Posted on November 23, 2024
Bayangkan kamu menikmati secawan kopi kegemaran sambil melindungi kulit daripada sinaran UV. Kedengaran menarik, bukan? Dr Cute International Sdn Bhd telah membawa idea ini menjadi realiti dengan memperkenalkan Sunproof Coffee, pelindung matahari oral pertama di Malaysia.
Apa yang menjadikan Sunproof Coffee begitu istimewa? Ia menggabungkan kebaikan kopi dengan bahan-bahan semulajadi seperti Moringa, Bawang Lanang Hitam, Paku Pakis, Kopi Hijau, dan Astaxanthin. Semua ini berfungsi untuk melindungi kulit kamu daripada kerosakan UV, terbakar matahari, dan tanda penuaan – terus dari dalam badan!
“Drink Your Sun Protection” adalah tagline mereka, dan ia menggambarkan betapa mudahnya untuk menjaga kulit tanpa perlu menambah langkah tambahan dalam rutin harian kamu. Hanya dengan menikmati secawan kopi, kamu boleh memberikan perlindungan menyeluruh pada kulit.
Menurut pengasasnya, Dr Abdullah Alias, idea ini lahir daripada keperluan untuk produk yang praktikal dan mesra pengguna. “Kami mahu mencipta sesuatu yang mudah diakses oleh semua orang – perlindungan kulit yang boleh menjadi sebahagian daripada rutin harian mereka.
Tidak hanya berhenti pada produk, Dr Cute International juga memperkenalkan program Usahawan Bangkit Berjaya Bahagia (UBBB). Program ini menawarkan peluang kepada usahawan Bumiputera untuk menceburi industri kecantikan dengan sokongan kewangan hingga RM10 juta.
Menurut Cik Ayu Mislan, Pengurus Besar Dr Cute International, “Kami mahu memberikan peluang kepada lebih ramai usahawan untuk berkembang dalam bidang kecantikan sambil membawa produk seperti Sunproof Coffee ke lebih ramai pengguna.”
Jadi, jika kamu seorang pencinta kopi yang juga pentingkan penjagaan kulit, Sunproof Coffee mungkin menjadi pilihan terbaik. Oh ya! produk ini juga datang dengan promosi istimewa – diskaun 10% sepanjang bulan pelancaran.
Nak tahu lebih lanjut atau berminat menyertai program UBBB? Boleh layari laman web rasmi Dr Cute International di www.drcute.com.my.
Jangan lupa, acara MEGALIVE by HQ DC pada 25 November 2024 juga adalah peluang terbaik untuk memahami lebih lanjut tentang peluang keusahawanan dalam industri kecantikan. Siapa tahu, mungkin ini adalah langkah pertama kamu untuk berjaya!
Apa pandangan anda?