Posted on March 6, 2021
Panduan asid hyaluronic kami ini akan memberitahu apa lagi faedahnya selain meningkatkan lembapan kulit.
Oh siapalah yang tidak mahu kulit gebu dan berseri? Nampak basah (bukan berminyak) dan sihat selalu? Banyak antara kita juga tahu asid hyaluronik boleh membantu kita mencapai kulit idaman ini. Kerana itu ia banyak digunakan di dalam serum, sheet mask dan pelembap kulit. Molekul asid hyaluronik dikatakan dapat memegang air yang bagus untuk menegangkan kulit dan memberi efek basah lembap kepada kulit.
Apa itu asid hyaluronik?
“Asid hyaluronik ialah molekul gula yang memang wujud semulajadi di dalam kulit. Ia membantu memegang air dengan kolagen, memerangkap ia di dalam kulit supaya kulit nampak lebih gebu, basah dan lembap,” jelas Tsippora Shainhouse, dermatologis dari Santa Monica, California.
Dalam kata ringkasnya, asid hyaluronik meningkatkan kelembapan kulit. “Kolagen dalam dermis kulit membentuk struktur kulit,” kata Shainhouse. “Asid hyaluronik semulajadi memegang air di satu belah dan molekul air di sebelah lagi yang membuat kulit gebu.”
Mengapa asid hyaluronik sangat penting?
Semakin usia meningkat, kulit kita akan kehilangan kolagen dan asid hyaluronik. Kulit akan mudah menjadi kering. Keadaan cuaca juga boleh meruntuhkan sistem pertahanan kulit mengakibatkan air senang hilang daripada kulit. Kerana itu rejim penjagaan kulit yang kaya dengan agen melembap sangat bermanfaat.
“Kandungan penjagaan kulit melembap termasuklah asid hyaluronik, glycerin, colloidal oatmeal, urea, propylene glycol dan sorbitol semuanya menarik air di dalam kulit untuk melembapkannya,” kata Shainhouse. Bahan-bahan ini banyak sekali digunakan di dalam pelembap, krim mata dan serum kata ahli kimia kosmetik, Sandra Bontempo.
Dengan menggunakan produk seperti Dr. Dennis Gross Hyaluronic Marine Hydration Booster, akan menegangkan kulit sekitar mata, meningkatkan lembapan dan menghilangkan sembap bawah mata serta garis halus di seluruh wajah, kata Bontempo. “Asid hyaluronik menyerap dengan mudah. Kerana itu ia berkesan pabila disapu pada kulit,” katanya lagi. “Kulit ialah organ terbesar pada tubuh dan menyerap 60% nutrien yang kita sapu padanya.”
Manfaat tambahan asid hyaluronik juga ia ringan, berasaskan air dan boleh memerangkap lembapan di sekitarnya dan dermis dalaman untuk melembapkan kulit – Shainhouse, Dermatologis
Panduan asid hyaluronic: Siapa yang boleh menggunakan?
Asid hyaluronik sesuai untuk semua jenis kulit. Ia tidak meradangkan kulit – jerawat, rosacea atau merangsang alergi. Namun mungkin ada sedikit kesan sampingan.
Apa pandangan anda?