Posted on December 31, 2020
Siapa teruja dengan konsert maya Blackpink, “THE SHOW”, yang bakal berlangsung 31 Januari 2021 ini? Sudah tentu kami juga. Konsert yang sebelum ini sepatutnya berlangsung pada 27 Disember 2020, terpaksa dilanjutkan atas sebab langkah keselamatan dan sekatan semasa berkaitan dengan isu COVID-19 di Korea Selatan. “THE SHOW” bakal menyaksikan persembahan lagu-lagu di dalam koleksi “THE ALBUM” yang bakal diperdengarkan secara langsung buat pertama kali. Ini kata Blackpink sebagai tanda terima kasih mereka kepada peminat di seluruh dunia.
Dapatkan tiket “THE SHOW” ini dengan cara melawat laman Blackpink di Youtube kemudian ikuti langkah yang disediakan. Dua jenis tiket disediakan, sama ada kamu mahu membeli tiket biasa pada harga RM120 atau tiket PLUS+ pada harga RM160.
Kita tidak tahu bagaimana rupa bentuk serta konsep konsert “THE SHOW” ini, namun, apa yang kami boleh katakan, kami sangat merindukan momen-momen konsert jejalah Blackpink yang berlansung pada tahun sebelum-sebelum ini. Perasaan berada bersama mereka dan BLINKS yang lain, selain daripada dapat menikmati nyanyian dan persembahan ialah antara yang dirindui. Buat kamu yang belum pernah menonton konsert Blackpink secara langsung, mari kami senaraikan antara momen-momen ikonik yang kamu perlu tahu.
“This Beat Got Me Feelin’ Like” oleh Rosé
Siapa peminat Blackpink, pasti tahu kelunakan suara Rosé dan dia punyai bait berbunyi “This Beat Got Me Feelin’ Like” di dalam lagu judul Whistle. Dan ada peminat yang mengumpul video jelajah mereka, di setiap video itu, Rosé pasti akan sebut nama negara yang dikunjunginya itu sebelum mengungkap lirik ini. Ramai peminat yang perasan dan ada yang seperti tidak sabar menunggu momen ini semata-mata hendak mendengar Rosé menyebut nama negara mereka.
Jennie Layan Dirinya Sendiri di Depan Kamera Peminat
Banyak kali terlihat setiap kali habis konsert sahaja, pasti ada yang berkongsi video Jennie menari seperti di dalam dunianya sendiri. She’s cute! Pelbagai aksi comel daripada Jennie yang hanya dapat dilihat oleh peminat mereka yang hadir sendiri ke konsert itu apalagi mereka yang membeli tiket di barisan hadapan. Jika bernasib baik, kamu juga boleh bertentang mata dengan dia!
“Swalla Dance” oleh Lisa Yang Hanya Boleh Di Lihat di Konsert Sahaja
Antara sebab mengapa BLINKS mahu ke konsert adalah untuk melihat persembahan solo setiap ahli Blackpink. Dan sudah tentu yang paling mendapat perhatian tarian “Swalla Dance” Lisa. Seksi bersama para ‘unnies’ di atas pentas. Lisa sememangnya seorang penari wanita hebat dan antara yang dikagumi di Korea Selatan.
“Ddu Du Ddu Du” Bahagian Rap Nyanyian Jennie Setiap Kali Di Pentas Encore
Antara salah satu ikonik momen Jennie akan berjalan seolah catwalk dari kepala ke kaki pentas. Berilah apa sahaja outfit, baik menyarung kasut bertumit tinggi atau menyarung sneakers, she nailed it. She’s the Queen! Dan pernah ada satu momen comel, Jennie kelihatan tergugup seketika ketika menyampaikan rap bahagian ini dan secara langsung terkeluar daripada mulutnya sambil tergelak, “ibu saya ada di sini!”. Comelnya Jennie!
Momen Jennie Mencari Telefon Jenis Samsung Di Kalangan Penonton Serta Situasi Awkward Jisoo bersama Iphone Peminat
https://youtu.be/RhxRl_r0sAw
Memandangkan mereka adalah wajah kepada jenama telefon Samsung, mereka tidak dibenarkan sama-sekali untuk memegang telefon jenama lain. Boleh dilihat di Konsert mereka, melilau mata Jennie mencari hanya telefon Samsung untuk dikalangan BLINKS yang mahukan wanita ini ber-selfie menggunakan telefon mereka. Ada sekali, Jisoo mungkin tidak sedar akan perbuatannya, telah mengambil telefon jenis Iphone, Jennie yang terlalu di sebelah Jisoo, lantas menurunkan telefon tersebut dan pulangkan kembali kepada penonton tersebut. Kata Jennie, “bahaya!”
Lihat pelbagai lagi momen ikonik Blackpink di konsert mereka di bawah ini. Sungguh menghiburkan dan sudah tentu membuatkan kamu rindu akan mereka. Kalau rindu, kamu tahu apa perlu buat untuk konsert maya, “THE SHOW” mereka nanti!
Apa pandangan anda?