Posted on April 21, 2020
Tiga ‘D’ – decor, declutter & DIY! Tiga perkara ini yang bisa diadaptasi semasa sedang berada dalam perintah berkurung sepanjang pandemik COVID-19.
The best thing about MCO is, kamu bukan sahaja berpeluang menghabiskan sepenuh masa di rumah. Sebulan di rumah, terasa seperti berabad ini membuatkan kamu mencuri setiap saat, minit atau jam yang ada ini untuk hal lain. Memikirkan pilihan hidup selama ini, menilai apa yang baik juga yang kurang dan barangkali cuba mengerti apa yang kamu akan cakap to your younger self. LOL!
Tetapi kami bukannya mahu membuka bicara hal itu. Bukan. Kami mahu membuka minda kamu untuk memerhatikan keadaan sekeliling. “Mungkin saya perlu tukar warna cat dinding rumah saya,” atau “I need a storage. Saya kena kemas baju-baju ini,” atau “Saya perlukan hobi baharu! Tiba masa untuk belajar buat sendiri hiasan dalam rumah ini!” Ya, perintah kawalan pergerakan ini mendorong diri untuk ‘ada sahaja’ melakukan sesuatu pembaharuan mahupun perubahan dalam tempat tinggal kita!
Sebermula berkurung sampailah sekarang, saya sudah menyimpan lebih seratus gambar hiasan dalaman rumah dalam folder ‘Saved’ Instagram saya – kerana berhasrat untuk mengubah bahagian dalaman rumah saya sendiri semasa PKP dan pasca-PKP nanti (apakah décor dan interior obsesi baharu saya? Mungkin juga). Dan, saya juga sempat menyisip masa yang ada dengan menonton beberapa saluran di Youtube yang menyingkap cara-cara menghias rumah, bikin almari, meja ataupun hiasan DIY, decluttering serta proses mengemas rumah. Terus terang, banyak jugalah yang saya pelajari. Saya memetik sedikit-sedikit tips atau ajaran yang diberi untuk memperbaiki apa-apa yang patut dalam rumah.
Saya kira, mungkin saluran-saluran ini (atau episod tertentu daripada saluran-saluran ini) adalah yang terbaik untuk dijadikan rujukan. Mengapa? Kerana dua perkara : yang pertama, youtubers dalam saluran-saluran ini bercakap dalam bahasa sekarang dan apa yang mereka cadang atau lakukan adalah sesuatu yang kita boleh relate. Yang kedua, ada di antara saluran-saluran ini memberi tips untuk kita tidak berbelanja lebih, cukup sekadar menggunakan apa yang ada dan sangat mudah untuk dilaksanakan sepanjang tengah berkurung sekarang.
Apa pandangan anda?