• UTAMA
  • KATEGORI
    • KECANTIKAN
    • FESYEN
    • GAYA HIDUP
    • BUDAYA
    • STAIL ORIGINAL
    • K-STAIL
    • VIDEO
  • RENCANA
    • KATA PENGARANG
    • PILIHAN STAIL
    • STAIL VIEW
  • FRESH FACE
    • 2016
    • 2017
    • 2018
    • 2019
    • 2020
    • 2024
  • HUBUNGI KAMI
STAIL.MY
  • UTAMA
  • KATEGORI
    • KECANTIKAN
    • FESYEN
    • GAYA HIDUP
    • BUDAYA
    • STAIL ORIGINAL
    • K-STAIL
    • VIDEO
  • RENCANA
    • KATA PENGARANG
    • PILIHAN STAIL
    • STAIL VIEW
  • FRESH FACE
    • 2016
    • 2017
    • 2018
    • 2019
    • 2020
    • 2024
  • HUBUNGI KAMI
  • Langgani
STAIL.MY
BUDAYA

Cruella Costume Designer: Makna Setiap Look Ciptaan Jenny Beavan

Oleh Azreezal Hafidz0 Comments2 minit untuk membaca

Posted on May 28, 2021

Jenny Beavan, pemenang dua kali anugerah Rekaan Kostum Oscar adalah Cruella costume designer. Jelas dia begitu seronok dalam mencipta look-look bukan sahaja untuk watak Estella Cruella tetapi juga Baroness von Hellman. Mungkinkah kerana tema punk rock 70-an itu begitu dekat di hatinya?

Filem Cruella sedang ditayangkan di seluruh dunia ketika ini. Ia mengisahkan tentang asal-usul kejadian watak Cruella de Vil yang sangat terkenal dalam novel 1956, The Hundred and One Dalmations. Dia ialah seorang wanita kaya asal London yang mengada-ngada dan glamor. Watak ini kemudian dikembangkan dalam filem animasi Walt Disney, 101 Dalmation pada 1961. Glenn Close kemudian memegang watak ini dalam filem 101 Dalmations (1996) dan 102 Dalmations (2000).

Cruella (2021) memaparkan Emma Stone (yang juga penerbit eksekutif) memgang watak Cruella atau nama asalnya Estella, yatim piatu gila fesyen yang hidup di London era 70-an. Dia bertemu dengan Baroness von Hellman (lakonan Emma Thompson), nemesis nya seorang pereka ikonik. Dari situlah Estella membentuk karakter jahatnya sehingga menjadi Cruella.

Cruella Costume Designer

Pengarah filem ini Craig Gillespie meminta Cruella costume designer, Jenny Beavan untuk mereka kostum watak Cruella dan Baroness von Hellman. Beavan, pemenang anugerah Best Costume Design dua kali Oscar tentunya suka sangat menyahut cabaran ini dan mereka 47 kostum untuk Cruella dan 33 helai untuk Baroness von Hellman – projek terbesar pernah Beavan laksanakan.

Saya membesar di era 70-an, jadi saya ingat kebanyakan perasaan era itu dan look-look nya. Tempat kami selalu mendapatkan helaian-helaiannya seperti di Portobello dan pasar vintaj misalnya. Jenny Beavan

Dia banyak mengambil bentuk-bentuk di era itu seperti pinggang kecil, kembang-kembang meleret dan oversize lapels. “Saya juga fikir kalau saya keterlaluan dalam mengambil bentuk-bentuk 70-an, ia akan kelihatan lebih kepada kostum berbanding baju-baju harian biasa,” kata Beavan lagi.

Untuk watak Cruella, Beavan banyak berpegang pada palet warna trademark kelabu dan merah. Kontras kepada rambut berapi untuk Estella waktu muda yang mengambil estetika DIY punk daripada penyanyi new wave Jerman, Nina Hagen. Baroness pula diberi look yang lebih old-fashion, inspirasi Dior dengan rona-rona hangat seperti coklat dan emas dilengkapi aksesori seperti turban, taffeta dan duchess satin yang senang dibentuk-bentuk.

Cruella Costume Designer

Cruella Costume Designer Tentang Look-look Cruella

Salah satu malam gala dalam filem ini ialah Black and White Ball anjuran Baroness. Cruella hadir memakai dress merah yang dibeli di thrift store. Ia dipakai bersama cape putih yang kemudian terbakar mempamerkan dress merah. Kemudian dia menyarung dress bervolum diperbuat daripada surat khabar yang melaporkan persengketaan antara dia dan Baroness. “I love making that dress,” kata Beavan.

