Posted on January 6, 2021
Permulaan tahun baharu yang baik! Ini kerana semalam kita telah disajikan dengan berita yang cukup menggembirakan. Halsey menjadi selebriti pertama tahun 2021 yang mengumumkan jenama kosmetik terbarunya, About-Face.
Mungkin ramai yang masih tidak tahu, Halsey menyolek wajahnya sendiri untuk kebanyakan persembahan pentas, majlis anugerah, penggambaran dan sebagainya. Tidak hairanlah apabila Halsey yang juga seorang pelukis hebat ini mengumumkan tentang jenama kosmetik terbarunya itu. Malah, sebagai seorang yang memahami tentang seni dan mekap, sudah tentu kami yakin dengan kualiti dalam rangkaian About-Face ini.
I’ve been doing makeup for myself for most of my career (even as far as SFX!) I am a student and a lover and every detail of this from shade names, to product ingredients, to packaging was me. I am so happy I could faint. Thanks for being so excited with me!!!!!
— h (@halsey) January 4, 2021
About-Face adalah segalanya tentang bold, warna-warni serta ekspresi diri, dalam erti kata lain Halsey, “the style of makeup and the makeup influences that I’ve always loved: solekan berat ala 90-an, zaman-zaman Myspace dahulu, serta kebangkitan semula zaman emo.”
Jenama ini mempersembahkan koleksi seperti pembayang mata jenis batang pada harga $21, gincu bibir jenis matte ($22), serta highlighter jenis cecair ($32). Buat masa ini, segala produk dijual adalah dalam bentuk pra-tempah, manakala pelancaran rasminya pula bakal berlangsung pada 25 Januari 2021.
Tambah Halsey di Twitternya,
Untuk zine dan juga kempen alam maya untuk About-Face ini, kami tampilkan model kulit putih, asia, Asia Tenggara, berkulit gelap, berkulit cerah, berhijab, gay, lesbian, transgender, enby, model muda, berumur, bayi. Kempen ini adalah tentang semua orang. About-Face adalah tentang semua orang.
Saya janji kamu akan dapat saksikan diri kamu dalam jenama kami. Ada banyak lagi yang akan kami persembahkan di masa akan datang dan semuanya ialah untuk kamu. Untuk setiap jenis wajah unik yang saya sudah berjumpa sepanjang saya menyanyi di atas pentas selama hampir setengah dekad. Mustahillah kalau saya cakap saya tidak terinspirasi.
Buat kamu yang teruja seperti kami, lawatilah laman rasmi mereka, dan saksikan produk yang cukup cantik pembungkusannya (kami pasti kualitinya begitu juga!). Dan bukan itu sahaja, jika kamu lihat kepada setiap wajah di dalam kempen tersebut, kesemuanya adalah hasil solekan daripada Halsey sendiri. Ternyata wanita ini memang cukup versatil.
many of you know ive done my own makeup for a long time. i believe makeup is about feeling cool, not looking perfect. “about-face” is available for preorder now ✨ https://t.co/0Psz9jTdCO — @aboutfacebeauty pic.twitter.com/wsdqWK2BEW
— h (@halsey) January 4, 2021
Apa pandangan anda?