Posted on August 26, 2023
SINAR MERDEKA MENERAWANG DI BINGKAI JENDELA 31 OGOS. MEMBUAI BENDERA, MENABURKAN RASA INDAH KENIKMATAN MALAYSIA YANG SUDAH LEBIH ENAM DASAWARSA KELUAR DARIPADA CENGKERAMAN SANG PENJAJAH. UNTUK MERAYAKAN MERDEKA MALAYSIA, KAMI DI STAIL.MY MENGHIMPUN LAPAN INDIVIDU YANG BERBEZA RUPA DAN LATAR BELAKANG. MENYENTUH SEDIKIT BICARA MEREKA TENTANG KONSEP ‘SE-MALAYSIA’, PERSELISIHAN FAHAM DAN HAL-HAL YANG MEMBANGKITKAN CINTA PADA MALAYSIA.
GABRIEL CHEAH, Pereka Grafik, Artis Seramik & Kristal Pelbagai Media
Apakah nama julukan kamu masa kecil dahulu?
Masa kecil dahulu ahli keluarga saya memanggil saya sebagai ‘Ateng’, yang bermaksud “paling disayangi”. Kerana saya adalah anak paling bongsu dan cucu terakhir. Kiranya, datuk nenek saya pun macam sayanglah pada saya.
Tanggapan salah orang lain fasal kamu.
Terkadang, ada yang ingat saya orang Korea. Terkadang, ada juga yang ingat saya orang Thailand. Selain itu, pernah juga ada yang anggap saya ini himbo atau seorang yang mudah mendapat apa yang diminta.Barangkali kerana mereka mendengar cara saya bercakap. Namun apa yang mereka tidak tahu adalah saya ini seorang yang bekerja keras tak tentu masa. Saya ini adalah orang yang tidak pernah bergantung pada orang lain. Whatever I wear, I eat and I spend on… all with my own money.
Apakah perkara yang membuatkan kamu teramat sayang pada negara kita, Malaysia?
Rasanya, banyak perkara yang membuatkan saya sayang pada Malaysia. Dari aspek budaya, makanan, seni bina dan sebagainya. Malaysia is a blessing country. Rakyat-rakyatnya pula mesra dan tidak ada rintangan antara kita yang berbeza kaum serta latar belakang. Benar, setiap kali ke luar negara, pasti terbetik rasa rindu pada Malaysia.
Perkara yang kamu paling bangga tentang menjadi anak Malaysia?
Saya boleh bertutur dalam pelbagai bahasa. Baik bahasa Cina, Melayu dan Tamil.
Seandainya diberi pilihan, dalam banyak-banyak negeri di Malaysia, kamu mahu menjadi negeri apa?
Saya akan memilih Pulau Pinang. Terutama sekali ibu negerinya, yakni Penang. Kerana saya amat sukakan Penang! Penang adalah kota yang kaya dengan budaya, seni dan seumpamanya. Saya bisa mengadaptasi diri dengan corak kehidupan di sana yang tidak terlalu stress dan sedikit chill.
Teks & Penata Gaya : Ardi Idewani Zaini
Pengarah Seni : Merrissa Emilda
Pengurus Projek : Ija Rahman
Video : Jordi Harris
Fotografer : Azim Mahayudin
Solekan : El Manda
Rambut : Amir Azman
Apa pandangan anda?