Posted on September 28, 2020
Menyayangi diri bermakna mengenali diri sendiri. Bagaimana wanita benar-benar boleh get in touch dengan diri mereka sendiri? Tiga belas pengakuan wanita tentang vagina mereka sendiri ini akan membantu kamu di luar sana mengenali diri sendiri…
Salah satu daripada rendah diri tentang tubuh yang selalu wanita hadapi ialah vagina mereka, atau spesifiknya labia. Bibir yang membuka kata-kata (pada vagina) dan ia efeknya kepada wanita nyata berbeza-beza.
Banyak wanita merasa rendah diri dengan rupa labia mereka. Jarang ada wanita yang tidak mempersoalkan bentuk, warna, terlalu pendek, terlalu panjang, terlalu gelap atau terlalu cerah tentang labia mereka. Ada juga yang tidak pernah pun melihat labia sendiri kerana gusar merasa tidak puas hati. Tapi jangan kerana kamu merasa ia tidak sempurna, kamu berasa ia tidak betul. Vagina datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, jadi tolong ingat fakta ini.
Rasa rendah diri ini sebenarnya wujud kerana wanita jarang becakap tentang vagina mereka secara terbuka dan terperinci. Jadi kami mahu membantu kamu. Kami mendengar beberapa pengakuan wanita tentang vagina mereka.
1. "NAMPAK MACAM PUSAT TAPI LEBIH ELOK"
“Sebelah bibir vagina saya lebih panjang dan terkeluar seperti lidah. Saya sukakannya. Unik itulah vagina saya dan saya rasa ia sempurna. Saya yang berusia 14 akan mengatakan ia tidak. Mungkin kerana terlalu obses dengan kesempurnaan seperti patung Barbie. Wanita tertekan dengan vagina yang ketat, bentuk dan cecair yang dikeluarkan tapi amat mustahil untuk mendapat acuan yang ‘betul’. Jadi saya tidak hairan lagi. Ada labia yang terkeluar, ada yang tersorok di dalam. Sama macam pusat tapi lebih elok. Tiada betul atau salah dalam hal ini.”
– Aina, 27
2. "SAYA TAK PERNAH PASTI SAMA ADA IA BENTUK YANG BETUL ATAU TIDAK"
“Saya selalu conscious dengan labia saya kerana saya tak pernah ada perbandingan yang solid. Saya tak pernah pasti sama ada bentuk dan saiznya betul atau tidak sehinggalah pernah sekali saya berbual dengan teman baik saya tentangnya. Dia beritahu saya yang dia pernah nampak vagina saya beberapa kali dan mengatakan bahawa saya punya ‘kemas’. Setelah dia mengesahkan yang vagina saya normal, saya tak pernah fikirkannya lagi. Asalkan saya tahu ia berfungsi cukuplah!”
– Hanifah, 31
3. "SAYA RISAU JIKA LELAKI TERLALU DEKAT DENGANNYA, MEREKA AKAN PERASAN BETAPA GELAPNYA LABIA SAYA"
“Saya bukanlah jenis yang suka berbogel, tapi ada sekali ni saya tukar baju di depan teman saya dan dia memberi komen yang labia saya gelap. Saya terkedu. Saya masih fikirkannya sampai saat ini dan jujurnya saya cuba tak bagi mana-mana lelaki lihat bahagian ‘bawah’ saya. Saya sangat conscious tentangnya dan saya risau kalau mereka terlalu dekat dengannya, mereka akan perasan betapa gelapnya ia dan tak selera lagi.”
