Posted on August 26, 2020
Februari yang lalu, Selena Gomez ada berkongsi berita gembira dia bakal melancarkan label kecantikannya sendiri yang diberi nama Rare Beauty pada musim panas tahun ini. Dan semenjak itu, ia menjadi antara jenama daripada selebriti yang dinanti-nantikan oleh peminat seluruh dunia. Namun, disebabkan oleh pandemik COVID-19, rancangan asal menjadi terbantut. Dan baru-baru ini, Selena akhirnya umum tarikh tetap pelancaran Rare Beauty ini. 3 September 2020 tarikh keramatnya!
Antara gambar teaser yang dikongsi Selena menggunakan produk Rare Beauty
Sepanjang tempoh 6 bulan menunggu, Selena asyik memuat naik foto selfie di laman Instagramnya mengusik pengikut dengan berkongsi beauty look hasil penggunaan produk Rare Beauty. Ini termasuklah ketika sesi penggambaran muzik video “Boyfriend” di mana Selena turut mengenakan produk jenamanya sendiri.
Apakah produk yang bakal dilancarkan oleh Rare Beauty?
Menerusi temubualnya bersama Amy Schumer untuk Interview, Selena berkongsi, jenamanya akan melancarkan produk bedak asas, penyamar noda, gincu bibir serta pembayang mata. Dan tambahnya lagi, dia bakal menghasilkan 48 rona bedak asas serta menjanjikan maskara yang terbaik dan tidak bergumpal untuk kamu yang di luar sana.
https://www.instagram.com/p/CEM2N0kjY7j/
“Saya mahu berbicara tentang cara hendak membuat diri kamu rasa hebat. Tidak semestinya kamu perlukan semua ini untuk membuatkan kamu rasa cantik. Mereka yang di luar sana terutama generasi saya ini selalu ada tekanan seperti ini, dan saya mahukan jenama saya ini sedikit-sebanyak membuang jauh rasa tekanan yang dialami mereka. Saya juga menggunakan orang ‘sebenar’ untuk kempen saya. Dan saya juga memiliki 48 rona bedak asas dan penyamar noda. Semuanya ‘bersih’ dan mudah diguna. Saya mahu orang di luar sana rasa selamat.”
Bukan itu sahaja, Selena turut berkongsi dengan jelas misi dalam perusahannya. Dia mahu membantu mereka yang memiliki masalah kesihatan mental. Dan pada Julai yang lalu, Rare Beauty turut mengumumkan kewujudan Rare Impact Fund. Setiap satu peratus daripada penjualan produk Rare Beauty akan didedikasikan untuk tabung ini. Selena turut berharap tabungnya dapat mencecah $100juta dalam masa 10 tahun akan datang.
Produk Rare Beauty bakal menjengah pasaran Sephora.com, Sephora Canada, Sephora Mexico dan di laman rasmi Rare Beauty. Harap-harap suatu hari nanti, ia dapat menjengah pasaran Malaysia pula!
Apa pandangan anda?