Posted on December 15, 2021
Apa yang terbaru pada fon telinga tanpa wayar LG Tone Free ini? Sesuatu yang tidak ada pada jenama-jenama earbuds lain mungkin. Ia dilengkapi dengan teknologi UVNano yang boleh membasmi kuman dengan sendiri di dalam earpod. Menarik bukan?
LG Electronics kini meniup nafas segar kepada segmen earbud mereka dengan model LG TONE Free FP9 dan FP8 yang bukan sahaja menawarkan pengalaman bunyi serba baru tetapi juga dilengkapi dengan UVnano charging case yang akan memastikan earbud kamu kekal bersih sepanjang masa.
Mereka juga bekerjasama dengan makmal teknologi rekaan ergonomik POSTECH bagi menghasilkan rekaan Arc Design di mana earbud stem ini 4.4mm lebih pendek berbanding model sebelumnya lebih sesuai untuk gaya hidup aktif kita hari ini. Kamu tidak perlu risau lagi memakai earbud ini ketika workout atau di dalam hujan kerana ia dinilai oleh IPX4.
Teknologi UVNano LG TONE Free
Teknologi UVnano yang hadir di dalam charging case LG TONE Free ini memastikan earbud kamu kekal bersih dan bebas kuman sepanjang masa. Ia akan berfungsi ketika earbud dicaj di dalam charging case. Teknologi ini akan membunuh kuman dalam masa lima minit sahaja.
Getah earbud ini pula hipoalergenik dan anti-alergi diperbuat daripada Medical Grade Silicon Ear Gels bagi melindungi telinga dan memberi keselesaan optimum. Saya sendiri telah mencubanya. Serasa bagai tidak memasang earbud pun di dalam telinga ketika menggunakan LG TONE Free ini. Ringan dan selesa. Sleek Fit™ yang ada pada earbud ini memberi keselesaan ini dalam masa sama kekal dapper.
Ia juga boleh bertahan 10 jam sebelum perlu dicaj semula. Pabila kamu mengecaj, lima minit menawarkan sejam masa mendengar.
Oh tentu sekali ciri paling penting untuk earbud bagi saya ialah kualiti bunyinya. Headphone Spatial Processing daripada Meridian Audio memberi pengalaman bunyi yang kaya. Built-in equaliser nya pula memberi ton bass dan treble seperti live recording.
Noise cancelling & bass yang mendebarkan
Teknologi noise cancelling yang ada pada TONE Free ini membuat pengalaman bunyi kamu lebih bermakna. Kamu bisa memfokus lebih baik kepada audio yang didengar tanpa terlalu banyak gangguan bunyi luar.
Untuk gamers pula, 3D sound stage TONE Free menawarkan low latency di mana ia mengurangkan kelambatan audio melalui Bluetooth supaya pengalaman bermain game kamu lebih sempurna.
Haaaa TONE Free juga ada Whispering Mode di mana kamu boleh memegang earbud kanan hampir di mulut sebagai mikrofon agar kamu boleh berbisik tetapi masih boleh didengar sama ada dalam situasi paling senyap atau paling hingar.
Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan model FP8 saya (setelah dua minggu menggunakan). Bukan sahaja kualiti bass nya mendebarkan tetapi paling penting ialah ia selesa dan saya yakin ia bersih setiap kali penggunaan.
Apa pandangan anda?