Posted on November 17, 2023
Kelazatan rasa cinta memesrai jenama Coach, lalu bangkitnya Coach Love – haruman terbaru yang diinspirasikan oleh buana cinta sejagat dan bagaimana kita mengekspresikan ia dalam cara yang tersendiri!
Sudut pandangan yang menampakkan perspektif cinta dan keanekaan rasa mengekspresikan ia, sama ada pada orang lain atau diri sendiri, menjadi ilham di sebalik ciptaan haruman Coach Love. Pembuat minyak wangi, Antoine Maisondieu menyatukan bauan dinamik dengan kepelbagaian lapisan yang ‘membahasakan’ dasar unik cinta. Yang bukan sahaja berbentuk emosi yang dirasai semua orang, bahkan juga cara ia diungkapkan oleh setiap individu.
“Coach Love celebrates freedom of expression and all the ways we share affection with our loved ones,” kata Stuart Vevers, selaku Pengarah Kreatif Coach.
Bagi menjelmakan atmosfera cinta itu, Coach Love membancuh bau strawberi dan limau mandarin, dengan sedikit aroma bunga ros serta bunga melur. Baunya diperhalusi lagi dengan kayuan pokok sedar dan ambar, yang memperkuatkan rasa mesra cinta yang cuba dikecapi Coach. Rekaan botolnya pula menampilkan rona merah terang sebagai simbol kecintaan dan dikaitkan dengan warisan leathercraft Coach. Botol ini disempurnakan lagi oleh turnlock top (yang signifikan buat jenama Coach) dan rantai berona emas dengan charm berbentuk hati.
Apa pandangan anda?