Wanita dan gincu memang tidak dapat dipisahkan, tanpa gincu hasil solekan terasa seolah-olah tidak ‘bernyawa’. Oleh itu pemilihan gincu adalah sangat penting bagi menaikkan lagi seri solekan kamu.
Jika mahu hasil solekan yang lebih memukau apa kata cuba warna terbaru yang diperkenalkan NARS sebagai tambahan kepada koleksi gincu popular mereka, Powermatte Lipsticks.
Tambahan terbaru ini hadir dengan enam pilihan warna termasuklah Modern Love, Start Me Up, Get Lucky, Rocket Queen, Be My Girl dan No Satisfaction.
Top 3 pilihan kami adalah seperti berikut:
- Be My Girl
Pertama sekali dalam list favourite kami adalah gincu berona coklat, Be My Girl. Sesuai buat kamu yang gemarkan gincu warm tone untuk everyday make-up look.
Warnanya tidak terlalu pucat dan tidak juga terlalu bold. Just nice! Boleh digayakan pada siang dan juga malam hari tidak kira untuk ke pejabat mahupun makan malam bersama tersayang.
Paling penting, keseluruhan Powermatte Lipsticks ini selesa untuk dipakai dalam tempoh yang panjang (sehingga 10 jam) dan tidak akan menyebabkan kekeringan bibir.
2. Get lucky
Mahukan sesuatu yang lebih menonjol? Get Lucky adalah warna yang sesuai buat kamu! Warna burgundy lembut – campuran merah dan ungu yang tidak keterlaluan untuk hasil solekan lebih menonjol namun tidak terlalu ‘garang’.
Tekstur cream-to-matte Powermatte Lipsticks sangat ringan di bibir, Malah, boleh dikatakan apabila mengenakan gincu ini kami terasa seperti tidak memakai apa-apa pada bibir. Love!
3. Rocket Queen
Rocket Queen adalah warna buat kamu yang mahu tampil lebih ‘berani’ – Warna Orange sanguine bakal menaikkan aura kamu yang menggayakannya.
Jika sudah terlambat untuk bersiap, capai sahaja Rocket Queen dan oleskan ke bibir. Biarpun kamu hanya mempunyai solekan nipis pada wajah, Rocket Queen bakal menaikkan keseluruhan ‘look’ kamu.
Bonus point, keseluruhan koleksi Powermatte Lipsticks adalah transfer-resistant! Jadi, tak perlu lagi touch-up berulang kali!
Apa pandangan anda?