Posted on December 16, 2025

Kadangkala, rehat yang kita perlukan tidak semestinya datang dalam bentuk percutian panjang. Cukup sekadar satu malam di hotel yang memahami erti keselesaan, ketenangan dan keperluan gaya hidup moden. Staycation saya di Hilton Petaling Jaya pada telah membuktikan bahawa pengalaman hospitaliti bertaraf antarabangsa kini hadir dengan sentuhan lokal — elegan, relevan dan terasa dekat. Dengan identiti baharu yang segar, Hilton Petaling Jaya tampil sebagai gateway to discovery — menggabungkan budaya tempatan, pengalaman terkurasi dan servis yang lancar untuk pengembara moden yang sentiasa bergerak antara kerja dan kehidupan peribadi.
Hari Pertama: Dari Meja Makan ke Mod Rehat

12.30 Makan Tengah Hari Elegan di Toh Yuen: Klasik Dengan Sentuhan Baharu
Staycation kami dimulakan dengan makan tengah hari di Toh Yuen, restoran Kantonis ikonik Hilton Petaling Jaya yang kini tampil dengan wajah baharu yang lebih segar dan moden. Ruang makan yang diperbaharui ini terasa lebih terang, kemas dan refined — mengekalkan keanggunan klasiknya, namun dengan sentuhan kontemporari yang menjadikannya relevan untuk generasi hari ini.

Hidangan pertama yang benar-benar mencuri perhatian ialah Steamed Cod Fish Dumpling with Chicken Broth — pilihan kegemaran saya. Bukan sahaja rasanya halus dan seimbang, malah persembahannya sendiri terasa seperti sebuah karya seni. Dumpling yang dibentuk menyerupai ikan-ikan kecil seolah-olah sedang berenang di dalam kuah kekuningan yang jernih dan vibran — cantik dipandang, lembut di rasa. Turut melengkapkan pengalaman ini ialah Steamed Toh Yuen Prawn Dumpling, diikuti Vietnamese Shrimp Spring Roll with Mango yang memberi kontras segar dan ringan. Satu lagi hidangan kegemaran saya ialah Mangosteen Dumpling with Minced Chicken — dibentuk menyerupai buah manggis, sangat kreatif dari segi visual dan mengejutkan dari segi rasa.

Untuk hidangan utama, kami menikmati Golden Butter Prawn with Cashew Nuts yang kaya dan beraroma, serta Sweet and Sour Diced Chicken and Dried Fig yang memberikan sentuhan manis masam yang seimbang. Hidangan klasik seperti Wok-Fried Kuey Teow with Assorted Seafood and Onion dan Signature Fried Rice with Assorted Seafood and ZO Chili Sauce pula menjadi pelengkap sempurna — memuaskan dan penuh rasa.

Sebagai penutup, pencuci mulut benar-benar menyegarkan. Chilled Avocado Puree with Mango Cream menjadi kegemaran pencuci mulut pilihan saya — manisnya ringan dan menyegarkan, seolah-olah ‘membersihkan’ deria rasa selepas hidangan yang kaya. Ia diakhiri dengan Hot Red Date Soup with Longan and Snow Nest, hangat dan menenangkan. Keseluruhannya, pengalaman makan tengah hari di Toh Yuen bukan sekadar tentang rasa, tetapi juga visual, tekstur dan suasana. Dengan menu yang kreatif dan ruang yang diperbaharui, Toh Yuen terus membuktikan mengapa ia kekal relevan sebagai destinasi Kantonis pilihan di Petaling Jaya.

3.00 petang — Check-in
Proses daftar masuk berjalan lancar dan efisien, mencerminkan pendekatan Hilton yang menitikberatkan pengalaman tetamu yang seamless. Sebaik melangkah masuk ke bilik, suasana terasa serta-merta berbeza — moden, kemas dan cukup inviting untuk memperlahankan rentak.

Ruang Peribadi Untuk Recharge & Refleksi
Ada sesuatu yang sangat intimate tentang pengalaman masuk ke bilik hotel yang benar-benar memahami keperluan rehat. Di Hilton Petaling Jaya, bilik yang telah direka semula ini bukan sekadar cantik secara visual, tetapi terasa tenang, seimbang dan menyambut — ruang peribadi yang mengajak kita untuk berhenti seketika dari kesibukan luar.

Katilnya menjadi pusat segala ketenangan. Sangat empuk dan mewah, seolah-olah direka khas untuk membiarkan tubuh benar-benar berehat. Bantalnya pula — antara yang paling gebu dan selesa pernah saya alami — menjadikan tidur malam terasa panjang, lena dan tanpa gangguan. Ia bukan sekadar tidur, tetapi rehat yang benar-benar memulihkan.
Keesokan paginya, saya bangun dengan rasa ringan dan segar. Fikiran lebih focus, tubuh terasa bersedia dan tenaga seakan diperbaharui — seolah-olah bateri diri telah dicas sepenuhnya. Untuk mereka yang sentiasa menyeimbangkan tuntutan kerja dan kehidupan sosial, inilah bentuk kemewahan sebenar: ruang untuk berehat dan bernafas, walaupun hanya untuk satu malam.

