Posted on August 28, 2023
KENIKMATAN MALAYSIA YANG SUDAH LEBIH ENAM DASAWARSA KELUAR DARIPADA CENGKERAMAN SANG PENJAJAH. UNTUK MERAYAKAN MERDEKA MALAYSIA, KAMI DI STAIL.MY MENGHIMPUN LAPAN INDIVIDU YANG BERBEZA RUPA DAN LATAR BELAKANG. MENYENTUH SEDIKIT BICARA MEREKA TENTANG KONSEP ‘SE-MALAYSIA’, PERSELISIHAN FAHAM DAN HAL-HAL YANG MEMBANGKITKAN CINTA PADA MALAYSIA.
ALYSSA SAFURA, Model
Apakah bangsa kamu?
Saya berdarah kacukan Melayu dan Jerman.
Apakah nama julukan kamu masa kecil dahulu?
Sedari kecil lagi, teman-teman dan keluarga memanggil saya ‘Sa’ yakni singkatan daripada nama saya. Sampailah sekarang.
Tanggapan salah orang lain fasal kamu.
Looks can be deceiving. Kalau orang lain tengok saya, dari segi wajah dan seumpamanya, mesti mereka tak menyangka saya ini orang Malaysia. Sejujurnya, hampir semua orang tidak boleh mengagak bangsa saya. Tetapi, sebaik sahaja saya bertutur dalam bahasa Melayu, orang selalu terkejut kerana tak terjangka sama sekali yang saya ini memang orang Malaysia. Haha! People be like, “Oh my god!”
Apakah perkara yang membuatkan kamu sangat sayang pada negara kita, Malaysia?
It’s just feels like home. Itulah perkara yang membuatkan saya sangat sayang pada Malaysia. Di sinilah tempatnya untuk saya bisa menjadi diri sendiri dan selesa dengan identiti sendiri. Tambahan lagi, Malaysia adalah negara yang kaya dengan kepelbagaian dan ia membina penghargaan yang cukup tinggi pada Malaysia.
Seandainya diberi pilihan, dalam banyak-banyak negeri di Malaysia, kamu mahu menjadi negeri apa?
Mungkin orang akan kata saya ini berat sebelah kerana saya dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Jadi, saya akan memilih Kuala Lumpur. Tetapi pilihan kedua terbaik saya adalah Pulau Pinang!
Teks & Penata Gaya : Ardi Idewani Zaini
Pengarah Seni : Merrissa Emilda
Pengurus Projek : Ija Rahman
Video : Jordi Harris
Fotografer : Azim Mahayudin
Solekan : El Manda
Rambut : Amir Azman
Apa pandangan anda?