Selepas melahirkan anak kedua, Farah Nabilah merasakan dirinya begitu tenggelam dalam tanggungjawab sebagai seorang ibu sehingga masa bersama anak sulung dan suaminya menjadi semakin terhad. Namun, ketika percutian keluarga mereka baru-baru ini, Farah menemui rahsia: percutian santai bukan sekadar melarikan diri dari rutin harian, tapi peluang untuk memperlahankan rentak hidup dan menikmati momen-momen manis bersama keluarga. Dari saat itu, Farah sedar – inilah caranya untuk mengeratkan semula hubungan dengan orang tersayang dan mencipta kenangan baru!
Singapura, yang hanya sekadar perjalanan singkat dari Malaysia, adalah destinasi pilihan Farah untuk kembali merapatkan ikatan keluarganya. Antara tarikan keluarga yang mesra kanak-kanak, pengalaman menjamu selera yang halal, dan suasana yang penuh keajaiban, Farah dapat merasai setiap momen sebagai kesempatan berharga untuk mengeratkan lagi hubungan mereka. Jom, ikuti Farah dan keluarganya dalam pengembaraan mereka yang penuh dengan kasih sayang, gelak ketawa, dan detik-detik bermakna!
Kembara Sekitar Kota Dengan Gaya: Singapore Sidecars
Bayangkan kegembiraan Farah dan anaknya Andre ketika menaiki Vespa sidecar klasik yang ikonik! Mereka meluncur laju di sekitar Kota Singa sambil menikmati pemandangan indah dan penuh sejarah. Farah terkenang kembali masa kanak-kanaknya apabila menunggang motosikal bersama ayahnya, dan kini, Andre—peminat kereta tegar—dapat merasai pengalaman serupa. Suatu pengalaman yang bukan sahaja penuh nostalgia, tetapi pasti dikenang oleh Andre hingga dewasa.
Laman web: www.sideways.sg
Kreativiti Tanpa Batasan di Splat Paint House
Di Splat Paint House, kesenian menjadi satu ekspresi bebas. Farah, sebagai pencinta seni, cukup teruja apabila seluruh keluarganya terlibat dalam aktiviti ini. Andre juga menunjukkan sisi artistiknya yang unik, dengan tiada had untuk kreativiti. Yang paling best? Tiada siapa perlu mengemas selepas itu!
Laman web: www.splatpainthouse.com
Peta Google: maps.app
Romantik dan Sedap di Harummanis
Apa cara lebih baik untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan selain menikmati sajian yang menggabungkan rasa halal dan warisan tempatan? Farah dan Amirul meraih peluang ini di Harummanis—satu momen rare untuk mereka berdua beristirahat dan berbual sambil menikmati hidangan yang lazat.
Laman web: harummanissg.com
Peta Google: maps.app
Keajaiban Seni di Keppel Centre for Art Education
Keluarga Farah bukan sahaja terpesona dengan seni di Keppel Centre for Art Education, tetapi juga dengan proses mereka memahami satu sama lain lebih mendalam. Melalui aktiviti seni interaktif, mereka dapat melihat sisi kreatif yang baru dari setiap ahli keluarga. Amirul pula menjadi seperti anak kecil semula, membina struktur 3D dari awal!
Laman web: www.nationalgallery.sg
Peta Google: maps.app
Fesyen Seronok di Simply Rays
Di Simply Rays, Farah mendapati pengalaman memilih pakaian untuk seluruh keluarga bukan sahaja menyeronokkan tetapi menjadi aktiviti bonding yang ceria. Bayangkan gelak ketawa mereka ketika memilih gaya masing-masing!
Laman web: simplyrays.com
Google Maps: maps.app
Pengalaman Memikat di River Wonders
Teroka hidupan akuatik yang luar biasa di River Wonders, di mana Farah dan keluarganya memulakan pengembaraan penuh penemuan. Dari ikan tropika berwarna-warni hingga ke gergasi air tawar, setiap momen di sini membawa kekaguman baru. Bahkan Amirul, yang seperti kanak-kanak kecil semula, tidak dapat menyembunyikan keterujaannya melihat haiwan-haiwan ini dalam habitat mereka.
Dan jangan lupa, kunjungan ke Night Safari adalah penutup sempurna untuk hari yang luar biasa. Dengan anak sulung mereka, Andre, yang memuja haiwan, Farah menyedari bahawa pengalaman ini akan terus tersemat dalam ingatan mereka sekeluarga.
Laman web: www.mandai.com
Peta Google: maps.app
Detik Santai di Jewel Changi
Sebelum pulang, mereka singgah ke Jewel Changi—lokasi di mana seni bina futuristik bertemu keindahan alam semula jadi. Dari Mirror Maze yang mencuit hati hingga ke Rain Vortex yang menakjubkan, setiap langkah di sini penuh dengan keajaiban dan kegembiraan yang tidak akan dilupakan.
Laman web: www.jewelchangiairport.com
Peta Google: maps.app
Raikan Momen Bersama Keluarga
Meluangkan masa bersama keluarga bukan sekadar kehendak—ia adalah keperluan. Setiap detik berharga, sama ada ketika meneroka tarikan baru atau sekadar menikmati momen bersama dalam suasana santai. Farah dan keluarganya membuktikan bahawa walaupun sibuk dengan tanggungjawab harian, percutian kecil dapat membawa kesegaran, kegembiraan, dan kasih sayang yang lebih erat.
Jadi, apa tunggu lagi? Ambil peluang ini untuk reconnect dengan keluarga anda, cipta kenangan baru, dan hargai kegembiraan yang datang dari setiap momen bersama.
Baca 6 Tarikan di Singapura sini
Apa pandangan anda?