– Lela, 27
4. LABIA SAYA TIDAKLAH 100% SIMETRIKAL, TAPI SAMA JUGA DENGAN KENING SAYA"
“Saya jauh lebih conscious tentang labia saya waktu remaja. Tapi setelah dewasa dan lebih pasti tentang diri saya, ia tidak lagi mengganggu minda. Saya tak pernah berani melihat vagina saya waktu muda bimbang saya tak suka dengan apa yang saya nampak. Satu hari saya dengar juga saranan ‘sexperts’ untuk melihat sendiri menggunakan cermin. Sedikit terkejut tapi saya sedar entah apa yang saya bimbangkan sangat selama ini. Labia saya tidak 100% simetrikal, tapi begitu juga dengan kening saya. Saya belajar menyukainya seiring masa. Saya lebih yakin di ranjang sekarang sebab saya tak bimbang lagi tentang vagina saya.”
– Anita, 24
5. "SAYA TAK SELESA MEMAKAI BIKINI KERANA KADANG-KADANG LABIA SAYA AKAN TERKELUAR"
“Labia saya panjang. Saya selalu berbasikal dan ia selalu kebas pabila saya berbasikal. Memakai bikini sangat tidak selesa kerana kadang-kadang labia saya terkeluar. Pabila saya melakukan seks dengan pasangan, saya perlu beri panduan kepadanya kerana ia kadang-kadang sakit dan membunuh mood. Setiap kali harijadi saya minta dengan ibubapa bantu saya melakukan labiaplasty kerana saya tak mampu ketika ini. Tapi mereka hanya beritahu saya untuk menyayangi tubuh saya seadanya. Saya memikirkan tentangnya setiap hari dan sering murung.”
– Rohana, 21
6. "SEKARANG SAYA BUKA BAJU DALAM BILIK PERSALINAN DENGAN BANGGA"
“Saya belajar menyukai vagina saya. Bibirnya terkeluar dan saya selalu conscious dengan rupa vagina saya sehinggalah satu hari saya ternampak labia teman saya pada usia 14. Dia punya juga terkeluar tapi dia sangat yakin dan tak kisah dengan tubuhnya. Dia tak kekok pun berbogel dalam bilik persalinan. Keyakinannya menjadikan dia lebih cantik dan saya rasa sangat empowering pabila kamu tak kisah dengan kekurangan diri kamu. Ia membuat saya rasa saya perlu menyukai dan menghormati vagina saya sama seperti dia. Sekarang saya tanggalkan baju dalam bilik persalinan dengan selambanya.”
– Cassy, 30
TOPIK ARTIKEL: PENGAKUAN WANITA TENTANG VAGINA
7. "MATA, HIDUNG, KAKI DAN TETEK BERBEZA-BEZA ANTARA WANITA, BEGITU JUGALAH DENGAN VAGINA"
“Labia saya tak simetrikal – sebelah berbeza daripada sebelah lagi – dan kedua-duanya terkeluar. Tapi saya tak peduli. Saya terima labia saya seadanya. Mata, hidung, kaki dan tetek wanita berbeza-beza sesama kita, begitu juga vagina. Tiada dua labia yang sama jadi merisaukan labia saya ‘normal’ atau menarik akan membuang masa saya. Teman lelaki saya suka labia saya dan jika saya bersama lelaki yang tidak suka, maksudnya kami tidak boleh bersama dan saya akan cari lelaki yang suka.”
– Mindy, 38
8. "SAYA SERING ADA INGROWN HAIR DAN SANGAT MALU DENGANNYA"
“Saya senang dapat ingrown hair dan tak kiralah cara apa pun saya buat – wax, cukur, skrub, basuh dengan air sejuk – masih sama. Pernah sekali saya bersiap untuk keluar date dan saya rasa akan berakhir dengan seks, saya perasan ada satu ingrown hair pada bibir vagina. Saya sangat malu dan tertekan mahu menanggalkannya lalu memutuskan menggunakan gunting kuku. Ia berdarah tak henti-henti. Sakitnya tak payah cerita. Saya terpaksa batalkan date saya. Sekarang masih ada ingrown hair setiap masa dan saya masih malu dengannya.”