Satu lagi look yang dipakai oleh Cruella ialah dress labuh dengan train oversize sewaktu dia berdiri di atas kereta Baroness. “Pada satu sektika saya lihat ada 12 orang – pelajar dan pelatih – menjahit tangan kelopak pada train dress ini,” kenang Beavan tentang proses pembuatan semua kostum filem Cruella di Shepperton Studios.

cruelladisneyemma stoneemma thompsonjenny beavan

Kongsi

Oleh Azreezal Hafidz
0
0 Comments
Cruella Costume Designer: Makna Setiap Look Ciptaan Jenny Beavan

Terdahulu

Mullet Lee Je-Hoon Dalam Move To Heaven: Let’s Talk About It NOW
Cruella Costume Designer: Makna Setiap Look Ciptaan Jenny Beavan

Seterusnya

Long Distance Drive: 5 Kereta Paling Selesa Balik Kampung
Anda mungkin suka
10 Fakta Gundala, Sebelum Kamu Ke Wayang
10 Fakta Gundala, Sebelum Kamu Ke Wayang
Menang #GoldenGlobe, Parasite ‘Jangkiti’ Hollywood!
Menang #GoldenGlobe, Parasite ‘Jangkiti’ Hollywood!
Untold Stories: Projek Terakhir Peter Lindbergh Nukilannya Sejak 80an!
Untold Stories: Projek Terakhir Peter Lindbergh Nukilannya Sejak 80an!
Seram Tapi Seksi! Sedia Bergoyang Dengan ‘Shimmy’ Andi Bernadee ~
Seram Tapi Seksi! Sedia Bergoyang Dengan ‘Shimmy’ Andi Bernadee ~
Lagu Baru Disember – Kayda & ‘Macam-Macam’ Squad!
Lagu Baru Disember – Kayda & ‘Macam-Macam’ Squad!
Frozen 2 Soundtrack: 46 Runut Bunyi Yang Tidak Boleh Kamu ‘Let It Go’ ~
Frozen 2 Soundtrack: 46 Runut Bunyi Yang Tidak Boleh Kamu ‘Let It Go’ ~

Apa pandangan anda?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Kategori

Budaya Now

  • Penyatuan Tiga Ratu: Ella, Datuk Ziana Zain & Yuna Bakal Gegarkan Pentas ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’!
    Penyatuan Tiga Ratu: Ella, Datuk Ziana Zain & Yuna Bakal Gegarkan Pentas ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’!
    4 weeks agoSTAIL.MY
  • 5 Konsert Yang Patut Kamu Tanda Dalam Kalendar Hujung 2026
    5 Konsert Yang Patut Kamu Tanda Dalam Kalendar Hujung 2026
    2 months agoSTAIL.MY
  • Di Sebalik Gerak dan Lakon, UOW Malaysia Membentuk Generasi Baharu Penghibur
    Di Sebalik Gerak dan Lakon, UOW Malaysia Membentuk Generasi Baharu Penghibur
    3 months agoSTAIL.MY
  • Royal Sembilan: Apabila Warisan Negeri Sembilan Diterjemahkan Sebagai Fesyen Mewah Moden
    Royal Sembilan: Apabila Warisan Negeri Sembilan Diterjemahkan Sebagai Fesyen Mewah Moden
    4 months agoSTAIL.MY
  • Layla Sania Membawa Perspektif Baharu Tentang Cinta Menerusi Blessed To Have You
    Layla Sania Membawa Perspektif Baharu Tentang Cinta Menerusi Blessed To Have You
    5 months agoSTAIL.MY
  • “Ghost in the Cell” Bukti Joko Anwar Tidak Pernah Menghampakan
    “Ghost in the Cell” Bukti Joko Anwar Tidak Pernah Menghampakan
    5 months agoSTAIL.MY
  • Lakaran Syawal 2026: Sentuhan Seni, Warisan & Personalisasi di Melawati Mall
    Lakaran Syawal 2026: Sentuhan Seni, Warisan & Personalisasi di Melawati Mall
    9 months agoSTAIL.MY
  • Ratu Jazz Nusantara: Sheila Majid – Empat Puluh Tahun Dalam Irama dan Jiwa
    Ratu Jazz Nusantara: Sheila Majid – Empat Puluh Tahun Dalam Irama dan Jiwa
    1 year agoSTAIL.MY
  • Sunset by NEON 2025 Kembali ke Genting Highlands 20–21 September
    Sunset by NEON 2025 Kembali ke Genting Highlands 20–21 September
    1 year agoSTAIL.MY
  • Kembali ke Zaman Disco Bersama Legenda: Saturday Night Bee Gees di Zepp KL
    Kembali ke Zaman Disco Bersama Legenda: Saturday Night Bee Gees di Zepp KL
    1 year agoSTAIL.MY
https://www.youtube.com/watch?v=8iaT7XkkPiU

 

  • Home
  • Tentang Kami
  • Advertising
  • Privacy Policy
  • Terms & Conditions
  • Hubungi Kami
Copyrights © 2019 STAIL.MY Version 3 (2023). All Rights Reserved.

This site uses cookies to ensure you get the best experience on our website. By continuing to browse the site, you are agreeing to our use of cookies.

OK More information