kamu juga yang akan rasai kepuasannya. Maka, janganlah kita mengabaikan penampilan diri. Hari ini, kami ingin berkongsi cara kamu boleh mendapatkan vulva menawan, dan sudah tiba masa untuk kamu menitikberat soal bahagian tubuh yang cukup lembut ini. Untuk diri kita sendiri!
Tahu atau tidak, permukaan vagina atau faraj yang dipanggil vulva ini sama seperti permukaan wajah. Harus diberi perhatian dan jika tidak, kulit di bahagian ini boleh berubah. Bayangkan jika kamu membersih kawasan ini dengan terlalu kuat atau menggunakan sabun, skrub, tisu basah mahupun produk feminin, ia boleh menyebabkan kulit kering lantas membuatkan kulit di bahagian ini cepat berkedut dan muncul garis-garis halus.
Bahkan, udara yang lembap disebabkan oleh geseran antara kulit dan seluar dalam juga boleh merengsakan lagi kulit di permukaan vagina ini yang amat sensitif ini. Ia juga boleh menyebabkan tona kulit menjadi tidak sekata. Selain itu, perubahan hormon serta penurunan kadar estrogen juga boleh menyebabkan kulit vulva menjadi kurang tegang dan anjal.
Seperti kelopak mawar, satu hari bunga ini pasti menjadi layu. Begitu juga dengan bahagian intim seseorang wanita itu. Disebabkan itu, rawatan ‘facial’ mampu diberikan kepada kawasan ini untuk mengembalikan seri pada bahagian intim ini.
Cuba Rosebud Vajuvenation di Strip Malaysia
Inilah ‘facial’ anti-penuaan khas yang disasarkan pada bahagian intim wanita. Dicipta khusus untuk mengembalikan serta menegangkan kulit di bahagian labia. Harus kamu tahu, ia adalah rawatan alternatif bukan invasif dan tidak memerlukan sebarang pembedahan. Dan langsung tiada tempoh pemulihan. Jadi, kamu tidak perlu risau atau berasa takut untuk mencuba rawatan ‘facial’ ini.
Rawatan Rosebud Vajuvenation menggunakan teknologi Thermal O2 yang berprestasi tinggi di mana ia menggabungkan frekuensi radio, sedutan vakum dan haba lembut. Ini bertujuan utnuk mencapai ‘facelift’ optimum pada kawasan vulva ini. Dalam masa sama, teknologi ini mampu meningkatkan kadar pertumbuhan kolagen pada bahagian intim ini. Kolagen yang tinggi mampu menghasilkan kulit yang sihat dan berseri serta melancarkan lagi peredaran darah dan hidrasi kulit.
Di Strip Malaysia, mereka menyarankan kamu untuk mendapatkan rawatan Rosebud Vajuvenation selepas selesai sesi Brazilian Waxing ataupun Brazilian AFT. Dan sekurang-kurangnya harus lakukan lapan sesi untuk hasil yang ideal. Selesai setiap sesi ‘facial’ ini, mereka turut mengesyorkan kamu untuk mencuba rawatan TWO L(I)PS Blackout, rawatan masker arang yang aktif dalam menyeliputi kulit dengan ramuan yang cukup kaya dengan bahan seperti botani organik. Ia bertujuan untuk menyahtoksin, menenang, mencerah dan menghidrat kulit.
Dengan kesemua rawatan ini, kamu akan dapat melihat kesan permukaan vulva menawan serta lebih tegang dan anjal. Dan untuk kamu yang belum pernah mencuba rawatan Rosebud Vajuvenation di Strip Malaysia, ini ada tawaran eksklusif untuk kamu. Satu sesi Rosebud Vajuvenation (harga biasa: RM400) berserta satu TWO L(I)PS Blackout Mask (harga biasa: RM70) kini ditawarkan pada harga RM88 sahaja. Promosi sah sehingga 31 Disember 2020.
Hubungi Strip Call Centre di talian 03-22016310/6311 untuk tempahan atau layari Strip Malaysia untuk maklumat lebih lanjut!
Apa pandangan anda?