– SJ, 25
9. "TEMAN-TEMAN SEMUA DAH ADA ANAK, SAYA RASA VAGINA SAYA HEBAT"
“Membesar saya sangat conscious tentang tubuh saya kerana gemuk. Selain itu saya juga risaukan vagina saya. Saya tak ada adik-beradik perempuan dan teman yang boleh berbual tentangnya. Jadi saya tak pernah tahu labia saya normal atau tidak. Sehinggalah saya jadi aktif seks dan tiada seorang lelaki pun pernah memberi komen baru saya sedar ia hanyalah salah satu bahagian tubuh. Sekarang pabila teman-teman saya melahirkan baru saya sedar betapa hebatnya vagina kerana mampu melahirkan anak dan tak kisahlah apa pun rupanya. Kalau boleh saya nak beritahu diri saya yang muda agar lebih baik fokus kepada perkara-perkara lain yang lebih penting berbanding vagina. Ada seorang teman saya yang sangat conscious dengan vaginanya sampaikan usia 30 pun masih tak pernah berhubungan seks atau melakukan ujian smear. Ini membuktikan bahawa tidak yakin dengan labia ini boleh sampai luar kawalan dan kita perlu lebih terbuka berbincang tentangnya.”
– Joanna, 28
10. "TIADA APA YANG POSITIF KAMU DAPAT DARIPADA MERASA MALU TENTANG MANA-MANA BAHAGIAN TUBUH KAMU"
“Saya gembira dengan labia saya. Teman-teman dan saya tak pernah malu berbogel dan bercakap tentang tubuh terutamanya selepas minum atau dalam tandas wanita jika keluar bersosial. Seorang teman kata vagina saya ‘kemas’ dan selalu kata dia punya berdaging berbanding saya dan kami selalu berjenakan tentangnya. Secara keseluruhan, saya yakin dengannya. Tiada apa yang positif kamu dapat kalau kamu malu dengan tubuh kamu. Kamu perlu suka labia kamu.”
– Karina, 23
11. "PASANGAN SAYA MEMANGGILNYA 'DAGING TEBAL'"
“Saya tak perasan pun. Pasangan saya memanggilnya ‘daging tebal’ kerana ia bahagian paling gemuk pada tubuh saya. Jujurnya saya tak rasa ia begitu besar.”
– Alicia, 20
12. "SAYA RISAU SAYA AKAN SELAMANYA MENYEMBUR PEWANGI PADA SELUAR DALAM"
“Sebagai remaja, saya ada bau badan. Saya rasa lama-lama ia akan hilang tapi semburlah banyak mana pun deodoran atau sabun masih ada bau. Saya dah botoks kan ketiak saya supaya tidak berpeluh jadi tiada bau tapi di bahagian bawah, masih ada bau. Ini tidak ideal, terutamanya untuk wanita dalam usia 30-an dan saya memang tak selesa dengannya. Dah banyak ubat saya cuba tapi saya masih risau apakah saya akan selamanya menyembur pewangi pada seluar dalam!”
– Ema, 33
13. "SAYA RASA SAYA PUNYA BURUK"
“Sebagai remaja, persepsi saya tentang vagina sangat serabut. Rujukan saya tentang rupa labia ialah melalui video-video porno. Estetika yang tidak realistik. Perbandingan itu membuat saya rasa saya punya buruk. Titik perubahan ialah pabila saya tidur di rumah teman dan menunjukkan vagina masing-masing. Dalam 20 gadis, hanya beberapa sahaja yang kemas (yang pada saya standard). Yang lain semuanya pelbagai bentuk dan saiz. Ia mungkin mengambil masa 10 tahun untuk saya sedar, tapi saya gembira dan selesa dengan labia saya – designer vagina boleh pergi mampus.”
– Kamisah, 26
Begitulah cerita-cerita pengakuan wanita tentang vagina. Diharapkan cerita-cerita ini dapat memberi pengajaran dan kesedaran bahawa tiada apa yang perlu dimalukan tentang vagina kamu kerana ia sememangnya berbeza-beza antara kamu.
Apa pandangan anda?