Posted on May 16, 2025

Hangat, penuh beat dan stail! Musim Bunga/Panas 2025 ini, Levi’s® muncul bukan sekadar dengan koleksi stailish, tetapi juga melancarkan rentak budaya yang mengangkat suara Asia — melalui irama muzik, ekspresi diri dan stail individualiti yang sebenar. Kali ini, Levi’s® berganding bahu dengan gergasi muzik Asia moden, 88rising untuk membawa pengalaman audio visual yang luar biasa – Road to FAM!

ROAD TO FAM: NADA BAHARU DARI ASIA TENGGARA
Singapura, Jakarta, Manila dan Kuala Lumpur — empat kota, empat malam penuh muzik dan tenaga. Road to FAM ialah jelajah muzik percuma sempena ulang tahun Levi’s® 501®, yang meraikan artis-artis baharu Asia dengan semangat yang segar dan berani.
Antara nama yang membarisi FAM adalah Zack Tabudlo (Manila), Fariz Jabba (Singapura), Ramengvrl (Jakarta) dan Zamaera dari Kuala Lumpur.

Buat warga Kuala Lumpur yang sudah menebus tiket — bersedia untuk malam yang penuh muzik dan ekspresi kreatif! Pada 21 Mei 2025, Over and Above Club akan dihidupkan dengan rentak pelbagai genre oleh DJ Damien, set bertenaga dari DJ Roshan dan kemunculan Zamaera sebagai persembahan utama — sebuah malam untuk merayakan semangat muzik Asia yang sebenar.

FAM BANGKOK: KEMUNCAK RITMA
Road to FAM tak terhenti di sini. Siri jelajah ini akan mencapai kemuncaknya di FAM Bangkok, di mana stesen keretapi bersejarah Hua Lamphong dan kawasan ikonik Talat Noi akan dihidupkan semula sebagai lokasi festival muzik terbesar Asia — meraikan suara-suara baharu dan juga legasi budaya yang membina mereka.
Untuk mengetahui info lanjut dan terkini tentang Road to FAM, ikuti laman Instagram rasmi Levi’s® di SINI.
TIGA GAYA WANITA & LELAKI PILIHAN NADEE UNTUK LEVI’S® ROAD TO FAM
STAIL.MY Fresh Face 2024, Nadee, bawa kita menyelami dunia denim dengan sentuhan peribadi dalam sesi shop with Nadee sempena Levi’s® Road To FAM. Di butik Levi’s®, Nadee memilih tiga gaya berbeza untuk dirinya – masing-masing mencerminkan sisi feminin, santai dan penuh keyakinan.
Nadee juga sempat memilih tiga padanan pakaian buat lelaki – bukan untuk sedondon, tetapi untuk meraikan gaya individu yang saling melengkapi. Kerana dalam dunia fesyen, yang penting bukan padanan, tetapi personaliti!
Gaya Pertama

Gaya Kedua

Gaya Ketiga

Mahukan gaya yang lebih bersahaja? Kamu boleh padankan Levis® Womens Longline Denim Vest, Levi’s® Women’s Baggy bersama Jorts dan Levi’s® Women’s Always Bandana
Denim is always in style! Jadi pemilihan gaya bersama Levi’s® tidaklah begitu susah, saya padankan beberapa look yang menyerlahkan sisi chic serta feminin seorang wanita tanpa mempertaruhkan keselesaan
GAYA LELAKI PILIHAN NADEE
Buat lelaki pula, Nadee memilih tiga gaya santai yang bukan sahaja praktikal untuk cuaca panas, tetapi juga cukup bergaya untuk dibawa dari siang ke malam. Setiap padanan dipilih dengan teliti untuk memberikan keselesaan maksimum, sambil mengekalkan elemen stail yang effortless — sesuai untuk lelaki yang mahu tampak cool tanpa perlu berlebih-lebihan.
Gaya Pertama

Gaya Kedua

Gaya Ketiga

LEVI’S® PERKENAL KOLEKSI SUMMER LIFESTYLE
Bersedia untuk festival tapi… buntu nak pakai apa? Levi’s® ada jawapan penuh gaya. Koleksi Summer Lifestyle muncul dengan padanan cool tapi breathable, ideal untuk cuaca tropika panas menyengat. Stail santai yang penuh gaya dan segar!



Untuk wanita: Gaun dan skirt denim pudar, romper ala Wild West dan blaus ringan jadi pilihan. Nak nampak effortless tapi tetap wow? Padankan Baggy Dad Jort + Sunrise Crochet Tank = gaya boho pantai yang insta-worthy. Nak lebih kemas? Mid-Thigh Short dengan Boxy Tank dan loafer chic – dari siang ke malam, tetap on point!
Untuk lelaki pula: Seluar pendek longgar, kemeja-T grafik dan Sunset Camp Shirt jadi teraju utama. Koleksi ini bagi korang ruang untuk bergerak dan berdansa dengan stail. Kamu juga boleh padankan 468 Loose Shorts atau 478 Baggy, bersama stoking panjang dan kemeja oversized untuk gaya urban yang effortless.



Kesemua padanan pakaian yang Nadee pilih tersedia untuk pembelian di kesemua stor Levi’s® di seluruh Malaysia dan boleh juga didapati melalui laman web rasmi mereka di SINI.
Apa pandangan anda?