Posted on September 2, 2020
Saya sememangnya berasa ekstra gembira setiap kali ada sahaja produk baharu menjengah pasaran. Dan semestinya sayalah yang paling tidak sabar sekali hendak mencuba setiap produk baharu ini. Baru-baru ini sewaktu saya mengunjungi beberapa sesi presentation bersama jenama-jenama kecantikan, saya agak tergamam dengan setiap teknologi terbaru yang dihasilkan untuk produk mereka. Jika kamu hendak tahu lanjut, apakah produk kecantikan pilihan STAIL yang terbaru dan mesti kamu cuba ini, jom baca.
Pixi Collagen Lip Gloss RM70
Salap bibir yang diperkaya dengan kandungan kolagen botani dan peptida untuk mencipta hasil lapisan bibir yang lebih lembut dan bervolume. Bukan sahaja itu, salap bibir ini turut mengandungi Vitamin E di mana ia membantu melindung dengan kombinasi ketiga-tiga bahan ini, ia membantu mengekalkan lagi kelembapan bibir kamu tanpa meninggalkan rasa ketidakselesaan seperti rasa lekit sepanjang hari.
Drunk Elephant E-Rase™ Milki Micellar Water RM122
Sejenis pembersih wajah menggunakan air misel yang dicipta hebat tanpa perlu menggosok wajah dengan terlalu kuat. Air misel ini mampu membuang segala kotoran mekap atau kotoran akibat pencemaran dan bakteria di wajah dengan sekadar sapuan lembut tanpa menggunakan sebarang kekerasan. Bukan itu sahaja, ia selamat digunakan pada sekitar mata tanpa meninggalkan sebarang rasa iritasi. Air misel daripada jenama ini diperbuat daripada misel ultra-ringan serta asid lemak dan kaya dengan aktioksidan, minyak tumbuhan yang tidak memiliki wangian seperti marula, biji tembikai liar, biji ximenia, markisa, kacang almond manis, baobab dan mongongo.
Becca Cosmetics Zero No Pigment Foundation RM165
Paling dinanti-nanti oleh peminat kecantikan. Sejenis produk solekan inovasi terbaharu daripada Becca Cosmetics. Bayangkan bedak asas jenis jernih di wajah kamu? Mustahil bukan! Namun, tidak bagi jenama ini. Bedak asas yang mengandungi intipati yang mampu menjaga kulit wajah ini berfungsi melembut serta mengaburkan penampilan kulit wajah. Di samping itu, dalam masa sama, ia membekalkan lembapan sepanjang hari serta memiliki kemasan matte. Teknologi yang digunakan di dalam produk ini ialah Clear Light Blur Technology. Ia menggunakan bedak berbentuk air yang apabila dilayangkan pada wajah akan pecah lalu mengaburkan segala kecelaan yang terdapat pada kulit wajah. Ia turut mengandungi asid hialuronik, bebas silicon yang membantu mengawal penghasilan lebihan minyak di wajah. Produk ini juga sesuai untuk semua jenis kulit!
Purposeful Skincare by Allies (PSA) Light Up Vitamin C & E Flash Brightening Mask RM148
Pupur wajah ini berfungsi membantu mengurangkan penampilan wajah kusam serta mempromosikan hasil kulit wajah yang lebih cerah, berseri serta memiliki lembapan optima dalam masa beberapa minit sahaja. Ini sangat sesuai untuk kamu yang mahukan hasil yang serta-merta. Diformulasikan dengan 11 peratus Asid L-Ascorbic dan 2 peratus Vitamin E ini sudah cukup untuk merawat kulit wajah kusam serta tona kulit yang tidak sekata. Bukan itu sahaja, ia turut mengandungi minyak biji anggur yang diperkaya dengan asid lemak omega yang mengandungi antioksidan, antimicrobial dan antiradangan langsung membuatkan ia antara produk yang sesuai dengan kamu yang berkulit sensitif dan jerawat. Pupur ini turut mengandungi asid hialuronik di mana ia membekalkan lebih banyak dos lembapan pada kulit wajah kamu.
Tatcha The Rice Wash Cleanser RM155
Pencuci muka jenis krim ini diformulasikan dengan intipati signatur jenama ini iaitu Hadasei-3 yang mana ia esen yang kaya dengan antiokasidan yang ditapai dan berfungsi dalam melembapkan serta melembut dan melincinkan lagi kulit wajah. Dengan adunan unik alga Jepun dan asid hialuronik dapat membantu lagi mengembalikan kulit wajah yang lebih sihat dengan perlindungan optima daripada sebarang pencemaran luar. Bukan itu sahaja fungsi utama bedak beras di dalam pencuci muka ini berfungsi mengembalikan keserian wajah yang lebih semula jadi.
*Oh ya, jangan lupa mulai 1 September hingga 6 September 2020 ini, Sephora Malaysia kembali dengan Beauty Pass Sale mereka seperti bulan-bulan sebelum ini. Diskaun sehingga 20 peratus untuk kamu yang memiliki kad keahlian Gold dan Black. Manakala untuk kamu yang memiliki kad keahlian jenis White, kamu berpeluang menikmati diskaun sebanyak 15 peratus baik buat pembelian atas talian mahupun di stor berdekatan. Selamat membeli-belah!
Apa pandangan anda?