Posted on June 23, 2020
We are now at recovery MCO, back to work and we’re in 2020. But toxic colleague still exists? Urgh! Apatah lagi bila ada antara kita yang sudah kembali bekerja seperti biasa dan terpaksa berhadapan dengan rakan sekerja yang perangainya menjengkelkan atau sentiasa menyakitkan hati. Bukannya satu perkara yang menyeronokkan dan bertambah pening-lah kepala! Cadangan kami bila ada rakan-rakan sekerja sebegini? ‘Jauhi’ mereka!
Tempt kerja ‘toksik’ adalah pabila ada rakan sekerja kamu yang bukan seorang team player. Dia jenis yang tidak suka beri kerjasama, mahu mengambil kredit di atas kerja orang lain dan lebih teruk lagi, dia suka menunding jari. Terkadang, dia suka mengarah kamu untuk buat bermacam-macam tetapi dia sendiri tidak ada apa-apa progresif dalam hal-hal bekerja pun. Sekadar ‘peacocking’ di hadapan bos, penyelia atau pengurus, konon-konon dialah yang paling banyak dan sibuk buat kerja. Ada juga rakan sekerja yang agak tidak cekap dan melambat-lambatkan kerja… urgh! Menggemaskan. Tidak mengapa sekiranya dia kurang bijak dalam bekerja tetapi bersemangat untuk belajar. Tetapi kalau yang jenis malas belajar dan selalu beri alasan?
Menurut Top Resume, kesan tempat kerja ‘toksik’ boleh menyebabkan kamu rasa seperti tidak dapat tidur secukupnya di malam hari, bikin kekhuatiran dan ada masanya meninggalkan kesan dari segi gaya hidup peribadi kamu. Malah, boleh menyebabkan stress dan bukan itu sahaja, boleh jadi menjadi punca kesihatan kamu merosot, rasa lesu juga burnout. Jika kesemua inilah yang kamu rasa hanya disebabkan rakan sekerja ‘toksik’, nasihat kami adalah, berhenti kerja, strategize norma kerja baharu atau suarakan ketidakpuasan itu!
Inc. melaporkan bahawa lebih kurang 45.8 peratus orang berhenti kerja kerana budaya tempat kerja yang tidak memuaskan dan 39.6 peratus orang berhenti kerja pula adalah berpunca daripada toxic environment. Dan kajian ini baru sahaja membabitkan bos, penyelia atau pengurusan yang ‘toksik’. Bukan disebabkan rakan sekerja yang ‘toksik’.
Jadi, untuk menyedarkan kamu sama ada kamu bekerja dengan rakan sekerja ‘toksik’ atau mana tahu kamu sendiri yang ‘toksik’, kami susun ‘7 Toxic Colleague’ yang patut dijauhi!
1. RAKAN SEKERJA YANG SUKA MEMBAHAGIKAN KERJA, TETAPI DIA SENDIRI TIDAK BUAT APA-APA
Pemalas! Itulah julukan buat rakan sekerja yang berperangai seperti ini – suka membahagikan kerja dan meminta rakan-rakan sekerja lain membuat kerja, tetapi dia sendiri? Tidak buat apa-apa! Apalagi kebanyakan tempat kerja atau kompeni sekarang yang sudah ada grup dalam Whatsapp, Telegram dan seumpamanya yang menjadi medium perhubungan untuk membincangkan tentang kerja. Agak menggemaskan bila ada seorang rakan sekerja dalam grup tersebut yang suka delegate kerja dan meminta macam-macam (padahal dia bukannya berjawatan tinggi), tetapi satu kerja pun dia tak buat! Hanya mengharapkan rakan-rakan sekerja lain yang buat dan tujuannya berbuat demikian adalah untuk menampakkan dirinya konon-konon bertanggungjawab-lah.
2. TIDAK KREATIF, MASIH ‘STUCK’ DALAM TAHUN 2006
Bidang kerja masa kini menuntut kita untuk menjadi lebih kreatif. Atas sebab itulah, jika kamu perasan, kebanyakan kompeni sekarang mencari pereka grafik serta pengurus media sosial. Kerana kompeni-kompeni tersebut mahu bertukar haluan dan memfokuskan pembaharuan. Ada juga kompeni yang aktif dari aspek media sosial, semata-mata mahu menarik pemerhati-pemerhati dari golongan muda atau generasi baharu. Tetapi malangnya, sekiranya ada seorang rakan sekerja yang tidak mahu menerima idea baharu atau sejenis yang tidak mahu move forward. Pemikirannya sempit dan masih beranggapan pengalaman kerjanya dari sedekad yang lalu relevan dengan content sekarang. Ada teman saya yang bekerja dalam menguruskan media sosial kompeni fesyen, namun salah seorang rakan sekerjanya masih berfikiran terkebelakang. Bila mereka memikirkan kapsyen untuk post gambar dalam Instagram milik kompeni tersebut, rakan sekerjanya itu mencadangkan sesuatu yang dikaitkan dengan Miranda Priestley (daripada The Devil Wears Prada). Hanya kerana “fesyen”, terus dikaitkan dengan Miranda Priestley??? Zaman bila…
3. IF THINGS DON’T GO HIS / HER WAY, DIA AKAN MENYALAHKAN ORANG LAIN. PADAHAL…
…dia yang salah! Ya, pernah juga bekerja dengan orang sebegini yang walau apapun, dia tetap mencari kesalahan orang lain. Agar kesalahan itu tidak ‘terpalit’ ke atas dirinya dan mahu menampakkan dirinya ‘sempurna’ di mata bos. Ada beberapa teman saya yang memiliki rakan sekerja ‘toksik’ yang perangainya cepat melenting bilamana tidak mampu mencapai apa yang dimahukan olehnya dan terus menyalahkan orang lain. Bilang mereka, rakan sekerja sebegini bila diberikan tugas, dia akan mula membahagikan kerja atau meminta bantuan rakan sekerja lain. Tetapi bila ada perkara yang tidak diingini terjadi sepanjang melaksanakan tugas tersebut, mulalah rakan sekerja ‘toksik’ ini menggila dengan tidak semena-mena dan menyerang rakan-rakan sekerja yang membantunya itu. Menunding jari, kerana tidak mahu dipersalahkan oleh bos atau penyelia.
