Posted on October 22, 2021
Kami dapat tahu ada rawatan jerawat terbaru dan berkesan di pasaran. Ini bukan cerita main-main sebaliknya terbukti melalui testimoni yang dilakukan oleh beberapa individu yang mencuba sendiri rawatan ini. Kamu boleh amalkan sendiri di rumah sahaja kerana ia adalah produk daripada rangkaian terbaru Acne Plus oleh Y.O.U Beauty. Saya pasti golongan milenial hari ini banyak yang sedang bertarung dengan jerawat.
Dalam dunia yang semuanya mementingkan kesihatan kulit terutamanya dalam media sosial, kamu pasti mahu tampil bebas jerawat dan cela pada wajah. Saya juga ingat waktu saya dalam fasa menentang jerawat dahulu. Aduh… kadang-kadang sampai buntu memikirkan cara terbaik atau produk rawatan jerawat paling sesuai untuk kulit wajah.
Punca Jerawat
Ada empat punca jerawat yang umum:
- Penghasilan sebum berlebihan
- Folikel bulu yang tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati
- Bakteria
- Keradangan
Ada juga beberapa sebab yang boleh membuat jerawat semakin teruk:
- Perubahan hormon Androgen hormon yang meningkat dalam tubuh lelaki dan wanita ketika akil baligh. Ia akan menyebabkan kelenjar sebum menghasilkan lebih banyak sebum. Kadang-kadang wanita pertengahan umur juga akan mengalami perubahan hormon dan diserang jerawat.
- Ubat-ubatan yang mengandungi corticosteroids, testosterone atau lithium.
- Diet. Makan karbohidrat berlebihan juga bolehmenyebabkan jerawat. Roti, bagel dan kerepek juga antara punca jerawat.
- Stres. Ia tidak akan menyebabkan jerawat tetapi akan membuat jerawat lebih teruk.
Rawatan Jerawat Terbaru & Berkesan
Rangkaian AcnePlus oleh Y.O.U Beauty adalah produk anti-acne terbaru menggunakan teknologi terkini serta ekstrak herba semulajadi khusus untuk mereka yang mengalami masalah jerawat. Seperti yang saya sebut di awal tadi, jerawat bukan sahaja mencela kulit tetapi juga boleh mencalar keyakinan diri dan aktiviti sosial. Oleh itu, Y.O.U Beauty bukan sahaja membangunkan AcnePlus sebagai rawatan jerawat malahan ia boleh memulihkan dan melindungi kulit.
AcnePlus kini boleh didapat di Watsons Store atau Watsons online & app
Objektif utama AcnePlus adalah untuk membolehkan penggunanya mencapai kulit lebih sihat. Oleh itu AcnePlus diinovasikan dengan 4D Centella dan Herbal Fusion Actives yang termasuk Corn Mint Oil, Amur Cork Tree Bark extract dan Witch Hazel Extract. Buat kamu yang sedang menentang jerawat, AcnePlus boleh diamalkan dengan 5 langkah ringkas – membersih, tone, balance, nourish dan moisturize.
Bahan Aktif Dalam AcnePlus
4D Centella Extract Mengandungi empat bahan bioaktif yang juga anti-radang dan antibakteria. Ia membantu pemulihan kulit dan menghalang hiperpigmentasi.
Herbal Fusion Actives (Corn Mint Oil, Amur Cork Tree Bark dan Witch Hazel). Membantu mengurangkan keradangan selain memberi aroma menyegarkan.
Testimoni Rawatan Jerawat AcnePlus
Beberapa individu yang mengalami masalah kulit berjerawat telah mencuba rangkaian AcnePlus Y.O.U Beauty ini dan hasilnya boleh dilihat dalam masa 7 hari.
Kamu juga boleh cuba rawatan jerawat AcnePlus ini melalui langkah-langkah mudah di bawah. Mungkin kamu juga akan berjaya seperti testimoni-testimoni di atas!
5 Langkah Rawatan Jerawat AcnePlus
1 AcnePlus Calming Cleanser
- Pembersih rendah pH ini dikayakan dengan Corn Mint Oil untuk membersih dan menyegarkan kulit.
- Kaya dengan 4D Centella dan Herbal Fusion Actives yang membantu mengurangkan radang pada kulit.
- AHA, BHA, dan PHA membantu menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan liang pori.
2 AcnePlus Balancing Skin Toner
- Niacinamide (Vitamin B3) untuk megimbangi pH, sebum dan lembapan pada kulit.
- Herbal Fusion Actives (Corn Mint Oil, Amur Cork Tree Bark and Witch Hazel) mengurangkan keradangan
3 AcnePlus Complete Solution Serum
- Hyaluronic acid, bahan semulajadi yang juga dihasilkan tubuh untuk mengekalkan lembapan kulit.
- Herbal Fusion Actives (Corn Mint Oil and Aloe Vera), menenangkan kulit dan memiliki bahan antiseptik serta memberi aroma segar.
- Vitamin A membantu mengaktifkan sel kulit.
- Vitamin B mengekalkan lembapan kulit.
- Vitamin C sebagai antioksidan.
- Vitamin E untuk kulit lebih anjal dan berseri.
- ia juga solusi lengkap kerana mengandungi Vitamin A, B, C & E untuk kulit lebih sihat.
4 AcnePlus Triple Action Spot Care
- Rawatan pantas untuk disapu pada tompok-tompok jerawat.
- Irriguard® berkolaborasi dengan 4D Centella, Herbal Fusion Actives dan Niacinamide untuk mengurangkan keradangan, merawat kulit dan mengecilkan liang pori.
- Irriguard® terdiri daripada 5 jenis herba (Astragalus root, Fang Feng root, Calendula flower, Mimosa flower dan Tian Ma root) untuk menenangkan keradangan dan memulihkan kulit rosak.
5 AcnePlus Skin Defense Moisturizer
- Menyediakan lapisan pertama perlindungan kulit daripada kekeringan, mengurangkan kemerahan dan jerawat kecil.
- Niacinamide mengawal penghasilan sebum, mengurangkan hiperpigmentasi
- Allantoin membantu merawat kulit kering, kasar, bersisik, gatal dan iritasi kulit yang lain.
- Panthenol, bahan semulajadi untuk melembutkan, menenangkan dan menghalang iritasi serta kehilangan air.
- Irriguard® meningkatkan keupayaan pemulihan kulit.
AcnePlus Y.O.U Beauty boleh didapati di stor Watsons berdekatan kamu atau Watsons Online. Harga antara RM16.90 hingga RM29.90 sahaja. AcnePlus bebas alkohol, minyak mineral, haruman sintetik dan pewarna sintetik.
Apa pandangan anda?