Posted on December 31, 2020
Esok bakal bermula hari baru di tahun baharu. Semua pastinya punya azam yang baru baik untuk diri sendiri ataupun untuk orang sekeliling. Yang penting, apa jua yang terjadi di tahun ini, kita jadikan teladan dan cuba untuk mengubah ke arah kebaikan. Begitu juga dalam kecantikan. Jika di tahun ini kamu dipaksa potong dan mewarna rambut sendiri atau menjadi pakar kepada kulit kamu sendiri (kerana arahan perintah kawalan berkurung) dan sebagainya, kita berharap di tahun yang baharu kita akan diberi lebih banyak peluang untuk memanjakan diri kita. Ini dia kami senaraikan 3 trend yang dijangka bakal mendominasi dunia kecantikan tahun 2021.
Clean Beauty
Semakin banyak jenama di luar sana yang mula memilih untuk menjadi lebih transparent dalam menunjukkan bahan kandungan produk mereka kepada pembeli. Ia telah dianggap sebagai trend kerana semakin banyak jenama yang berpusu-pusu memilih cara ini untuk memastikan produk mereka menjadi pilihan pembeli. Dan tindakan ini membuatkan banyak jenama terpaksa memilih formula dan bahan kandungan yang lebih sustainable baik melalui pembungkusannya, formula dan sebagainya. Malah ramai pakar, beranggapan trend ini akan kekal berterusan hingga ke tahun hadapan.
Prosedur Kosmetik Untuk “Zoom Face”
Menurut pakar, Sheila Farhang, MD, Pengasas Avant Dermatology+Aesthetics, di Amerika, dia mendapati permintaan untuk rawatan pada bahagian mata amat tinggi terutama sekali rawatan mengurangkan penampilan lingkaran gelap bawah mata. Ini kerana pakar menyatakan berkemungkinan kerana mereka berhadapan dengan mesyuarat secara atas talian, video call serta sebagainya yang menyebabkan masalah seperti kedutan di bahagian hujung mata, dahi serta bawah mata.
Makanan Tambahan
Menurut pakar dari Dorchester, Adeela Crown, dia menjangkakan makanan tambahan bakal menjadi trend kecantikan untuk tahun hadapan. Katanya, “kebanyakan pencinta kecantikan hari ini sudah mula sedar kepentingan hubungan di antara diet dan kulit mereka. Ini menyebabkan permintaan terhadap makanan tambahan seperti kolagen amat tinggi sekarang ini.” Adakah mantra seperti “prevention is smarter than a cure” bakal menjadi mantra utama kamu tahun 2021 ini?
Apa pandangan anda?