Posted on October 16, 2020
Setiap kita pasti tidak lari dari semburan haruman setiap kali keluar rumah. Adakah kamu pengumpul haruman atau sekadar setia pada yang satu? Tidak lengkap rasanya jika kamu tidak mencuba dua haruman terbaru ini. Gucci Bloom Profumo di Flori dan Marc Jacobs Perfect, dua haruman baru yang bakal memikat kalbu kamu.
Gucci Bloom Profumo di Flori
Haruman terbaru dalam keluarga haruman Bloom daripada Gucci. Dan kali ini, ia lebih istimewa kerana memilih empat wanita kontemporari sebagai wajah kempen ini. Mereka adalah pengarah serta pelakon Anjelica Huston, penyanyi serta penulis lagu Florence Welch, pelakon juga peragawati Jodie Turner-Smith dan pereka Susie Cave. Berkonsepkan eksplorasi imaginasi dan identiti, haruman ini membawa kita membayangi taman bunga idaman yang indah.
Haruman Gucci Profumo di Flori ini haruman pertama yang benar-benar menjadi visi Alessandra Michele sepenuhnya. Diinspirasikan daripada idea kebebasan untuk menjadi diri sendiri, haruman ini dihiasi dengan nota indah seperti esen Tuberose yang diadun bersama Jasmine Sambac. Kemudian diperkayakan dengan nota Ylang Ylang, Sandalwood serta Orris Concrete dan Benzoin. Akhir sekali, haruman ini dinoktahkan dengan nota hangat Musky sebagai pelengkap haruman flora yang menyegarkan ini.
Gucci Bloom Profumo di Flori RM343/30ml
Marc Jacobs Perfect
Walau ‘sempurna’ itu tidak ada dalam kamus hidup, namun di Marc Jacobs, mereka ingin mendidik manusia di luar sana untuk menyayangi serta meluahkan keaslian diri sendiri. Yang benar, optimistik, berkuasa, perkara yang membuatkan kamu ialah kamu. Itu yang ingin diraikan di Marc Jacobs. Seperti haruman terbarunya juga.
Untuk pengetahuan kamu, haruman flora ini terinspirasi daripada tatu di pergelangan tangan Marc sendiri. Dan haruman ini dicipta dengan nota-nota flora yang mampu membuat orang selesa apabila menyarungnya. Nota Daffodil sebagai nota utama haruman ini yang menyuntik bauan bunga segar musim bunga, playful yet unexpected. Kemudian ada nota Rhubarb, manis dan menyegarkan bertujuan untuk memberi tenaga kepada si pemakai. Diserikan lagi dengan intipati susu almond. Sedikit kontra daripada intipati yang lain untuk memberi sedikit rasa tawar dan lemak berkrim dalam pada masa yang sama. Akhir sekali Cashmeran, nota kayu-kayuan yang dipilih sebagai nota penutup kepada haruman mewah ini.
Marc Jacobs Perfect EDP RM374/50ml
Apa pandangan anda?