Posted on February 16, 2021
Apabila dua jenama hebat bersatu – TAG Heuer dan Porsche, maka lahirlah model jam tangan TAG Heuer Carrera Porsche Chronograph yang memadukan cinta dua jenama ini terhadap dunia lumba kereta. Bukan sahaja mereka meraikan kerjasama ini dari segi kelahiran jam tangan kronograf ini, dua jenama ini juga melihat kepada kolaborasi jangka masa panjang untuk perlumbaan sehinggalah kepada pembangunan produk. Tetapi jam tangan ini adalah simbol keraian pertama kerjasama dua jenama ikonik ini.
TAG Heuer dan Porsche berkongsi beberapa perkara yang sama dari sejarah yang kaya dan reputasi untuk inovasi sehinggalah kepada teknologi terkini, minda yang berkuasa dan berdikari, mereka juga sangat terkenal dengan bakat rekaan yang cemerlang. Tentunya dari sudut sejarah, dua jenama ini bermula dengan usahawan yang belajar sendiri. Edouard Heuer dan Ferdinand Porsche – dua-dua pengasas jenama ini adalah pencetus yang rekaannya mengubah lapangan masing-masing selamanya. Heuer mengilhamkan kronograf pertama yang dikilangkan dan Porsche mencipta tayar elektrik permotoran. Dua-dua menang pingat di World’s Fair di Paris berbeza 11 tahun. Heuer pada 1889 dan Porsche pada 1900.
Pada 1954, Porsche memenangi perlumbaan Carrera Panamericana dan sempena kemenangan ini menamakan enjin paling berkuasa mereka ‘Carrera’. Pada 1963, TAG Heuer mencipta kronograf Heuer Carrera pertama di mana ia membenarkan pelumba melihat masa semasa berlumba dengan sekali kerling sahaja. Jika perasan, jam tangan kronograf ini dan enjin paling berkuasa Carrera seperti menyatukan Porsche dan Heuer untuk kali pertama. Semangat ‘Carrera’ (perlumbaan) melambangkan cita-cita, kelajuan dan kecemerlangan teknikal.
Pada 2005, di tayangan perdana filem Jo Siffert: Live Fast – Die Young, cucu Edouard Heuer, Jack mengingati kontrak, “Sebagai pertukaran kepada CHF 25,000, dia akan meletak logo TAG Heuer pada kereta dan sut lumbanya. Joe juga boleh membeli jam tangan kami pada harga kilang dan menjualnya kepada teman-teman pelumbanya dan meraih untung. Dia sungguh berjaya kerana hampir separuh paddock F1 memakai jam tangan Heuer di penghujung musim perlumbaan 1969!”
Hubungan ini jugalah yang menjurus kepada Steve McQueen memakai logo Heuer pada sut lumbanya sewaktu penggambaran filem Le Mans pada 1970 di mana dia memandu Porsche 917. Kata McQueen, “Saya pandu kereta yang sama dengan Jo Siffert, saya juga nak pakai sut yang sama dengannya.”
Ini adalah antara hubungan yang pernah terjalin antara Heuer dan Porsche. Tentang kolaborasi TAG Heuer Carrera Porsche Chronograh, kata Ketua Pegawai Eksekutif TAG Heuer, Frederic Arnault,
Kami berkongsi sikap yang sama. Seperti Porsche, kami juga pencetus, sentiasa mengejar persembahan cemerlang. Kami akhirnya bersatu secara rasmi setelah lama menjalin hubungan tanpa sedar.
Menyambung legasi lumba kereta
Pasukan TAG Heuer Porsche Fprmula E mencipta sejarah dalam musim debutnya. Andre Lotterer menamatkan perlumbaan di tempat kedua di Diriyah (SA) pada November 2019. Ini yang pertama sejak penyertaan pada musim 2014/2015. Dalam tahun kedua TAG Heuer Porsche bukan sahaja menarik minat perlumbaan kereta elektrik tetapi juga bertarung untuk Kejuaraan Dunia. Di balik kereta lumba elektrik terbaru Porsche, 99X Electric, Andre Lotterer akan bersama dengan rakan sepasukannya, Pascal Wehrlein.
Pasukan GT TAG Heuer dan Porsche pula sedang bersedia untuk FIA World Endurance Championship (WEC). Kerjasama mereka juga akan terlihat dalam siri Porsche Carrera Cup. Selain itu, mereka juga bekerjasama dalam perlumbaan maya dengan menyokong Porsche TAG Heuer Esports Supercup.
TAG Heuer Carrera Porsche Chronograph
Carrera nama ikonik yang ternyata biasa untuk TAG Heuer dan Porsche. Jadi adalah semulajadi untuk mereka memilih nama ini sebagai pilihan untuk produk kolaborasi kreatif pertama. Diasaskan daripada rekaan TAG Heuer Carrera Sport Chronograph dengan skala tachymeter terukir di bezel, TAG Heuer Carrera Porsche Chronograph menampilkan beberapa ciri inspirasi rekaan Porsche.
Ukiran nama Porsche terlihat pada bezel dan tulisan yang sama juga digunakan untuk indeks. Warna Porsche merah, hitam dan kelabu digunakan dalam rekaan jam tangan ini. Oscillating mass terlihat melalui case back telus direka sama dengan stereng Porsche. Ia juga diukir dengan nama Porsche dan TAG Heuer.
Talinya daripada kulit calf lembut dan jahitan inovatif melambangkan rekaan dalam kereta Porsche. Jam tangan ini menempatkan Calibre Heuer 02 dengan simpanan kuasa 80 jam. Bekas kotak jam tangan ini menampilkan logo TAG Heuer dan Porsche warna putih. Dalam kotak ini pula ialah uncang kembara hitam dengan warna merah dalam Porsche.
Untuk maklumat lebih lanjut layari TAG Heuer
TAG Heuer Carrera Porsche Chronograph Special Edition 44 mm Calibre Heuer 02 Automatic
MOVEMENT Calibre Heuer 02 Automatic CASE 44 mm diameter Steel polished, fine brushed case Ceramic black tachymeter fixed bezel; Porsche inscription Domed, beveled sapphire crystal with double anti-reflective treatment Steel crown at 3 o’clock with red Steel screw-down sapphire case back with special engraving Water resistance: 100 meters DIAL Grey asphalt dial 3 counters : 3 o’clock : black “azurage” minute chronograph counter ; rhodium plated polished hand red tip 6 o’clock : black “azurage” second chronograph counter ; rhodium plated polished hand 9 o’clock : black “azurage” hour chronograph counter ; rhodium plated polished hand red tip Black gold plated applied indexes with white Super-LumiNova® Rhodium plated hour and minute hands with white Super-LumiNova® Rhodium plated central hand red tip TAG Heuer applied logo 6 o’clock date CARRERA HEUER 02 80 HOURS STRAP Embossed black calf leather strap with hand stitching; calf skin black lining Steel folding clasp with double safety push-buttons
Apa pandangan anda?