Posted on September 2, 2020
Jika kamu pencinta kopi, kamu mesti cuba lima resipi Nespresso ice coffee ini. Bukan sahaja ia memberi caffeine fix tetapi juga menghilangkan dahaga di kala hari panas yang memenatkan.
Ya, dan resipi-resipi ini boleh sahaja kamu sediakan sendiri dalam ruang selesa kediaman kamu. Tidak perlu pun bergegas ke mana-mana. Pastikan kamu ada mesin kopi Nespresso dan kapsul terbaru mereka Freddo Intenso dan Freddo Delicato. Dua kapsul terbaru ini dikatakan memang sempurna untuk mencipta resipi kopi ais yang sedap.
Jika sebelum ini kami berkongsi cerita tentang kapsul-kapsul terbaru mereka ini dan kolaborasi Nespresso bersama tujuh kafe lokal dalam menghidangkan pencuci mulut Nespresso infused, kali ini kami menggalakkan kamu mencuba sendiri resipi Nespresso ice coffee di rumah.
Resipi-resipi ringkas yang kami ciptakan ini mudah dan tidak memerlukan bahan-bahan yang susah sama sekali. Bayangkan pada hari yang panas terik, kamu menginginkan segelas kopi ais yang boleh menghilangkan dahaga dan menyejukkan tekak. Freddo Intenso dan Delicato yang beraroma kopi segar dimadukan dengan susu, aiskrim atau kiub ais buah-buahan. Aduh… sungguh sempurna. Sekurang-kurangnya itu yang kami rasakan waktu kami menyediakan resipi-resipi ini.
5 RESIPI NESPRESSO ICE COFFEE MESTI KAMU CUBA
1 INTENSO IS SUCH A SWEETHEART
Setengah gelas ais
Suku gelas susu strawberi
Suku gelas Nespresso Freddo Intenso
2 ICING ON THE INTENSO
Setengah gelas ais
Suku susu segar
Suku gelas Nespresso Freddo Intenso
Whip cream di bahagian atas
3 APHRODIGATO DELICATO
Satu scoop aiskrim vanila
Setengah gelas Nespresso Freddo Delicato
4 MILKY DELICATO BRINGS JOY TO THE YARD
Setengah gelas ais
Suku gelas susu segar
Suku gelas Nespresso Freddo Delicato
5 INTENSO THIRST QUENCHER
Kiub ais diisi raspberi, blueberry dan daun pudina (boleh disediakan sendiri)
Setengah gelas Nespresso Freddo Intenso
Tonton video ini untuk melihat bagaimana kami menyediakan kelima-lima resipi ais kopi ini.
Nah begitulah lima resipi yang STAIL.MY sendiri sudah cuba dan kami boleh jamin sedap. Apa kata kamu juga cuba sendiri resipi-resipi ini di rumah. Atau jika kamu juga ingin mencipta segelas ais kopi yang sedap dengan resipi sendiri, cubalah! Apa kata sertai peraduan mencipta ais kopi Nespresso. Cara-caranya:
1. Cipta minuman kopi ais dan rakamkan dalam cara paling kreatif bersantai di rumah bersama minuman kamu itu.
2. Hashtag #NespressoCoolerTogether dan tag @nespresso.my dalam post kamu.
3. Follow @nespresso.my di Instagram
Post kamu mesti public.
Dua pemenang dengan paling banyak likes melalui cabutan rawak pada 14 September 2020 dan akan dihubungi melalui DM.
Peraduan telah bermula sejak 3 August 2020, 10 AM, sehingga 13 September 2020, 12 PM.
Mungkin kamu antara pemenang bertuah pilihan Nepsresso. Lawati juga laman Instagram Nepsresso untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini. Selamat mencuba!!!!
Apa pandangan anda?