Posted on August 28, 2023
SINAR MERDEKA MENERAWANG DI BINGKAI JENDELA 31 OGOS. MEMBUAI BENDERA, MENABURKAN RASA INDAH KENIKMATAN MALAYSIA YANG SUDAH LEBIH ENAM DASAWARSA KELUAR DARIPADA CENGKERAMAN SANG PENJAJAH. UNTUK MERAYAKAN MERDEKA MALAYSIA, KAMI DI STAIL.MY MENGHIMPUN LAPAN INDIVIDU YANG BERBEZA RUPA DAN LATAR BELAKANG. MENYENTUH SEDIKIT BICARA MEREKA TENTANG KONSEP ‘SE-MALAYSIA’, PERSELISIHAN FAHAM DAN HAL-HAL YANG MEMBANGKITKAN CINTA PADA MALAYSIA.
BADRISH BAHADUR, Ahli Muzik
Sedikit sebanyak tentang latar belakang kamu.
Saya dilahirkan di Kuala Lumpur. Saya merupakan anak bongsu. Kini saya bekerja sebagai ahli muzik dan mengimpikan untuk menjadi seorang pembuat filem satu hari nanti.
Apakah nama julukan kamu masa kecil dahulu?
Saya tidak memiliki apa-apa nama julukan masa kecil dahulu kerana ibu saya agak teliti dengan cara orang memanggil nama saya. Jarang dengar orang bernama ‘Badrish’ dan ibu saya mahu membiasakan orang lain panggil ‘Badrish’ sahaja. So the nickname never happened. Namun, bila dah dewasa ini, macam-macam nama julukan yang muncul di kalangan teman-teman saya. Contohnya seperti ‘Bad’, ‘Drishy’, ‘Baddie’, kerana mereka ‘malas’ nak panggil nama penuh saya. Haha!
Tanggapan salah orang lain fasal kamu.
Kebanyakan orang ingat saya ini pendiam dan suka memendam rasa. Tapi mereka yang dah lama kenal saya, tahu yang saya ini seorang yang bersikap terbuka dan ekstrovert. Seperkara lagi adalah ramai juga yang tidak tahu saya orang Malaysia. Hanya disebabkan rupa saya yang datangnya daripada keluarga kacukan bangsa.
Apakah perkara yang membuatkan kamu suka pada negara kita, Malaysia?
Jawapannya ringkas sahaja. Yakni, makanan! Di samping itu, saya juga sukakan kepelbagaian budaya Malaysia. Apalagi saya dibesarkan dalam keluarga yang kaya dengan kepelbagaian budaya, malah saya bergaul dengan teman-teman yang berbeza latar belakang. Secara tidak langsung, apa yang terwujud di situ adalah integrasi dan meraikan diversifikasi.
Seandainya diberi pilihan, dalam banyak-banyak negeri di Malaysia, kamu mahu menjadi negeri apa?
I would be Sarawak. Segala-galanya tentang Sarawak seperti budaya, makanan, orang-orangnya… they are very pure. They’re all amazing.
Teks & Penata Gaya : Ardi Idewani Zaini
Pengarah Seni : Merrissa Emilda
Pengurus Projek : Ija Rahman
Video : Jordi Harris
Fotografer : Azim Mahayudin
Solekan : El Manda
Rambut : Amir Azman
Apa pandangan anda?