Posted on April 15, 2020
Jika dahulu orang sibuk layan YouTube untuk melihat guru kecantikan mereka seperti Michelle Phan, Jeffree Star dan Tati. Kemudian muncul Instagram celebs seperti Bretman Rock, James Charles, dan sekarang ini trend TikTok pula menjadi kegilaan Millennials dan generasi Z hari ini. Satu perkara yang saya suka tentang TikTok ini ialah ia mengumpul semua generasi untuk bersama-sama mencipta video menerusi kreativiti masing-masing baik daripada segi liburan dan gaya hidup seperti menari ataupun bermain mekap mahupun berkongsi cita rasa fesyen. Buat kamu yang masih baru di TikTok, dan agak tidak faham dengan segala konsep TikTok ini, apa kata saya cadangkan kamu 5 Beauty TikTokers yang kamu harus follow di TikTok ini.
Nel.Twinnys
https://www.instagram.com/p/B6nacYXnvJi/
Kembar seiras Shenae dan Renae yang sering berkongsi video bermain mekap kemudian melakon kembali aksi drama-drama popular. Mereka juga selebriti TikTok pertama yang memiliki jenama kecantikan mereka sendiri iaitu Nel Gel dan sering tampil dengan solekan bibir mengenakan produk signatur mereka The Gloss Twins dalam video mereka.
@ashleyquiroz_
https://www.instagram.com/p/B-see6NgkOm/
Antara yang menarik di TikTok, kamu boleh lihat bagaimana Ashley berkongsi tip solekan glamor namun cukup effortless serta idea solekan efek spesial yang mungkin kamu juga boleh terinspirasi dan ingin mencubanya.
@eljammi
https://www.instagram.com/p/B-KC27QDs1u/
Jika kamu mencari TikTokers yang berkongsi tip kecantikan dan ratu D.I.Y, kamu harus tekan butang follow pada akaun wanita ini.
@emmycombss
https://www.instagram.com/p/BzgRw1ohgir/
Jurusolek profesional yang juga antara TikTokers pertama yang berpeluang duduk di Fenty Beauty House awal tahun ini adalah antara yang kamu harus follow. Combs yang berusia 17 tahun ini popular kerana penampilannya yang seperti umum tahu, tidak berambut. Ini kerana dia memiliki masalah kesihatan yang mengakibatkan keguguran rambut pada seluruh tubuhnya. Namun, bukan itu yang kita mahu tahu, lihat video-videonya di TikTok, cukup ceria dan penuh positive vibes.
@makayladid
https://www.instagram.com/p/B90b4C5n8eQ/
We love her! Seorang guru kecantikan yang memiliki personaliti agak kelakar. Dia juga antara TikTokers yang pernah menetap di Fenty Beauty House.
Apa pandangan anda?