Posted on May 10, 2024
Proton Persona merupakan sedan segmen B yang kian mendapat tempat di hati pengguna, mungkin kerana nilai estetika luaran yang mengetengahkan ciri premium ditambah pula dengan rekaan dalaman yang sekali pandang saling tak tumpah seperti ruangan dalaman kenderaan mewah.
Berpeluang untuk memandu sendiri kenderaan ini, saya teruja untuk berkongsi pengalaman tersebut – berikut antara empat ciri kelebihan yang saya gemar.
Navigasi & ciri pintar
Ini merupakan ciri utama kegemaran saya – sebagai sebuah kenderaan mampu milik, Proton Persona tampil selangkah kedepan dengan menawarkan ciri navigasi yang boleh diakses terus daripada skrin lapan inci kenderaan tersebut. Jadi, pengguna tidak lagi perlu menggunakan aplikasi navigasi daripada telefon pintar. Mudah!
Hi Proton! ciri Voice command juga tersedia pada Proton Persona membolehkan pengguna mengawal sepenuhnya tingkap pemandu, penghawa dingin, komunikasi, navigasi dan pilihan hiburan.
Bagi melancarkan pentstriman hiburan dan navigasi pengguna boleh menggunakan fungsi 4G dan WiFi yang tersedia. Bagaimanapun, kemudahan talian mudah ini hanya tersedia buat Persona varian Active dan Premium sahaja.
Selain itu, ada juga kamera undur dengan dinamik line bagi memudahkan pemanduan kamu.
Enam port USB
jumlah port USB mungkin bukan satu faktor yang dipandang ramai sebagai penting, namun jika kamu adalah seorang pencipta kandungan, pengurus media sosial ataupun seseorang yang bekerja menggunakan telefon pintar selalu pasti kamu gemar akan kelebihan ini.
Hadir dengan enam port USB, kamu bebas untuk mengecas beberapa peranti sekaligus! Di bahagian hadapan, tersedia tiga port USB-A yang terletak pada bahagian atas penyaman udara. Di belakang pula ada dua 2 port USB-A dan satu lagi terletak di cermin pandang belakang.
Rekaan kabin yang eksklusif
Varian premiuam yang saya pandu datangnya dengan rekaan kabin yang super eksklusif! Ia mempunyai kemasan kulit sintetitk (leatherette) rona coklat – memberikan perasaan seperti memandu model x70.
Stereng juga dilengkapi material kulit bersama butang audio. Ruang di dalam kabin pula boleh dikatakan agak luas, selesa untuk perjalanan jauh buat empat orang.
Ciri keselamatan
Ciri keselamatan pada Proton Persona tidak perlu diragukan lagi, kenderaa ini telah berjaya meraih pengiktirafan 5-bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP).
Ia mempunyai enam beg udara, kawalan cengkaman, kawalan kestabilan berserta anti lock braking sistem (ABS) dan Electronic Brake-force Distribution (EBD).
ABS berfungsi untuk mengelakkan roda daripada terkunci dengan sendiri ketika kenderaan berhenti secara mengejut. Manakalau EBD pula memastikan kuasa break berfungsi dengan baik pada keempat-empat penjuru tayar.
Apa pandangan anda?