Posted on June 7, 2021
Bekas staf dedah sikap Rizalman Ibrahim sebagai majikan di laman Twitter. Itu yang terjadi dua hari lalu. Begitulah lumrah kehidupan mereka yang berada di mata umum. Setiap pergerakan akan diperhatikan. Silap langkah, kamu harus bersedia mendepani kesan yang mendatang.
Ceritanya bermula pabila seorang pengguna Twitter Tuan Syed Sigaraga menulis di laman Twitter tentang Rizalman Ibrahim mendapat kiriman ikan salmon. Tetapi dia mengatakan bahawa dia mahu memberi makan kucingnya ikan salmon tersebut namun kucing dia pun tidak lalu. Tuan Syed Sigaraga menzahirkan betapa meluatnya dia dengan sikap angkuh Rizalman itu. Tentunya selepas Tweet ini keluar, banyak pula yang membalas dan menunjukkan rasa tidak setuju mereka dengan kelakuan Rizalman.
Antaranya ada yang menulis,
Yang nak bagi pon bodoh.Boleh je bagi kat orang susah nak jugak bagi kat orang kaya.Buat malu je kena reject.
Ada juga yang menyebut, “Lepas tu orang tegur, dia gi block. Ego kayangan terguris lah tu. Sial betul still tak nak kalah bagitau mangkuk kucing dia pon branded konon.”
Kamu boleh baca kronologi Tweet ini di bawah:
Rizalman ni kenapa eh ? Orang bagi dia satu bag penuh ikan salmon, dia boleh menganjing bagi ke kucing dia, kucing dia pon tak makan, ada taste konon.
Macam sial kekwat dia. Tak tahu apa masalah dia. Aku tengok story dia sakit hati je sial.
— Syed Sigaraga (@syedsigaraga) June 5, 2021
Dedah Sikap Rizalman Ibrahim Sebagai Majikan
Selepas Tweet Tuan Syed Sigaraga ini keluar, ia diambil pula oleh seorang bekas staf Rizalman yang membalas,
Boss oh boss, dah konon bersara demi keislaman tu ingatkan perangai dah berubah sikit. Tak berubah sedikit pun eh?
Dan ini seterusnya membuka pula perbincangan tentang sikap Rizalman sebagai majikan. Nah pabila ini terjadi, tanda bahaya sudah boleh diangkat. Hahaha. Kerana pada tahap ini bemakna semua cerita kotor tentang kamu akan keluar. Dan memang itulah yang terjadi.
Bekas staf Rizalman dengan nama Ezra ini antaranya mneyebut, “Oh btw boss, lepas dah untung almost 2mil utk project b**um tu ingatkan staff ID dapatlah commission, dengar kata budak ID skrg habuk commission pun tarak? Tak menyesal aku taipkan surat resignation untuk Dina sampai 2-3 page dulu – sebab aku sambung belajar so easy way out.”
Dia juga tidak henti-henti menulis semua sikap Rizalman yang dikenalinya sepanjang dia bekerja dengannya. Pelbagai kisah dikirai dalam Tweet yang boleh diibaratkan ‘membuka pekung di dada’. Kamu boleh baca semua yang dikirai melalui thread di bawah:
https://twitter.com/mdeff_mdeff/status/1401099841502007298
Rizalman Ibrahim Ada Split Personality?
Seterusnya seorang lagi pengguna Twitter Presiden Parti Sampai Pagi pula menulis pendapatnya daripada Tweet Tuan Syed Sigaraga,
dato terpaling bestfriend dgn cheminahsyg tu aku syak ada split personality. Kejap tazkirah kejap tawadduk kejap membongak kejap repost puji pujian kejap melahar orang. I cannot
Nah keluar pula cerita Rizalman memiliki split peronality serta hubungannya dengan Raja Permaisuri Agong… Aduhhh… Begitulah dunia digital hari ini terutamanya bagi ‘Public Figure’ seperti Rizalman Ibrahim. Mereka terpaksa berdepan dengan netizen dan masyarakat yang memiliki akal sendiri dan pendapat masing-masing. Bahayanya ialah dunia digital mustahil dikawal. Kerana ia terlalu luas dan tiada batasan atau pagar yang mengepung.
Sama.. saya pun follow tapi x tgk sangat pun sebab certain content dia oklah.. tapi banyak memuji diri tahap melampau. Paling x tahan pil vitamin dan sanitizer dia punya benefit, 1001 kegunaan.. melampau2 asbab benda dia keluarkan boleh buat itu ini.. 😬
— iejayzakaria (@iejayzakaria) June 6, 2021
Setiap yang terjadi perlu didepani dan seronok juga sebenarnya sebab kita sebagai penonton boleh belajar banyak perkara daripada semua ini. Anggaplah ia sebagai filem atau siri TV realiti yang kalau boleh kita ambil pengajaran yang baik-baik sahaja untuk digunakan. Saya pasti Rizalman sudah arif dan tahu bagaimana menangani situasi ini sama seperti Neelofa, Scha Al-Yahya, Janna Nick atau Dato Aliff Syukri serta Dato Vida (sekadar menyebut beberapa nama) misalnya.
Atau mungkin juga bagi dia perkara ini hanya seperti menepis nyamuk bermain di telinga. Malah saya tidak terkejut juga jika isu ini dilihat sebagai pubisiti percuma yang akan digunakannya untuk melariskan lagi jualan produknya yang akan datang. Baca thread Presiden Parti Sampai Pagi di bawah:
dato terpaling bestfriend dgn cheminahsyg tu aku syak ada split personality. Kejap tazkirah kejap tawadduk kejap membongak kejap repost puji pujian kejap melahar orang. I cannot
— 🏴Presiden Parti Sampai Pagi ™ 🪐 (@jules12anne) June 5, 2021
Apa pandangan anda?