Seks pelega stres yang mungkin kamu perlukan waktu ini. Ya dalam tempoh PKP ini pelbagai perkara bisa mendatangkan tekanan kepada kita. Cara paling mudah untuk menghilangkan stres ini ialah melalui teknik paling tua di dunia iaitu seks. Sedari dulu memang sudah terbukti bahawa seks yang dipersetujui dua pihak adalah sangat sihat. Ia memberi perasaan yang nikmat. Ia juga bisa merapatkan hubungan antara pasangan. Ia juga memberi seri kepada mereka yang menikmatinya.
Orgasma bukan sahaja memberi ketenangan beberapa jam malah seks yang kerap akan menghilangkan ketegangan untuk jangka masa panjang. Ia merendahkan garisan asas tahap tekanan kata Laurie Mintz, Ph.D., juga penulis buku A Tired Woman’s Guide to Passionate Sex serta pakar alat mainan seks jenama LELO. “Anggap lah ia sebagai ubat,” katanya. “Kamu perlu mengambilnya untuk mendapat kesan bebas stres. Seks pelega stres.”
Ini sebabnya. Seks mengurangkan tahap hormon stres seperti adrenalin dan kortisol, menurut kajian yang diterbitkan dalam The Jurnal of Health and Social Behavior. Ia juga menggalakkan penghasilan endorfin, bahan kimia otak yang meningkatkan mood.
Mengapa Seks Pelega Stres?
Seks atau apa jua bentuk aktiviti seksual termasuklah melancap dan seks oral (asal saja ia memberi orgasma) boleh mencetuskan penghasilan oksitoksin, hormon yang positif memberi kesan kepada mood menurut Mintz. “Oksitoksin kerap digelar hormon cinta,” terang Mintz. “Ia merangsang perasaan hangat dan relaks.” Ia juga terkenal sebagai boleh membuat kamu merasa rapat dengan pasangan. Ini mungkin sebabnya kamu merasa dekat dengan pasangan selepas seks. Oksitoksin dilepaskan setiap kali kamu orgasma, dan akan membuat kamu rasa lebih tenang.
Dua bahan lain yang dilepaskan pabila kamu pancut: dopamin, sejenis neurotransmitter dan prolaktin, sejenis hormon. Dua-dua bahan ini juga terbukti akan membuat kamu rasa gembira menurut Mintz. Kadang-kadang ia akan membuat kamu rasa sedikit mabuk, tambahnya. “Itu bagus kerana tidur yang lena sangat berkait dengan menurunnya tahap stres kamu,” kata Mintz lagi.
Gabungan antara orgasma yang kerap dengan lain-lain teknik pelega stres akan lebih bagus untuk relaks. “Exercise setiap hari dan orgasma beberapa kali seminggu akan menjadi cara terbaik merawat anxiety,” kata Mintz. Tapi kalau kamu tak ada mood untuk seks maka tak perlulah. Kadang-kadang seks juga boleh memberi tekanan. Ada juga yang merasakan anxiety sebagai pemusnah nafsu.
Kalau kamu salah seorangnya, tak mengapa. Ada banyak cara lain untuk melegakan stres seperti exercise, meditate dan tidur yang cukup. Optimumnya kamu perlu tahu apa aktiviti yang boleh menenangkan kamu. Tapi kalau orgasma adalah salah satu daripadanya, kamu akan lebih suka lah kerana sains berada di pihak kamu.
Apa pandangan anda?