Dengan kemajuan teknologi yang pesat, industry telefon pintar sentiasa berkembang untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat. OPPO, sebuah jenama teknologi global terkemuka, sentiasa berinovasi – Siri Reno dari OPPO telah melihat banyak iteraksi dalam beberapa tahun yang lalu, demi membuat kemajuan yang membawa revolusi dalam fotografi mudah alih. Sama ada anda seorang jurugambar amatur yang baru mengambil minat dalam seni fotografi atau seorang pakar yang mencari telefon pintar yang boleh dipercayai untuk menjadi rakan seiringan dalam pengembaraan fotografi anda, siri OPPO Reno secara konsisten telah menjadi rakan sejati penggiat seni dan mengubah sesiapa sahaja menjadi jurugambar yang mahir.
Fotografi potret telah menjadi sangat popular dikalangan pengguna telefon pintar. OPPO telah mengesan trend ini di peringkat awal dan menurut data OPPO, di antara semua tingkah laku fotografi pengguna APAC, mod potret menyumbang sebanyak 30.1%. Inilah sebabnya, siri OPPO Reno diposisikan sebagai “Portrait Expert”, dan menepati komitmen jenama iaitu “inspiration ahead” di mana setiap produk bertujuan memberi inspirasi kepada pengguna dengan kebolehan luar biasa portrait imaging. Sejak penubuhannya pada tahun 2019, siri OPPO Reno telah mengalami beberape peningkatan inovasi dengan tujuan memberikan pengguna pengalaman pengambilan foto mod potret yang terbaik. OPPO telah membolehkan pengguna menyentuh dunia fotografi telefon pintar yang baru dan menghasilkan foto yang realistic dengan hanya mengunakan telefon pintar. Berikut adalah beberapa ciri menarik dalam siri OPPO Reno.
OPPO Reno 1-3
Pengguna diperkenalkan dengan ciri-ciri seperti kamera selfie “shark fin-style” 16MP F/2.0 yang keluar dari atas telefon dan menawarkan pengguna pandangan seluas 79.3 darjah. Reno 2 dan Reno 3 membolehkan pengguna memasuki era “Ultra Steady Video” di mana penghasilan video goyah dan amatur berlalu.
OPPO Reno 4-5 : Mengajar pengguna untuk memperbaiki pengalaman potret yang indah.
OPPO Reno4 Pro, dengan slogan kempen “Clearly The Best You” memberi tumpuan kepada membolehkan pengguna mengambil gambar mod potret menggunakan ciri menarik seperti Night Flare Portrait. Ia mengaburkan sumber cahaya di latar belakang sambil mengekalkan focus pada subjek utama. Bagi ciri AI Colour Portrait pula, ia membolehkan warna dikekalkan hanya pada subject utama dan latar belakangnya menjadi hitam putih.
OPPO Reno5 Pro mempunyai ciri-ciri kamera unggul termasuk pemprosesan cahaya, pemprosesan warna dan teknologi pemprosesan pasca yang bertujuan unutk membantu pengguna mengambil foto dengan mudah dan tanpa Batasan. Dengan Reno5 Pro, pengguna dapat menikmati pebagai ciri baru seperti OPPO Full Dimension Fusion (FDT) Potrait Video System yang canggih, perisian yang fleksibel dan algoritma pintar yang meningkatkan kualiti video dan kesan potret secara signifikan yang memberi kualiti video premium.
Reno 6: Mod potret bagai mengguna kamera DSLR
Dengan Reno6 Pro, OPPO memberi tumpuan pada menaik taraf teknologi pengimejan inovatifnya. Ia menampilkan “Bokeh Flair Portrait” yang memberi efek bokeh sinematik yang hebat dalam portrait video. Latar belakang subjek utama dikabur secara automatic supaya subjek menjadi focus utama. Hasilnya sama bagaikan menguna kamera DSLR dalam high definition!
Reno 7-8 : Lonjakan hebat dalam kualiti imej dan pakar dalam mod potret cahaya rendah
Seterusnya adalah OPPO Reno7 Pro 5G yang melihat siri Reno memasuki era focus baharu dengan ciri yang membolehkan pengguna menangkap potret seperti DSLR termasuk mod portrait dan Bokeh Flare Portrait Video. Dilabel sebagai “Potrait Expert” tumpuan pada fotografi potret adalah disebabkan pemintaan popular. Menurut data OPPO, fotografi potret menyumbang 28.4% daripada semua scenario penggambaran OPPO Malaysia. Ini adalah sebab mengapa OPPO Reno telah berada di landasan menaik taraf pengalaman “Portrait Expert” untuk memenuhi keperluan fotografi pengguna.
Bagi OPPO Reno8 Pro 5G, penekanan diberikan kepada membolehkan pengguna mengambil foto potret malam yang jelas. Pengguna dapat mengoptimalkan pengalaman pengambilan foto dalam persekitaran cahaya rendah dengan jelas. Ia juga menampilkan Dual Sony Flagship Sensors yang ditingkatkan dengan IMX709 untuk kamera hadapan dan IM766 untuk kamera belakang.
Teruja untuk pendedahan terbaru produk siri Reno OPPO yang seterusnya? Saat yang di tunggu-tunggu akhirnya tiba dengan pengumuman OPPO bahawa mereka akan melancarkan siri OPPO Reno10 yang baru – memperkenalkan pengalaman telefon pintar potret “Tahap Pro” yang merupakan tonggak bagi siri Reno dan bukti bahawa siri Reno adalah telefon pintar potret terbaik! Untuk maklumat lanjut sila layari www.oppo.com
Apa pandangan anda?