Posted on January 21, 2020
https://www.instagram.com/p/B4_VU0CnXI9/
Philippe Leblond (atau dia menggelarkan dirinya The Van Man) seorang model berasal dari Montreal, Kanada. Pada 2015, sebelum usianya bertukar 30, dia membeli sebiji van dan memutuskan untuk hidup di dalam van tersebut serta mengembara bersamanya. Dia membeli van itu sempena harijadinya yang kemudian diubahsuai agar sesuai untuk dia tinggal di dalamnya. Leblond memilih untuk menghidupkan impiannya yakni meninggalkan gaya hidup biasa dan tinggal di dalam van. Mungkin ini bukan sesuatu yang normal di kalangan kita. Tetapi katanya, “Ini gaya hidup yang saya pilih. Mencapai batasan baru, mencapai sasaran hidup baru… feeling alive. Everybody can do what the fuck they want!”
Leblond juga menggelarkan van nya ini sebagai ‘happiness on wheels’. Bukan dia tak pernah hidup seperti model lain. Sewaktu dia menjadi model sepenuh masa di Beverly Hills, dia hidup dalam rumah besar dan menjalani kehidupan seperti model lain. “I moved out of my big house and now I’m thousand times more happy,” katanya.
“Fuck clubbing. I quit smoking. Ini semua dalam usaha saya untuk berjimat dan memiliki kehidupan yang menggembirakan saya.”
Sebaik sahaja kamu keluar daripada zon selesa kamu, itulah masanya kembara kamu bermula. Ini kepercayaan Leblond. “Hidup di dalam van memberi pengajaran hidup terbaik. Berhubung dengan alam semula jadi. Saya banyak belajar tentang diri sendiri. I had the Beverly Hills kind of life, I wasn’t happy.”
Bagaimana Philippe Leblond Hidup Di dalam Vannya?
“Apa sahaja yang kamu perlukan dalam hidup? Makanan, air dan katil untuk tidur pada waktu malam,” begitu kata Leblond tentang kehidupannya di dalam van. Maka memang itulah yang dilengkapkannya di dalam van tersebut. Pada setiap kesempatan yang ada dia terjumpa bekalan air bersih, dia akan menyimpannya di dalam tong-tong air. Dia juga memiliki satu beg air besar lima galon yang diletakkan di atas bumbung van untuk dibuat mandi dan membasuh perkakas-perkakasnya. “Kerana beg air ini saya letak di atas bumbung, matahari akan memanaskan air itu. Jadi saya dapat mandi air panas pada bila-bila masa.”
Ada juga dapur pemanas yang diletakkan bersebelahan dengan closet, tetapi dia jarang menggunakan dapur ini kerana bimbang meninggalkan bau. Maka dia lebih suka memasak di luar menggunakan kayu dan api. Pesannya juga kepada sesiapa yang ingin mencuba kehidupan ini, untuk melengkapkan van dengan bekalan elektrik kerana dia rasa lebih baik jika van memiliki peti ais kecil berbanding dengannya yang hanya mempunyai kotak ais. “Kamu perlu menukar ais setiap tiga hari. Ini kurang praktikal bagi saya.”
Katanya lagi, “Van is my bedroom and the world is my living room.” Menonton video Youtube Leblond memberi banyak inspirasi dan membuat saya bersyukur dengan kehidupan sendiri. Ia menyedarkan saya bahawa kamu tak perlukan banyak benda dalam hidup untuk bahagia. Leblond nyata gembira dan sentiasa terseyum atau ketawa pabila menjawab soalan dan menceritakan tentang kisah hidupnya. Jika hendak dibandingkan dengan banyak orang lain yang memiliki materi serba sempurna, banyak antara mereka ini tiada seri dan bahagia pun terpancar pada wajah setiap kali bercerita.
Van life makes you millionaire life wise. Philippe Leblond
Pada satu bahagian di atas closet nya, Leblond menggantungkan ayat berbunyi, ‘The best things in life are not things’. Dia gelak pabila bercakap tentang ayat tersebut menunjukkan tanda dia bersetuju sangat dengan kata-kata itu. “Janganlah terlalu serius dalam hidup. Normal is too boring.”
Apa pandangan anda?