4. TIDAK CERGAS & TIDAK BIJAK DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN
Saya cukup alah dengan rakan sekerja sebegini – tidak cergas dalam bekerja dan tidak reti membuat keputusan. Terkadang bila dalam perbincangan atau melaksanakan sesuatu projek, pasti ada seorang rakan sekerja yang tidak cekap bila bertugas. Bila menyoal apakah keputusan yang perlu diambil untuk mempercepatkan kerja agar tidak melanggar tarikh akhir, balasnya, “Ermm, ummm. Macam mana eh? Bila eh?”. Seriously, we don’t have time for this.
5. BELUM MENJALANKAN TUGAS LAGI, TETAPI SUDAH KATAKAN ‘TIDAK’
Rakan sekerja ‘toksik’ yang bukannya seorang team player. Bila menyerahkan tugas atau meminta bantuan rakan sekerja lain, belum apa-apa lagi, dia terus kata ‘tidak’, bermakna ia bukan satu budaya kerja yang sihat. Apatah lagi, sewaktu menyerahkan tugas, rakan sekerja kamu belum sempat lagi mendengar brief dan terus menolak kerja tersebut. Sigh. Cadangan kami kepada rakan sekerja yang tidak suka beri kerjasama, banyak kali buat hal kerja sendiri dan terkadang egonya tinggi kerana tidak mahu belajar daripada rakan sekerja lain adalah… apa kata kamu set up kompeni sendiri dan jadilah bos di kompeni kamu itu?
6. SI PENGELAT
Bahaya! Jauhi rakan sekerja yang suka mengelat. Kerana mereka adalah punca kepada budaya atau tempat kerja yang negatif. Si pengelat adalah yang suka mengelat melakukan sesuatu kerja dengan tujuan tidak mahu membebani dirinya, suka beri alasan dan ada ketikanya, hanya kerana malas! Lebih-lebih lagi dengan kewujudan teknologi tinggi yang ada sekarang, tidak rumit untuk kita menyelesaikan tugas atau memberi update kerja di mana sahaja kita berada. Baik di rumah, di pusat beli-belah mahupun ketika berlibur. Sungguhpun ada teknologi tinggi yang memudahkan pelaksanaan kerja, pasti ada rakan sekerja yang suka mengelat – barangkali kerjanya tidak siap sepenuhnya atau begitu liat melakukan kerja tersebut. Maka dia akan mencari 1001 alasan untuk melepaskan dirinya daripada ‘kantoi’. Akhirnya, kita yang terpaksa menyiapkan kerja itu dan tak fasal-fasal menyebabkan kita stress.
7. ADA ‘TARIKH LUPUT’ DALAM PEKERJAAN
Ini adalah ‘kes’ unik. Rata-rata kenalan saya atau kenalan kepada teman-teman saya seperti ada satu fiil pelik dalam bekerja. Di mana mereka meletakkan tarikh luput dalam pekerjaan. Daripada satu kerja, pindah atau berhijrah ke kerja lain. Kerja tak sampai dua tahun, terus tukar kerja lain. Kemudian, bila di tempat kerja lain itu, perkara yang sama dia lakukan yakni dah cukup dua tahun, dia tukar kerja lain lagi. Untuk pengetahuan kamu, memang ada orang yang berperangai sebegini, ya! Dia cepat bimbang atau gemas bilamana ‘tarikh luput’ itu semakin hampir dan tiba masanya untuk tukar kerja. Sehinggakan ‘tarikh luput’ ini sudah menjadi sebahagian daripada prinsip dalam pekerjaannya. Bagi kami, ini ‘toksik’! Mereka yang membudayakan ‘tarikh luput’ ini tahu tak ada beribu orang yang bersusah-payah masih mencari kerja? Mereka yang membudayakan ‘tarikh luput’ ini dengan mudahnya mendapat kerja dan perkara itulah yang menyakitkan hati sebenarnya. Get a real job!
Apa pandangan anda?