Awas!!! Pil vitamin penyebab jerawat??? Dalam dunia hari ini, lambakan pil vitamin di pasaran yang menjadi pilihan kamu mungkin penyebab masalah jerawat walau dalam usia apa sekali pun.
Terutamanya dalam setahun kebelakangan ini, keinginan kita untuk kekal sihat semakin membuak-buak. Kerana itu permintaan terhadap pil vitamin telah memuncak. Tentu juga pandemik membuat semakin ramai yang mementingkan penjagaan sistem imun tubuh dengan pengambilan vitamin C atau vitamin D kerana mahu melindungi diri pabila berada di luar. Banyak juga yang bergantung kepada serbuk protein untuk tenaga kala melakukan home workout.
Apa-apa pun pil vitamin atau makanan tambahan memang menjadi sebahagian daripada diet seharian kita. Ini belum termasuk lagi pil pemutih yang berlambak di pasaran. Di media sosial juga, personaliti dan pakar saban hari berkongsi dan mempromosi kapsul, pil dan serbuk untuk kekuatan otot dan imuniti serta lain-lain. Tetapi lewat kebelakangan ini juga pakar nutiri dan kulit sedar adanya hubungan antara sesetengah makanan tambahan dan masalah kulit, terutamanya isu adult acne.
Apakah serbuk protein penyebab jerawat?
Banyaklah antara kita yang galak mengamalkan home workout dan joging – menerangkan kebangkitan makanan tambahan protein (dalam bentuk serbuk, bar dan susu goncang) waktu ini. Kalau kamu baca di Twitter dan Reddit, kamu boleh lihat banyak bual rantai orang berkongsi tentang masalah kulit setelah mereka mengamalkan makanan tambahan protein.
“Makanan tambahan dadih antara cara popular meningkatkan pengambilan protein terutama di kalangan yang banyak workout tetapi dadih ialah protein susu lembu,” kata ahli dermatologi, Dr. Anjali Mahto. “Mereka yang alah kepada tenusu dan menyebabkan jerawat pasti menggalakkan lagi masalah ini dengan pengambilan dadih.” Kata Dr Saira Vasdev, doktor estetik dan pengasas Skin & Sanctuary pula protein berasaskan dadih boleh mencetuskan jerawat dan mengembalikan bekas jerawat terutama di kalangan wanita. “Dalam kajian, dada, bahu dan belakang badan sering terkesan,” kata Dr Vasdev.
Ini kerana bagi sesetengah orang, dadih boleh meningkatkan produksi minyak melalui hormon insulin. Peningkatan produksi minyak akan menyebabkan pori tersumbat, keradangan dan seterusnya jerawat.
Sekiranya jerawat tumbuh kerana dadih, kamu tak perlu pun berhenti mengambil protein serta-merta. Kata Lisa Borg, pakar nutrisi dari Pulse Light Clinic, gantikan dengan protein berasas tumbuhan seperti protein kacang. Jangan sesekali menambah gula kepada protein goncang kerana indeks glycemic tinggi boleh menggalakkan jerawat menurut Dr Mahto.
Apakah pil vitamin penyebab jerawat?
Vitamin B12 boleh ditemui dalam hampir semua pil mutivitamin. Kekurangan vitamin B12 boleh disebabkan oleh anemia, diet vegan atau vegetarian. Simptomnya pelbagai dari keletihan, pening kepala hinggalah rasa nak pengsan. Borg ingat lagi ada pesakinya yang mendapat ruam dan kegatalan kulit selepas pegambilan vitamin B12 yang tinggi. Ada juga yang mengadu tumbuh jerawat.
“B12 boleh mengubah mikrobioma kulit,” kata Dr Mahto yakni bakteria mesra yang tinggal di permukaan kulit. Bakteria ini membuat kulit gembira tetapi kekurangannya akan menyebabkan bakteria penyebab jerawat bergalak. Bakteria ini penyebab kulit meradang membuatkan jerawat semakin teruk.
Makanan tambahan biotin juga penyebab jerawat?
Biotin (dikenali sebagai vitamin B7) bagus untuk menguatkan rambut dan kuku. Tetapi Dr Vasdev juga setuju bahawa vitamin ini juga menggalakkan jerawat. “Biotin berlebihan boleh menyekat penyerapan tubuh terhadap vitamin B5,” kata Dr Vasdev. Kekurangan B5 seterusnya melemahkan kulit, penyebab pori tersumbat dan bintik hitam. Pakar juga setuju bahawa biotin memberi kesan minimal sahaja kepada rambut, kuku dan tubuh.
Perlukan mengambil pil vitamin, atau diet seimbang mencukupi?
Sementelah kita tahu bahawa pil vitamin penyebab jerawat, Borg menerangkan diet seimbang yang terdiri daripada protein berkualiti sudah cukup untuk individu sihat di bawah usia 50 yang tidak terlalu galak bersenam. Kalau kamu benar-benar risau, ujian darah boleh memberitahu sekiranya kamu kekurangan mana-mana vitamin.
Borg juga berkata sekiranya kamu memiliki reaksi buruk terhadap makanan tambahan, mungkin ada isu dalaman yang lebih baik dibincangkan dengan pakar terapi atau ahli dermatologi. Nasihatnya ialah jangan pandai-pandai membeli pil vitamin sendiri. dDr Mahto juga setuju. Baginya dia lebih bimbang makanan tambahan ini memberi kesan kepada tubuh berbanding kulit sahaja. “Makanan tambahan diet ini banyak yang tidak diuji dan mungkin ada kandungan aktif yang boleh bertindak balas dengan ubatan lain,” kata Dr Mahto. “Kalau mengandung lebih kamu kena berhati-hati bimbang terkesan kepada fetus. Ada juga yang memberi kesan kepada keradangan hati dan berkenaan perut.”
Lebih eloklah berjumpa doktor atau pakar nutrisi untuk nasihat berbanding merawat sendiri.
Bagaimana merawat jerawat?
Jerawat boleh disebabkan oleh banyak faktor dan sangat kompleks. Dr Vasdev berkata ia boleh disebabkan hormon, diet, ubat atau genetik. Kalau kamu merubah pengambilan makanan tambahan, kamu perlu juga mengubah rutin penjagaan kulit. “Kalau ada isu jerawat, kamu boleh mula memperkenalkan kandung aktif dalam rutin penjagaan kulit,”kata Dr Mahto.
Kedua-dua Dr Mahto dan Dr Vasdev menyarankan asid salicylic, (kandungan pengelupasan banyak ditemui dalam penanggal sel kulit mati kimia, yang meresap ke dalam pori untuk menghapuskan minyak, kuli mati dan habuk sebelum ia menyebabkan jerawat), vitamin A (dikenali sebagai retinol, yang mana menggalakkan produksi sel kulit baru dan banyak ditemui dalam serum dan krim malam) dan topical niacinamide (atau vitamin B5, yang mengurangkan minyak dan membantu mengecilkan pori).
Dr Mahto juga menyimpulkan sekiranya penjagaan kulit tidak membantu merawat jerawat dan mula memberi kesan kepada kesihatan mental, carilah bantuan. Boleh juga buat konsultasi maya denga pakar kulit di waktu pandemik ini yang boleh prescribe krim atau membantu kamu memahami bahawa pil vitamin penyebab jerawat – bukan seseorang di Reddit.
Apa pandangan anda?