Posted on April 22, 2020
Topeng wajah kain kapas Nala Design
Non medical mask lebih disarankan untuk tempoh PKP. Biarlah medical mask dibekalkan hanya untuk frontliners. Nyata mereka lebih memerlukan. Sebagai rakyat umum yang hanya perlu berjaga-jaga agar virus Corona tidak tembus ke dalam rongga pernafasan, cukuplah kita memakai non medical mask sebagai langkah berjaga-jaga. Permintaan terhadap medical mask pula meningkat naik hari ini, mungkin agak sukar juga untuk kita memiliki.
Tetapi tak mengapa, bukan bermakna jika kita menggunakan non medical mask, kita akan lebih terdedah kepada virus Corona. Kalau kamu faham fungsi penggunaan mask itu dalam waktu pandemik ini, ia hanyalah bertujuan untuk melindungi rongga pernafasan kita (hidung dan mulut) daripada terdedah dengan virus Corona.
Jadi sebenarnya tidak ada beza antara jika menggunakan medical mask atau non medical mask. Cuma untuk frontliners, mereka harus pakai buang topeng wajah mereka kerana itu lebih sesuai untuk mereka menggunakan medical mask. Agak tidak praktikal untuk mereka membasuh topeng wajah non medical mereka, menunggu ia kering sebelum boleh dipakai semula, bukan?
Topeng wajah non medical pula boleh diperbuat daripada material apa sekali pun. Bagi saya, cotton adalah yang terbaik. Tidak melemaskan, senang bernafas dan mudah pula dibasuh dan dikeringkan. Kita juga boleh mempelbagaikan corak dan stail untuk topeng wajah non medical. Boleh pilih corak yang menepati personaliti diri. Dan ada pelbagai alternatif yang boleh kamu pilih di pasaran sekarang.
Alice & Olivia misalnya menegeluarkan topeng wajah dengan corak comel di atasnya. Mereka juga sangat dermawan kerana dengan setiap pembelian topeng muka ini, mereka akan mendermakan satu kembali kepada komuniti. Cassey Gan juga baru sahaja melancarkan topeng muka versinya, CG Mask di laman web jenama ini. Corak-corak terang dan ceria bagi saya sangat bagus untuk waktu-waktu suram seperti sekarang ini. Sekurang-kurangnya ia akan membantu membangkitkan semangat sesiapa yang memandang dan memakai.
Saya juga suka dengan rekaan topeng wajah Nala Design. Walaupun mereka tidak lagi menjual topeng wajah ini kerana sold out tetapi dengan setiap pembelian RM150 ke atas, kamu akan mendapat satu secara percuma. Monogram juga menjual topeng wajah non medical, Community Mask yang sungguh klinikal. Hadir dalam warna putih ia cantik juga untuk digayakan sebagai aksesori klinikal dalam waktu pandemik ini. Setiap pembelian dua topeng wajah ini, dua lagi akan didermakan kepada pekerja-pekerja perniagaan essential sekitar L.A.
Jika kamu peminat produk daripada rangkaian plastic bag Ikea, butik Rar3 ada menjualnya seperti di bawah. Cool juga memakai topeng wajah ini!
https://www.instagram.com/p/B9kyQsmBbK_/
Atau kalau kamu lebih kreatif, dan mahu menggunakan bandana-bandana yang tak dipakai di rumah, boleh sahaja ikut cara di bawah untuk membuat topeng wajah non medical kamu sendiri. Selamat mencuba!
https://www.instagram.com/p/B-BaNr2nuOZ/
Apa pandangan anda?