4.00 petang — Santai di tepi kolam dengan welcome drinks
Petang dihabiskan dengan bersantai di tepi kolam sambil menikmati minuman alu-aluan. Suasana yang relaks ini melengkapkan pengalaman staycation — ringkas, tidak tergesa-gesa, dan cukup untuk membuatkan masa terasa perlahan.

7.30 Makan Malam Jepun Berkonsepkan Seni di Genji
Malam diakhiri dengan makan malam di Genji, restoran Jepun ikonik Hilton Petaling Jaya yang mengekalkan reputasinya sebagai ruang makan yang tenang, eksklusif dan penuh disiplin seni Jepun. Dengan interior yang elegan dan minimal, suasana Genji terasa cukup intim — menjadikannya pilihan ideal untuk makan malam yang lebih perlahan dan berfokus pada pengalaman. Kami menikmati dua set menu yang disusun kemas, membolehkan setiap hidangan dinikmati secara berperingkat.


Set 1 dimulakan dengan Nichi Salad dan Chawan Mushi — ringan, seimbang dan menyegarkan. Hidangan ini disusuli dengan Teppanyaki Special: Combination Seafood with Vegetable, di mana makanan laut disediakan secara langsung di teppanyaki grill, memperlihatkan kemahiran Chef dan perhatian terhadap setiap perincian. Untuk hidangan utama, gabungan klasik Jepun dihidangkan dengan penuh kesederhanaan dan rasa yang konsisten. Tempura Moria rangup dan ringan, Chicken Teriyaki pula lembut dengan rasa manis masin yang seimbang, manakala California Uramaki menjadi pelengkap yang mudah dinikmati. Set ini turut disajikan bersama pickle, sup dan kobachi, menambah elemen keselesaan dalam keseluruhan pengalaman makan.

Set 2 pula menawarkan variasi yang lebih kaya, bermula dengan Unagi Salad dan Chawan Mushi, diikuti Ostukuri — tiga jenis sashimi yang segar dan bersih rasanya. Hidangan utama kekal konsisten dengan Tempura Moria, Chicken Teriyaki dan California Uramaki, disajikan dengan kemasan yang kemas dan rapi. Sebagai penutup, Lemon Sobei menjadi pencuci mulut yang ringan dan menyegarkan — ringkas tetapi tepat, memberikan penamat yang bersih selepas hidangan yang lengkap. Keseluruhannya, makan malam di Genji bukan sekadar tentang hidangan Jepun, tetapi tentang ritma makan yang teratur, ketelitian rasa dan suasana yang membenarkan kita menikmati setiap detik.


Hari Kedua: Pagi Yang Tenang & Seimbang
7.00 pagi – 10.30 pagi — Sarapan di Executive Floor Lounge
Pagi bermula di Executive Floor Lounge, ruang yang direka semula dengan susun atur intuitif dan suasana yang mendamaikan. Pilihan sarapan yang lengkap, digabungkan dengan persekitaran yang tidak sesak, menjadikannya tempat ideal untuk menikmati pagi dengan santai — sama ada untuk berbual perlahan atau menyusun semula fokus sebelum kembali bekerja.

12.00 tengah hari — Check-out
Walaupun hanya satu malam, pengalaman yang ditawarkan terasa menyeluruh dan seimbang — tepat dengan konsep Reimagined Hospitality yang dibawa oleh Hilton Petaling Jaya.

Hilton Petaling Jaya: Lebih Daripada Sekadar Tempat Menginap
Transformasi Hilton Petaling Jaya merangkumi 547 bilik dan suite yang direka semula, ruang awam yang lebih lapang serta Executive Lounge yang kini lebih versatil. Untuk acara korporat atau sosial, hotel ini menawarkan 1,748 sqm ruang acara, termasuk Kristal Ballroom tanpa tiang yang boleh memuatkan sehingga 1,000 tetamu, serta 20 bilik mesyuarat moden dengan teknologi A/V terkini.
Konsep “Meet with Purpose” turut diperkenalkan — menggabungkan kelestarian, rehat berfokus tenaga dan pengalaman lokal melalui Discovery Breaks yang unik. Dari segi gastrnomi, Hilton Petaling Jaya meraikan kepelbagaian rasa — daripada Kantonis di Toh Yuen, Jepun di Genji, warisan tempatan di Paya Serai, hingga pengalaman malam yang lebih intim di Rye dan kopi artisan di Drip Café.

Apabila Rehat Menjadi Sebahagian Gaya Hidup
Staycation di Hilton Petaling Jaya membuktikan bahawa percutian singkat juga boleh terasa bermakna. Dengan rekaan moden, keselesaan yang benar-benar difikirkan, serta servis bertaraf dunia yang kekal relevan dengan gaya hidup hari ini, hotel ini sesuai untuk mereka yang mencari rehat berkualiti tanpa perlu meninggalkan kota.
📍 Tempah perjalanan penemuan kamu di www.hilton.com
📲 Ikuti Hilton Petaling Jaya di Instagram & Facebook
Baca: STAIL Kongsi Pengalaman Kerja Sehari Di Hotel Hilton Kuala Lumpur Dengan Pakej ‘Meet With Purpose’




















.gif)

Apa pandangan anda?