Posted on July 29, 2020
Apabila saya diperkenalkan dengan BEAR by FOREO Sweden ini, saya berasa ragu-ragu dan bertanya di dalam hati apakah manfaat yang boleh saya dapat daripada produk ini? Namun, setelah dua bulan menggunakannya, saya sendiri dapat saksikan perubahan pada kulit wajah saya. Lantas ia kini menjadi produk mesti milik di meja kecantikan saya. Dan hari ini, sudah tiba masanya untuk saya kongsikan sendiri kehebatan produk FOREO Bear ini.
BEAR ini alat peranti yang berfungsi menegang, mengkontur serta menaikkan lagi seri kulit wajah. Dengan adanya teknologi microcurrent dan denyutan T-Sonic™ yang digabung sekaligus bersama teknologi Sistem Anti-Kejutan™, membuatkan ia alat peranti paling selamat di dunia untuk digunakan di rumah.
Sistem Anti-Kejutan™ ini mampu mengimbas dan mengukur kadar daya tahan kulit terhadap elektrik dan secara automatik menyesuaikan intensiti microcurrent untuk mengekalkan kualiti rawatan yang stabil dan selamat serta keselesaan yang maksimum.
Seperti produk FOREO yang lain, BEAR juga mengandungi manfaat denyutan T-Sonic™ (T-Sonic pulsation™ yang mana membantu merangsangkan lagi microcurrent sambil mengurut dan mencerahkan kulit wajah dari dalam.
BEAR boleh kamu gunakan dengan menyambung pada aplikasi FOREO For You di telefon pintar kamu. Menerusi aplikasi ini, kamu boleh mengubah intensiti microcurrent yang terkandung dalam peranti tersebut dan dalam masa sama, turut menyediakan panduan rutin yang boleh kamu rujuk jika masih samar-samar untuk menggunakan produk ini.
Jika kamu tanya saya, sepanjang dua bulan menggunakan produk ini, saya sendiri dapat menyaksikan hasilnya. Kulit wajah saya ternyata lebih cerah dan berseri kerana saya dapati alat peranti ini juga pada masa sama sebenarnya membantu melancarkan lagi peredaran darah di wajah saya. Oleh kerana itu juga, saya juga turut perasan yang wajah saya kini tampak lebih berkontur setiap pagi. Ini kerana wajah saya ini jenis mudah mengembang di sebelah pagi.
Saya gunakan BEAR ini 3 kali seminggu. Kamu boleh gunakan setiap hari namun saranan FOREO, gunakan produk ini 24 jam sekali. Memandangkan ia melibatkan microcurrent, kita tidak mahu kulit kita menjadi terlalu kebal pada fungsi ini.
Buat kamu yang mahu memiliki BEAR by FOREO Sweden ini, bolehlah dapatkan di sini.
Ada berita menarik buat pembaca STAIL.MY, #stailmygiveaway is back! Kamu berpeluang memenangi 1x LUNA mini 3 by FOREO Sweden. Mudah sahaja, jawab soalan di bawah dan jangan lupa untuk melawat Instagram kami untuk maklumat lanjut. Good luck!
Apa pandangan anda?