Posted on August 5, 2020
Sudah lama saya tidak berkongsi kisah terbaru selebriti. Namun baru-baru ini, ada dua selebriti yang benar-benar menarik perhatian saya dan dunia. Siapa lagi kalau bukan Adele dan Jennifer Lopez. Buat kamu yang mengikuti Instagram kedua-dua wanita ini, pasti kamu perasan dua perkara yang di highlight mereka minggu ini. Bagi yang tidak tahu, biar saya kongsikan. Adele julung kali tunjuk rambut sebenar di khalayak ramai manakala Jennifer Lopez pula buat kita semua tampil tidak keruan dengan selfie bebas solekan terbarunya.
1 Ogos yang lalu, Adele muat naik sekeping foto di mana dia menunjukkan tanda sokongan kepada Beyonce menerusi album terbaru wanita itu. Bergambar di hadapan TV rumahnya, menyarung baju corak bulan sabit sama seperti Beyonce di dalam klip video tersebut dengan kapsyen berbunyi, “Terima kasih Queen kerana membuat kami rasa disayangi menerusi seni kamu ♥️♥️ .”
https://www.instagram.com/p/CDWzJe8A5Xz/?utm_source=ig_embed
Namun yang lebih menarik perhatian, sudah tentu rambutnya. Selama ini kita tidak pernah melihat Adele berambut kerinting seperti ini. Selalunya, sekadar tiup kering, bun dan ikat tinggi. Daripada sini kita lihat, rambut Adele sebenarnya panjang dan berona perang keemasan. Semua peminat yang komen di bawah gambar tersebut tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan rasa suka dengan rambut asli Adele. Kami juga! Adele nampak cukup cantik.
Beralih ke penyanyi penuh bertenaga walau usia sudah menginjak 51 tahun. Pada hari yang sama Adele memuatnaik gambarnya, Jennifer Lopez turut memuat naik swafoto bebas solekan di Instagramnya. Kita memang sedia tahu wanita ini sememangnya sangatlah cantik, namun fotonya itu membuatkan kami ekstra terpegun dengan kecantikan wanita ini. Dan sudah tentu foto itu menjadi viral!
https://www.instagram.com/p/CDWfr8dpdXV/?utm_source=ig_embed
Di Twitter, ramai yang turut memuatnaik foto #MorningFace mereka di bawah foto Jlo untuk bandingkan antara Jlo dan diri mereka. Cukup menghiburkan.
my morning face: / JLos morning face: pic.twitter.com/FlmNzyJ8Ya
— bea provaaa (@beahirahara) August 1, 2020
Walau apapun, lihatlah kemulusan kulit wajah wanita ini. Jika kamu mahu kulit wajah seperti Jlo, silakan menjaga wajah kamu sedari sekarang. Rajin-rajinkan mengamalkan rutin penjagaan wajah yang lengkap agar kelak kamu tidak menyesal.
Apa pandangan anda?