Posted on January 13, 2020
Musim perayaan bakal tiba tidak lama lagi, maka bakal meriahlah garis masa Instagram, Facebook dan Twitter kamu dengan swafoto-swafoto indah wanita-wanita bersolek merai Tahun Baru Cina ketika melawat sanak-saudara juga teman-teman. Yang bukan berbangsa Cina turut sama melawat menghadirkan diri ke jamuan-jamuan makan, atau paling tidak pun, inilah masanya untuk pulang bercuti dan berkumpul bersama sanak-saudara, bukan? Baiklah hari ini kami ingin kongsikan produk-produk mesti miliki untuk solekan palet merah sempena hari perayaan.
Chanel Rouge Allure Ink Fusion 818 True Red
Hadir dalam 12 rona, ini rona merah yang cukup menawan dan sesuai digayakan semua jenis tona kulit. Bukan sekadar itu, teksturnya diperbuat daripada pigment yang halus dengan formula kalis air yang daripada bahan natural membuatkan solekan bibir tampak sempurna. Aplikatornya pula dicipta sesuai buat semua bentuk bibir jadi kamu tidak perlu risau solekan bibir comot jika kamu layangkan solekan bibir rona merah ini. Jika kamu mahukan kemasan bibir jenis pusam, inilah gincu wajib kamu miliki.
Nails Inc. Holler-graphic Nail Polish Molten My Day RM66
Ronanya yang cukup pekat kemudian diserikan lagi dengan kemasan holografik ini adalah antara pewarna kuku harus kamu gayakan di musim perayaan ini. Rona merah jambu bold ini sesuai untuk kamu yang tidak mahu rona kuku merah yang tipikal. Diinspirasikan daripada ratu kosmik, Nails Inc wujudkan pewarna kuku formula sebegini dengan efek 3 dimensi pelangi. Apa lagi yang kamu mahukan? #STAILLAVV
Dior Diorshow Onstage Liner 876 Matte Rusty RM122
Ini produk penggaris mata pertama daripada Dior yang dihasilkan dengan formula ultra fleksibel pada bahagian mata pensel untuk kamu cipta solekan mata yang cukup effortless. Diinirasikan daripada belakang pentas Dior, berus seakan pen ini membenarkan si pemakai untuk mencipta solekan mata mengikut kehendak dan gaya masing-masing dengan sekadar satu layangan sahaja. Yang penting, ia tahan lama!
Nudestix Nudies Matte All Over Face Color Blush & Bronze Sunkissed RM145
Jika kamu tidak mahukan solekan merah yang ketara pada wajah, fokuskan sahaja pada pipi. Pipi merah adalah kunci kepada wajah yang lebih berseri. Ini adalah antara produk pemerah pipi yang mudah kerana ia memiliki berus dan pembayang dalam satu bungkusan yang sama. Produk ini juga sesuai digunakan pada bahagian mata dan bibir. Sudah jimat masa kan?
Viseart 9-Pan Eyeshadow Palette Golden Hour RM240
Palet pembayang mata harus kamu miliki ini terdiri daripada sembilan rona yang berintensiti tinggi dan tahan lama. Bukan itu sahaja, tekstur krim dalam setiap rona ini mampu membuatkan solekan mata kamu tampak lebih cantik apabila dilayangkan pada mata. Ini kerana ia mudah untuk diadun tanpa perlu menggunakan tenaga yang kuat. Palet mata ini juga terdiri daripada dua jenis tekstur iaitu pusam dan kemilau. Jadi, lebih banyak pilihan dan gaya solekan mata yang boleh kamu cipta melalui palet tona hangat ini.
Apa pandangan anda?