Posted on January 19, 2022
Bunga kamelia merah (menurut kajian atas kerjasama CHANEL bersama pengkaji di Department of Biotechnology and Ageing University of Natural Resources and Life Sciences di Vienna) didapati mengandungi senescense. Ia adalah mekanisme utama yang boleh mengekalkan keremajaan kulit.
Ekstrak bunga kamelia merah dikatakan dapat menyokong keremajaan kulit bermakna membolehkan kulit kekal sihat untuk jangka masa yang lama. Kaya dengan antioksidan, ia juga melindungi kulit daripada stres dan membantu memperbaiki kualiti kulit.
Inilah yang menerajui penghasilan N° 1 de CHANEL, generasi baru rawatan kulit anti-penuaan yang boleh mengekalkan keremajaan kulit.
Permulaan Projek Bunga Kamelia Merah
Sejak 1998, CHANEL mengetuai projek mencari bunga kamelia terbaik dari seluruh dunia berpengkalan di perkampungan Gaujacq, South-West of France. Bunga yang sememangnya terkenal sebagai bunga emblematik Mademoiselle Chanel. Kolaborasi projek ini terjalin bersama Jean Thoby, pakar kamelia antarabangsa yang sudah sejak beberapa dekad menyemai taman pemeliharaan botanikal di perkampungan kecil di daerah Landes.
Taman ini mengandungi 2000 jenis kamelia yang dikutip di seluruh dunia, dan ada dua ibu Camellia japonica ‘Alba Plena’. Spesies ini juga yang menjadi permulaan kepada terciptanya tuaian CHANEL pada 2011 dan ladang kamelia berhampiran dengan taman ini. Mereka juga membina makmal phyto-analysis untuk memerhati secara dekat tumbuhan ini dalam habitat semula jadinya.
Dari makmal inilah mereka menemui bahan hebat dalam bunga kamelia merah, ‘The Czar’ daripada pelbagai Camellia japonica. Bunga tanpa bau yang sungguh lembut ini mengandungi kekuatan semulajadi di mana tidak air atau kesejukan memberi sebarang kesan kepada kelopaknya.
Mekar di musim sejuk, bunga kamelia merah tidak sama dengan bunga lain. Pada jantung kelopaknya terkandung asid protocatechuic, molekul berkuasa yang tidak pernah ditemui dalam mana-mana bunga kamelia yang pernah dianalisis oleh saintis CHANEL. Bahan inilah yang mampu mengekalkan keremajaan kulit.
Rangkaian N° 1 de CHANEL
Ia mengandungi semua yang diperlukan oleh kulit. Rawatan kulit seperti Red Camellia Revitalizing Serum ialah agen pekat ekstrak bunga ini untuk memberi keremajaan kepada kulit.
Red Camellia Revitalizing Cream terbukti 23% mengurangkan kedutan pada wajah setelah diuji ke atas 32 wanita dalam masa sebulan. Ada juga Eye Cream, Red Camellia Powder-To-Foam Cleanser, Revitalizing Lotion, Revitalizing Foundation selain Revitalizing Fragrance Mist.
Apa pandangan anda?