Posted on May 27, 2021
Sesiapa yang telah menonton siri Move To Heaven di Netflix pasti setuju betapa bagusnya siri ini. Tema ceritanya tentang syarikat Trauma Cleaner yang membersihkan rumah si mati adalah sesuatu yang segar dan tak terjangka. Tetapi bukan itu yang nak saya kupaskan dalam artikel ini sebaliknya let’s talk about mullet Lee Je-Hoon dalam siri ini, like right NOW!!!!
OMGGGGGGGGG!!! Saya tak pernah perasan akan sosok Lee Je-Hoon sebelum ini. Saya tak pernah menonton apa-apa drama Korea yang memaparkan dia tetapi sebaik melihat wataknya sebagai Sang-Gu (pakcik kepada Geu-Ru), saya terus jatuh cinta. Watak bad boy tetapi dalam masa sama memiliki sekeping hati yang sensitif dan penyayang… ohhhhh pantas membuat saya cair gila bayang dengan Lee Je-Hoon.
Tentunya juga Korean bijak membentuk satu-satu watak itu agar sesuai dengan karakter yang diberi. Rambut Lee Je-Hoon pertama kali diberi potongan mullet. Saya tidak pasti sama ada ini memang potongan rambut sebenarnya atau ada extension di bahagian belakang untuk menampakkan potongan mullet tersebut. Apa-apa pun mullet Lee Je-Hoon dalam siri ini is LOVEEEEEEEE.
Let’s Talk About Mullet Lee Je-Hoon
Entah mengapa, tetapi saya rasa mullet Lee Je-Hoon ini cantik bagi saya kerana ia sesuai dengan bentuk muka Je-Hoon. Bujur, lonjong memang sesuai untuk potongan mullet yang panjang di bahagian belakang. Bahagian atas dibiarkan pendek malah membentuk fringe. Ia masih membuatkan Je-Hoon tampil maskulin dalam masa sama cool serta menaikkan lagi karakter bad boy ‘I don’t give a damn about anything in the world’ nya.
Potongan rambut mullet memang semakin menjadi pilihan sejak 1960-an lagi. Tom Jones dilihat menggayakan rambut ini untuk persembahan lagu hitnya It’s Not Unusual di Ed Sullivan Show pada 1965. David Bowie, Rod Stewart, Keith Richard dan Paul McCartney pula mengggayakan potongan ini sekitar awal 1970-an. Era 80-an banyak menyaksikan potongan ini menguasai sekitar Australia, US dan UK selain Eropah. Golongan lesbian juga dikatakan menggayakan rambut ini pada 80-an untuk menunjukkan bahawa mereka tergolong dalam kelompok ini.
Potongan Mullet menakluk Korea
Potongan mullet mula menjadi perhatian di Korea pada 2015 pabila idol K-Pop, G Dragon menggayakan rambut ini untuk BIGBANG’s Made World Tour, Selain itu, selebriti Korea lain yang turut menggayakan potongan ini termasuklah Zico daripada Block B, Song Min-Ho, Nam Joo-Hyuk, Byun Baek-hyun, Dean, Stray Kid, BTS dan Got 7.
Jadi tidak hairanlah pabila Je-Hoon menggayakan potongan ini dalam siri Move To Heaven. Tetapi bagi saya lebih istimewa kerana dia nampak HOT dan sesuai sangat menggayakan potongan ini.
Apa pandangan anda?