Posted on October 22, 2020
Jika kamu mahu mencari hadiah atau buat manjaan diri sendiri, La Maison du Savon de Marseille jawapan kami. Menjadi rumah kepada lebih daripada 600 produk kecantikan, mereka antara yang popular dengan penciptaan pelbagai jenis sabun yang diperbuat 100 peratus daripada bahan natural. Jenama asal Perancis ini kini dilancarkan di laman web e-dagang yang pertama di Malaysia serta di Asia Tenggara.
Keistimewaan La Maison du Savon de Marseille ini terletak pada penciptaan produk Marseille dan sabun wangiannya. Begitu unik dan asli kerana semuanya diperbuat menerusi bahan semula jadi sambil menerapkan amalan pembuatan artisanal, semuanya khas dibawa kepada pelanggan dari wilayah Provence yang cukup popular. Dan kesemua produk jenama ini dikembangkan di wilayah PACA (Provence-Alpes-Côte d’Azur) di mana mereka dicipta sesuai mengikut piawaian antarabangsa.
Seperti yang kami katakan tadi, jenama ini sememangnya menggunakan bahan natural, ini termasuk bebas paraben, sulfat serta lemak haiwan. Produk mereka diperbuat 100 peratus daripada minyak sayur tanpa menggunakan sebarang pewarna tiruan ataupun bahan sintetik. Dan di pasaran Malaysia, jenama ini turut memperkenalkan produk penjagaan wajah yang diperbuat daripada susu keldai serta beberapa lagi koleksi penjagaan tubuh.
Bukan itu sahaja, jenama ini turut memberitahu bahawa bahan serta sifat yang terkandung pada sabun mereka ini telah terbukti lebih berkesan daripada penggunaan hand sanitizer. Lalu menjadikan jenama ini sebagai pengganti yang jauh lebih baik dalam memerangi elemen yang membawa kepada Covid-19.
Buat kamu yang ingin mengetahui lanjut tentang jenama ini, boleh berkunjung ke laman web rasmi La Maiso du Savon de Marseille Malaysia. Dan jika kamu ingin membeli produk-produk mereka, pastikan kamu beli sekarang kerana mereka miliki promosi sebanyak 20 peratus diskaun jika kamu sertakan kod promo STAYHOME20. Sah sehingga 31 Oktober 2020 sahaja!
Ada lagi! Jika kamu membeli-belah lebih RM150 untuk Semenanjung Malaysia atau RM300 untuk Sabah juga Sarawak, tiada cas penghantaran akan dikenakan. Dan jika kamu berbelanja lebih daripada RM350, kamu berpeluang untuk menerima tote bag edisi terhad daripada jenama ini. Happy shopping!
5 Produk La Maison du Savon de Marseille Pilihan Kami
La Maison du Savon de Marseille Face Mask Donkey Milk RM49
Liquid Marseille Soap LAVENDER – Organic Olive Oil RM149/1 liter
Marseille Liquid Detergent – CITRUS Rm99/1 liter
Marseille Soap Slice 150g – 72% Olive Oil RM29
Shaving Brush, Alum stone, Beard Soap – MISTER RM259
Apa pandangan anda?